Setahun Simpan Duit Baru Dapat Siapkan Interior Bilik Sewa Ala Scandinavian

Share

Bukan semua orang berkemampuan nak mengubahsuai kediaman sekaligus. Ada yang perlu simpan duit berdikit-dikit, barulah impian nak dapatkan kediaman idaman jadi kenyataan.

Kisah mahasiswa Universiti Putra Malaysia, Nur Diyana menyimpan duit untuk mengubah interior dalaman bilik sewanya boleh dijadikan inspirasi.

Inspirasi bukan saja pada pemilik kediaman, tapi para penyewa di luar sana. Beruntung sungguh tuan rumah sebab dapat penyewa berjiwa pembersih dan baik hati macam student kita ini.

Bilik sewa sebelum diubah hiasan dalamannya.
Sebelum dihias bak konsep scandinavian

Kata Nur Diyana, dia dah setahun menyewa di sebuah bilik single dekat Putrajaya.

Dalam setahun itu, saya kumpul duit semata-mata nak buat bilik sewa saya ala-ala Scandinavian. Studentkan, mana mampu nak keluarkan duit banyak sekaligus.”

Tambahnya, dia bersyukur kerana mendapat tuan rumah yang memahami. “Sebab kita tak merosakkan harta benda. Kebetulan, cat lama dah merekah jadi berkeping-keping.”

Dalam usahanya nak menyiapkan kerja-kerja menghias bilik sewanya, Nur Diyana sudah mengumpulkan material sedikit demi sedikit dari awal lagi.

Saya dah beli katil dan meja study masa mula-mula masuk dulu. Jadi untuk makeover kali ini. Kebanyakan barang saya beli di Kaison dan Ikea saja.

Bilik pun saya cat dan kemasan semua saya buat sendiri masa cuti semester hari tu.

Seronok bila dapat tengok hasil kerja tangan sendiri. Puas hati pun iya. Berbaloi kata Nur Diyana.

Saya akan tinggal dalam bilik ini lebih kurang dua tahun lagi. Berbaloi pada saya.”

Bilik sewa selepas menerima sentuhan konsep Scandinavian.
Kerja mengecat dilakukan Nur Diyana ketika hujung minggu.

Kiraan Bajet Ubahsuai Bilik Sewa Ala Scandinavian

Cat 7 L – RM 35 (tak guna habis pun)
Berus cat – RM 5 ( saya tak guna roller )
Wallpaper Kaison – RM 40 ( 19.90 × 2 )
Frame Kaison termasuk cermin – RM 60
Alas meja Yubiso – RM 5.90
Langsir blackout (beli kain + jahit sendiri) – RM 50
Set Cadar + comforter – RM 90 ( online )
Floor rug MR.DIY – RM 8
Wall shelf + penyangkut ikea – RM 12
Pokok monstera

(artifial plant) – RM 25

TOTAL : RM 330.90

Hebat cara mahasiswa UPM ini simpan duit sampai dapat interior bilik sewa idaman

Nota

√   Jumlah ini nampak kecil pada sesetengah orang. Tapi ia amount yang banyak untuk student.

√   Tapi sebabkan setahun saya menabung untuk keselasaan bilik, saya puas hati.

√   Paling penting Nur Diyana tak minta duit dari ibu babahnya. Katanya, “Jangan kecam ya”

Sumber/Foto : Nur Diyana via Kelab Deco Deco Rumah

Published by
Netty Ah Hiyer