Seorang ibu sanggup lakukan apa saja dei anak-anaknya. Dia rela berlapar asalkan makan pakai anak didahulukan. Tak kisah langsung tentang dirinya demi untuk anak-anak.
Kisah ibu tunggal ini cukup meruntun jiwa. Suami, ketua keluarga, tempat isteri dan anak-anak bergantung harapan telah pergi buat selamanya, akibat masalah buah pinggang.
Jika sebelum ini makan pakai anak-anak dan dirinya ditanggung oleh suami. Tapi, segalanya berubah. Dialah tempat bergantung harapan untuk mencari rezeki.
Namun, sekuat manalah dirinya yang turut mengalami masalah asma tidak mampu melakukan kerja-kerja berat. Anak -anak masih kecil dan perlu di beri makan pakai untuk meneruskan kehidupan.
Mungkin dengan prihatin daripada pembaca boleh membantu sedikit sebanyak untuk ibu tunggal dan 4 orang anaknya ini. Perkongsian oleh Natipah Abu diharapkan dapat mmbantu sedikit sebanyak buat keluarga ini.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Bergelar OKU, Tidak Halang Amir Beri BANTUAN Dari Hasil Titik Peluh Sendiri
COVID-19: Sempat Pesan Anak Pergi Rumah Anak Yatim, Sebelum Meninggal Ketika Menunggu Bantuan
Info Lebih Menarik Lagi DI SINI
Ibu tunggal ini bernama Asma Syarmila binti Mazlan, umur 38 tahun. Dia berasal dari Perlis dan berkahwin dengan arwah suaminya, Allahyarham Mohd Muzammir Bin Rozli pada tahun 2005. Sejak berkahwin, pasangan ini terus menetap di Kedah.
Dikurniakan 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 perempuan. Sebelum ini, arwah suaminya bekerja sebagai pemotong kayu getah. Kehidupan mereka sederhana saja dan tinggal di rumah sewa.
Alhamdulillah tahun ke-11 perkahwinan mereka iaitu pada tahun 2016, permohonan rumahnya oleh ZAKAT KEDAH telah diluluskan dan siap dibina pada 2017.
Namun, pada tahun 2018 kesihatan arwah tiba-tiba merosot, tidak mampu lagi membuat kerja-kerja berat. Akhirnya, arwah didiagnosis mengidap sakit buah pinggang tahap 3.
Memandangkan mempunyai anak yanng ramai, dia tetap perlu berusaha untuk membersakarn mereka. Ibu tunggal ini mengambil keputusan untuk berniaga tokayaki.
Mereka sama-sama berniaga dengan membuka gerai di hadapan masjid. Alhamdulillah perniagaa mereka mendapat sambutan dan mampu menampung kehidupan.
Bagaimana pun, saban hari kesihatan arwah semakin merosot. Arwah sempat menjalani dialisis 3 kali ketika hayat.
Sayangnya, perniagaan mereka hanya sempat berniaga bersama selama dua bulan sahaja sebelum arwah dimasukkan ke hospital.
Doktor megambil keputusan untuk ‘merehatkan’ arwah selama 10 hari sebelum akhirnya arwah pun pergi buat selamanya pada 24 September 2019 dalam usia 44 tahun.
Selepas pemergian arwah, ibu tunggal ini cuba bangkit meneruskan perniagaan yang telah diusahakan.
Habis eddah, ibu tunggal ini hanya mampu berniaga dari rumah dengan cara COD kerana dia tiada pengangkutan untuk membawa barang-barang jualan ke tempat niaga.
Sehinggal, baru-baru ini, ibu tunggal ini mula berniaga dengan menyewa tapak di sebuah kedai makan seorang sahabat.
Harapannya sungguh tinggi untuk memiliki gerai sendiri yang lengkap dengan segala keperluan .
Sedihnya, keadaan dirinya yang kadang kala tidak dapat berniaga kerana kerap mengalami asma. Bila asma datang, dia terpaksa bercuti sehari dua. Kadang-kadang, waktu tengah malam terpaksa ke klinik, jika kesihatan agak teruk.
Dimaklumkan juga, bil letrik rumahnya sudah setahun tidak berbayar dan bil air pula hampir dua tahun. Walaupun notis pemotongan entah berapa kali sampai tetapi rezeki anak-anak, tiada pemotongan dilakukan. Keutamaan wang yang ada ialah untuk makan pakai anak-anak.
Dengan keadaan dirinya yang mengalami asma, sudah tentulah sangat memerlukan mesin nebulizer untuk mengatasi masalah asmanya. Bila asma datang, dia terpaksa ke klinik walau tengah malam.
Walaupun mendapat wang bantuan JKM, tapi ibu tunggal ini perlu berusaha lebih memandangkan anak-anaknya masih kecil. Anak sulung baru berusia 15 tahun dan diikuti adik-adiknya berumur 13, 11, dan 6 tahun.
Semoga dengan sumbangan kita kelak akan meringankan urusannya demi kelangsungan hidup mereka lima beranak.
Mingguan Wanita : Moga ada sinar bahagia untuk dia dan anak-anaknya untuk meneruskan kehidupan yang lebih baik.
Sumber: Natipah Abu
Baca Lagi DI SINI: Tolak Tepi Malu, Gunakan Aplikasi Bendera Putih Untuk Mohon Bantuan
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita