Setelah 9 Bulan Berkahwin Ummi Nazeera Umum Perkara Istimewa & Minta Doakan Yang Baik-Baik

Share

Alhamduillah menerusi perkongsian terbaru yang dikongsikan oleh Ummi Nazeera dilaman Instagramnya, teraju bintang utama Filem Berbisik Pada Langit ini, sedang hamil 4 bulan dan bakal bergelar ibu. Berita gembira ini diumumkan oleh Ummi Nazeera atau nama sebenar Ummi Nazeera Nur Hidayah Datuk Zainal Abidin, 28, dengan ucapan pendek berserta gambar bersama suami tersayang Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani,31, petang tadi.

“Alhamdulillah.. Disini ada sesuatu perkara istimewa yang ingin saya kongsikan dengan kesayangan saya semua, bahawa saya sedang mengandung 4 bulan 1 minggu. Tolong doakan yang baik-baik iya”

Perkongsian terbaru di instagram Dr Izzar pula mengucapkan;

“Alhamdulillah.Saya berdoa agar Ummi Nazeera dan kandungan bayinya sihat walafiat, dipermudahkan proses bersalin, dan bayi dilahirkan dengan sempurna sifatnya serta comel lotey.Semoga keluarga @umminazeera dan suaminya bertambah bahagia dan aman sejahtera.Aminn. Terima kasih atas doa anda semua.Secara sengaja atau tak sengaja.

Sementara itu, memetik laporan Berita Harian, jika bukan kerana kaki cedera pelakon ini tidak tahu dirinya hamil.

“Saya disahkan hamil ketika sedang menjalani penggambaran filem Gol & Gincu 2. Kebetulan, kaki saya cedera ketika berlatih bermain futsal.

“Saya dibawa ke klinik yang diuruskan seorang doktor yang juga kenalan suami. Ketika itu, saya tak tahu diri ini hamil. Selepas menjalani ujian sinar X, sahlah saya berbadan dua,” katanya.

Ummi berkata, suaminya paling gembira dengan berita itu.

“Pastinya kehadiran anak dalam perut ini akan memberi sinar dalam rumah tangga kami,” katanya.

Meskipun kandungan baru memasuki Trimester kedua,’baby bump’ aktres ini sudah mulai kelihatan dan wajah ummi tampak cukup berseri-seri. Pasangan bahagia ini telah mendirikan rumahtangga pada 23 Julai 2017, setelah mengikat tali pertunangan selama hampir 7 bulan.

Mingguan Wanita mengucapkan tahniah buat Ummi Nazeera dan suami, semoga kandungan sihat dan sempurna serta dipermudahkan urusan ketika bersalin nanti.

Sumber: Instagram Ummi Nazeera & Izzar

Published by
Suhaidah Abd Wahab