Sebenarnya memilih setia dengan pasangan adalah lebih mudah dan bahagia. Bayangkan bila curang, hidup jadi tak tenang. Maklumlah takut rahsia kecurangan terbongkar, bukan mudah ya nak sembunyikan kecurangan ini.
24 jam kena bersedia takut isteri atau pasangan dapat kesan kita curang. Pendek kata memang tak tenang lah hidup. Oleh sebab itu setia saja dengan pasangan, hidup pun tak terganggu, tiada perkara yang nak disembunyikan. Betul tak?
Setia itu lebih senang daripada curang…
Tapi tak ramai yang boleh buat walaupun ianya senang… Curang juga menjadi pilihan walaupun ianya susah…
Sebab apa curang itu susah? Sebab nak kena sembunyi perbuatan, nak kena berhati-hati, nak kena lindungi supaya perkara itu tak terbongkar sehingga diketahui orang tersayang…
Artikel Berkaitan:
Setia Lebih Mudah
Kena cari alasan, kena reka jawapan, kena berdolak dalih dan memastikan kepercayaan terhadap dirinya itu terus ada…
Silence HP (handphone), delete conversations, uninstall apps, letak nama lain dekat contact… HP pun tak boleh tinggal merata…
Fuhh, memang menyusahkan lah… Jantung pun berdegup lain macam bila kena soal itu, ini… Mulut terketar-ketar bagai…
Bila kena tanya lebih-lebih, sudah mula naik angin, marah-marah…
Setia Tak Perlu Sembunyi, Hidup Tenang
Hakikatnya, tujuannya, matlamatnya hanyalah kerana tak nak “kecurangan” itu dihidu pasangan… Bukan senang ya nak menyembunyikan kejahatan dan kemaksiatan… Bukan senang…
Maka, pilihlah jalan hidup yang lebih mudah iaitu dengan setia pada pasangan yang telah ada di depan mata, bersyukur dengan kelebihan dia, berlapang dada dgn kelemahan dia, dan melengkapi kekurangan dia…
Setia lebih senang dari curang kerana setia itu menenangkan…
MW: Kenapa suami nak juga memilih untuk hidup dalam keadaan ketakutan, jika setia itu lebih menenangkan dan membahagiakan. Jadi renung-renungkan ya suami. Hidup jadi tak mudah bila mana anda memilih untuk berlaku curang. Sumber: Firdaus Shakirin