Seteruk mana sekali pun pasangan mak ayah, jangan aibkan mereka di media sosial kerana tak semua akan bersimpati dengan nasib yang menimpa diri kita. Lebih parah, mungkin sesetengah orang gembira melihat kesusahan dan kesedihan mak,ayah.
Oleh itu sebelum bertindak sedemikian, fikir dahulu sedalam-dalamnya. Benarlah kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa. Ikuti perkongsian Fareiza Arianna ini dan hadam baik-baik iya:
Di zaman yang serba-serbi semua hendak up dekat media sosial ini, membuka aib pasangan macam sudah jadi satu trend. Jangankan selebriti, orang biasa pun sama. Ada sesetengah itu siap tag lagi pasangan mereka. Sungguh tak faham.
Wahai kawan-kawan, seteruk mana pun pasangan kita, jangan pernah kita buka aib mereka. Janganlah buka pekung sendiri di media sosial. Sebabnya, tak semua orang yang baca post kita itu akan bersimpati dengan kita.
Percayalah, ada segolongan manusia yang akan seronok tengok kita bersedih, bertepuk tangan melihat kita tak bahagia, menunggu masa saja untuk me’padanmuka’kan kita, dan tak kurang juga ada yang menyampah tengok kita yang sibuk mencanang keburukan pasangan sebab nak perhatian dan simpati saja.
Jadi, sebelum hendak buat sesuatu itu fikirlah kesan dan akibatnya dulu. Gunakan anugerah akal yang Allah beri dengan sebaiknya. Fikirkan perasaan dan kesan pada pasangan, tambahan pula kalau yang ada anak.
Apa kesan bila anak-anak sudah besar nanti, ada kawan-kawan yang mengata atau mengejek mereka disebabkan mak, ayah satu ketika dulu suka canang semua benda dekat facebook…
Pernah terfikir tak? Nampak macam simple saja, benda post boleh delete tapi bak kata orang, kalau dah delete pun, the damage has been done.
Baca Juga Di sini:
“Jangan Canang Di Media Sosial, Buka Aib Pasangan Sama Seperti Buka Aib Sendiri” Faezah Elai
Nampak Orang Kongsi Apa-apa Di Media Sosial, Latih Diri Tulis, Doakan Begini
Tak Semua Dikongsi Di Media Sosial, Bahagia Tidak Semestinya Perlu Tayang SEMUA
Kalau tengah marah, elaklah diri daripada buka media sosial. Tenangkan diri. Apa saja perasaan yang datang masa itu tak kiralah marah ke sedih atau kecewa ke, luahkanlah pada Allah, kerana hanya DIA sebaik-baik pendengar.
Ada masalah dengan pasangan, berbincanglah elok-elok. Elakkan bercerita dengan orang sembarangan. Zaman sekarang ni, kawan pun makan kawan.
Nak cerita sekali pun, biarlah hanya pada ahli keluarga sahaja atau rujuklah pada mereka yang bertauliah seperti pejabat agama jika masalah yang dihadapi itu terlalu serius.
Face your problems, don’t FACEBOOK them. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Semoga kita menjadi manusia yang sentiasa menjaga lisan, lidah dan tulisan kita dari membicarakan keaiban manusia.
Mingguan Wanita : Setiap kali berdepan dengan masalah, jangan jadikan media sosial sebagai tempat luahan perasaan. Sebaiknya, cuba dapatkan orang yang boleh dipercayai dan minta nasihat mereka.
Sumber: Fareiza Arianna
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Youtube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial