Hebatnya ujian suami isteri ini. Diuji anak lelakinya, Muhammad Bilal Yusra mengalami kecacatan tempurung kepala atau Holoprosenphaly dan sumbing.
Membuatkan pasangan ini mengambil keputusan berhenti kerja demi menjaga anak keduanya itu. Anak sulung mereka, Nur Khaulah Al-Azwar juga mengalami masalah pendengaran dan tulang belakang.
Setahun lebih berhenti kerja dan fokus menjaga anak sakit, tentunya tidak mudah untuk kedua ibu ayah ini meneruskan survival kehidupan.
Kedatangan Ustaz Ebit Lew, pendakwah bebas yang banyak membantu orang susah sebelum ini tentunya memberi berita gembira buat mereka.
“Sebak rasa ramai Tag saya dekat Tik Tok berita adik Bilal ni. Terus ke Kulim Kedah.. Mak dan ayahnya berhenti kerja menjaga anak ini dah setahun lebih. Kakaknya juga langsung tidak boleh mendengar.
Betapa berat ujian kedua mak ayah ini. Pasti Allah sayang padanya. Semoga kedua mak ayah ini tabah dan kuat..
Saya tanya ada apa-apa rawatan boleh dibuat. Katanya ada 2 jenis sakit begini. 1 boleh di buat pembedahan. Yang ni tak boleh. Diterangkan ayahnya.
Baca sini : Rider Ibu Bawa Anak OKU Dibantu Rumah, Barang Keperluan Dari Ebit Lew
Dua jam sekali menyusu melalui straw terus ke perutnya. Dengar Bilal merengek masa minum susu macam baby lain. Bila susu terlambat atau tak sabar nak menyusu. Saiz badan sama baby lain.
Allahuakbar. Jika ada apa-apa rawatan pakar boleh dibuat teringin nak bantu adik ni.
Beri sedikit sumbangan dan berdoa bersama. Kata ayahnya ya Allah ustaz banyak ni. Takdelah adik sedikit je. Semoga Allah sembuhkan dan beri keajaiban buat Bilal. Buat mak ayahnya Allah beri ketabahan dan kekuatan.
Katanya mereka bertuah dapat jumpa saya. Taklah. Sebenarnya saya sangat bertuah dapat berjumpa adik Bilal dan mak ayahnya yang sedang diuji tanda sangat disayangi Allah. Ya Allah berilah kekuatan dan bantulah keluarga ini.
Mingguan Wanita : Semoga urusan keluarga ini menjaga Bilal dan anak sulungnya dipermudahkan.
Sumber/Foto : Ebit Lew, Kosmo