
Isi Kandungan
ToggleTahniah diucapkan buat Mohd Noor Murad, 36 tahun atau lebih popular dengan nama pentas Mamat Sepah dan isteri yang baru saja menyambut ulang tahun perkahwinannya baru-baru ini.
Pelawak yang berasal dari Johor ini mendirikan rumahtangga dengan seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam iaitu Diana Ibrahim atau lebih dikenali dengan nama Nana pada tanggal 1 Mac 2020.
Mamat Sepah & Isteri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Yang Pertama
Mamat meluahkan rasa syukur dan berkongsikan perasaannya selepas setahun melayari kehidupan rumah tangga dengan isterinya yang berasal dari Lahad Datu, Sabah itu.
Perkongsian yang cukup mencuit hati dan berunsur lawak memberi maksud yang mendalam diluahkan oleh Mamat buat isterinya yang begitu jelita. Malah Mamat juga mengimbas kembali detik pertemuan dengan isteri tercinta.
“ I SUREENDER “Pertemuan buat kali pertama di balai polis seksyen 9 Shah Alam pada tahun 2016 membuatkan aku terus di gari, di tembak dan di lokap kan di hati @_cik_nana.
Banyak Liku-Liku Yang Dilalui
“Tanpa sedar hari ni genap setahun hari pernikahan kami. Walaupun rasa macam semalam je ia nya berlaku tapi banyak liku-liku yang di lalui bersama.
“Sesungguhnya penat kahwin dengan polis pempuan kalau korang nak tau. Sebb dia akan perhatikan setiap gerak geri kau hingga kau rasa “seperti kena tahan kat roblock tapi kau tak paakai seluar” Itu akan mmbuatkan kau lebih dewasa dan berhati-hati dalam melangkah ke depan.

“SELAMAT MENYAMBUT HARI PERKAHWINAN YANG PERTAMA UNTUK ISTERI KU TERSAYANG @_cik_nana. SEMOGA KITA BERTEMU DI SYURGA..DOAKAN KAMI,” tulis Mamat.
MW mendoakan pasangan ini akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
Baca Disini Juga:
Sedih Sambut Hari Ulangtahun Perkahwinan Berjauhan, Suami Isteri Terpisah Sejak Mac Lalu
‘Hanya Dia Boleh Terima Saya 200%’ SWEET Cara Menteri Kewangan Hargai Isteri
Tak Salah Isteri Jadi FBI Kalau Suami Banyak Berahsia!
Ucapan & Doa Buat Pasangan Bahagia Ini
Sumber/Sumber Foto: Instagram Mamat Sepah
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Semoga Lara Cepat Sembuh, Patah Tangan Kiri Tersungkur Jatuh Atas Jalan

Isi Kandungan
ToggleSemoga Lara cepat sembuh, patah tangan kiri tersungkur jatuh atas jalan. Allahu kesiannya Lara Alana puteri sulung kepada Scha Alyahya dan Awal Ashaari ini.
Selepas dua minggu akhirnya ibu dan ayah memaklumkan Lara mengalami kecederaaan patah tangan kiri akibat daripada terjatuh.
Semoga Lara Cepat Sembuh
Seperti mana yang diberitahu menerusi perkongsian di akaun rasmi Instagram Lara Alana, kejadian berlaku pada 11 Februari lalu di mana Lara jatuh tersungkur ketika bermain di hadapan kawasan kediaman mereka hingga terpaksa dibawa ke hospital selepas lengannya membengkak.
“Disebabkan ramai yang bertanya, cerita dia macam ini, balik dari Langkawi hari tu, Lara pun macam biasa, main dengan kawan-kawan di kawasan rumah.
“Biasalah sudah lama tak jumpa kawan, teruja. Tiba-tiba ketika berlari, Lara tersungkur dan jatuh atas jalan sehingga seluar koyak serta lutut berdarah.
Lara Mengadu Tangan Sakit
“Daddy (saya) pujuk masuk mandi dan bersihkan luka. Mula-mula tak perasan, tiba-tiba Lara mengadu tangannya sakit dan lengan dia juga mula membengkak.
“Bawa pergi ke (bahagian) kecemasan dan terus buat ujian X-Ray (imbasan). Doktor maklumkan dua tulang patah,” luah Awal.
Pembedahan Berlangsung Setengah Jam
Bapa kepada dua cahaya mata ini juga memaklumkan Lara terus dimasukkan ke dewan pembedahan sejurus selepas itu. Malah pembedahan juga telah berlangsung selama setengah jam.
“Jadi Lara perlu memakai ‘cast’ (penyangga) itu untuk tempoh sebulan. Doakan Lara cepat sembuh ujarnya” sambung Awal.
Manakala Scha yang ketika itu menjalani penggambaran filem Telaga Suriram di Perlis terus bergegas pulang ke Kuala Lumpur.
Menarik Juga Disini: Scha Akui Bukan Tugas Mudah Layan Lara & Lyla Sama Rata, “Bila Adik Menangis, Lara Pun Mula Nak Menangis”
Selepas 7 Tahun, Awal Ashaari & Scha Selamat Timang Anak Kedua!
Ramai doakan Kesembuhan Lara
Menerusi ruangan komen ramai selebriti dan juga pengikut di laman Instagram Lara mendoakan kesembuhan buat si kecil ini.
Adakah anak anda mendapat kalsium yang mencukupi dalam diet mereka? Kalsium penting untuk membina tulang yang kuat!
Mingguan Wanita: Semoga Lara cepat sembuh ya!
Sumber Foto : Instagram Lara Alana
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en Tik Tok : tiktok.com/@mingguanwanita
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Klik link ini untuk daftar penyertaan: https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aura-wanita-pantang-dicabar/ atau whatsapp : http://www.wasap.my/60196328758/DaftarAura
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Amalan Suka Bersedekah, Shuib Belajar dari Arwah Sarah “Isteri Tercinta, Semoga Pahala Terus Mengalir”

Isi Kandungan
ToggleAmalan suka bersedekah, Shuib belajar dari arwah Sarah. Pemergian Allahyarham Siti Sarah yang menyentuh hati ramai rakyat Malaysia akibat Pandemik COVID-19 meninggalkan kesan kepada orang ramai. Apatah lagi buat suaminya, Shuib Sepahtu dan anak-anak.
Sememangnya pemergian mengejut arwah memberi impak. Meskipun zahir nampak tenang dan reda, ada kalanya Shuib tewas dengan emosi atas pemergian isteri tersayang.
Amalan Suka Bersedekah, Shuib Belajar dari Arwah Sarah
Walaupun sudah hampir setahun pemergian arwah Sarah namun kasih sayang terhadap isteri tercinta sedikit pun tidak pernah luntur.
Hampir setiap hari Shuib berkongsi kehidupan bersama anak-anak dan juga kenangan bersama arwah.
Paling meruntun jiwa, tiga anak dan juga kedua mentua melangkah ke sebuah rumah anak yatim. Sambil mengimbau kenangan ‘dating’ terakhir bersama arwah Sarah, Shuib menerangkan isterinya seorang yang suka bersedekah. Malah melalui arwah jugalah Shuib belajar untuk bersedekah.

Malah paling membahagiakan rumah anak yatim Baitul Sakinah As-Shariff sudi memahatkan nama arwah Sarah yang digabungkan dengan nama dua lagi individu lain di dewan surau SARAH MUSLIM AL-ATTAS.
“Harini, kali kedua datang ke Baitul Sakinah As-Shariff ni tapi kali ni datang dengan mertua dan anak-anak.
“Kali pertama datang sini pada 25 Julai 2021 bersama dgn arwah isteri tercinta @sitisarahraissuddin, datang berdua, saya yang drive.
“Sepanjang perjalanan kami karaoke,nyanyi macam-macam lagu, seronok sangat. Bahagia rasa, alhamdulillah.
“SampAi je sini di sambut Tuan Haji Fadhil (individu yg menjaga tempat ni), lepas tu jumpa anak-anak yatim yang ada kat sini, habis semua tempat kami tour, tempat cantik, besar, bersih. Masa tu, arwah terlalu seronok jumpa anak-anak kat sini.
“Kemudian diberi peluang utk memberi sumbangan bagi menyiapkan Musolla dan Dewan Serbaguna yang masa tu dalam 70 peratus pembuatan kalau tak silap la.
Arwah Sarah Nak Sangat Tengok Dewan Surau Ni Siap
“Arwah nak sangat menyumbang sebab nak tgk Musolla dan dewan ni siap sebab dewan ni selain dari anak yatim kat sini guna, orang kampung yang duduk berhampiran pun boleh guna.
“Allah Maha segalanya. Harini, bila ianya sudah pun siap, arwah dah pun pergi untuk selamanya. Tapi rezeki arwah, dia diberi penghormatan bila mana Musolla dan Dewan ni di letakkan nama Sarah dan gabungan dua lagi nama individu. Maka diberi lah nama MUSOLLA DAN DEWAN SERBAGUNA SARAH MUSLIM AL-ATTAS.
Hadiah Buat Arwah Sarah
“Syukur Alhamdulillah, hadiah buat awak sayang. Rezeki arwah, alhamdulillah.
“Terima kasih mengajar daddy tentang sedekah, yakin dengan sedekah, suka dengan sedekah.
“Semoga pahala terus mengalir untuk awak sayang.
“InsyaAllah selalu kesini dengan anak-anak. Ini tempat terakhir kita dating Sayang. Semoga ada pengajaran yg kita boleh ambil,” luah Shuib.
Menarik Lagi : Sayunya Ulang Tahun Perkahwinan ke 11 Shuib & Arwah Siti Sarah
‘Tinggalkan Diriku’ Tanda Cinta, Shuib Sebak, Hiba Arwah Sarah Seakan Tahu Apa Bakal Terjadi
“Moga Syurga Buatmu Sarah” Doa Peminat
Menerusi ruangan komen ramai peminat dan juga rakan artis mendoakan buat arwah Siti Sarah.
Sumber Foto : Instagram Shuib Sepahtu
Mingguan Wanita : Baiknya hati arwah Siti Sarah. Amalannya boleh dijadikan pengajaran yang baik.
Sumber Foto :
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Klik link ini untuk daftar penyertaan: https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aura-wanita-pantang-dicabar/ atau whatsapp : http://www.wasap.my/60196328758/DaftarAura
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hari Kejadian Arwah Pitt Ada Simpan Ikan, Untuk Isteri Masak Di KL

Isi Kandungan
ToggleSebaknya catatan Farah Ahmad, isteri kepada Allahyarham Mohd Firdaus Mohamad Hanif yang juga dikenali sebagai Pitt Hanif. Farah berkongsi tentang ikan yang sempat arwah Pitt, suaminya simpan untuk dimasak olehnya di Kuala Lumpur nanti.
Tragedi bot fiber pecah, terbelah dua yang akhirnya meragut nyawa Pitt sampai hari ini bukan saja meninggalkan kesan di hati isteri. Malah, rakan-rakan yang merasai kebaikan dan kemesraan arwah ketika hayatnya masih sukar untuk melupakan.
Sungai Jelai, Lipis lokasi memancing yang sudah tiga kali dijejak arwah, menjadi lokasi akhir untuknya. Masuk dua hari pencarian, akhirnya Pitt Hanif ditemui dalam keadaan elok.
Terkesan sungguh dengan kata-kata isterinya, “when Farah atas boat di sungai farah sentuh air panggil awak tiba-tiba dengar SAR “DAH JUMPA !!” . Ya Allah perasan tu Allah saja tahu syukurnya gembiranya rasa macam dapat tahu yang awak mula-mula dulu suka kat Farah.”
Dan rasa cinta kasih seorang isteri yang tak pernah padam dizahirkan menerusi masakan ‘ikan terakhir’ yang arwah simpankan untuknya.
Catatan seorang isteri,
“Kenapa En Firdaus tak percaya ker? Farah berjaya masak ikan KENERAK yang awak last mancing sebelum hari kejadian. Aiman dah tunaikan hasrat awak.”
“Di hari kejadian ketika sampai Sham kawan Pitt yang selamat, bagitau Pitt ada simpan ikan nak bawak KL suruh Farah masak.”
28hb Aiman kawan Pitt yang sewakan boat whatsapp.
Dia punya minta maaf tak dapat jaga keselamatan Arwah sebab sepatutnya dia pergi sama tapi dia demam.
Aiman text, sehari sebelum Arwah takde. Arwah ada dapat ikan, hajat dia nak bawak balik suruh akak masak. Arwah cakap,
“Kerinting aku terror masak la man. Apa masakan pun kerinting aku boleh masak lah man. Aku nak suruh kerinting masak tempoyak ikan ni Man kompom padu Man !”
Allah…
Awak, Farah tahu awak dah tak de. Dan tak de makna kalau Farah minta maaf tapi Farah tahu awak tak pernah tak maafkan orang. Selalu apa jadi awak sejenis tak amik port.
Yer lah, lama Farah tak masak sejak awak out station dan Farah pun bz. Tapi Farah berjaya masak tapi siang je tak sebab ikan tu besar sangat.
Selalu dapat ikan awak siangkan siap-siap tinggal masuk kuali jer. Hehehe.. Yang ni Farah suruh abang Aluze hantar kedai suruh siangkan.
Farah masak gulai tempoyak dengan asam pedas sebab mama awak tak makan tempoyak. So malam ni kenduri Farah ada jemput kekawan mancing awak sekali untuk mereka lepas rindu. Awak terima kasih tau selalu ingat kita. Kita Akan ingat kata-kata awak En Firdaus Hensem.
Lima Hari Selepas Arwah Pitt Pergi
Farah turut berkongsi kisah tentang arwah suaminya, pengarah filem Pitt Hanif dan kenapa dia kekal kuat tahan air mata sepanjang mengurus ‘pemergian’ arwah suami.
Tulisnya,
Sudah 5 hari Pitt meninggalkan orang-orang tersayang. Alhamdullilah syukur sebab dalam pilihan kita sudah pasti kita pilih yang terbaik. Sebab itulah awak, akan pilih dan buat yang terbaik saja dalam hidup awak. Dan pilihan dan keputusan awak sangat tepat walaupun di nafas terakhir awak.
Seperti awak selalu cakap “Insyallah takpe nanti Pitt settlekan.”
Mesti orang akan bertanya macam mana settlekan. Kenali awak bila ada masalah awak takkan mengikut arus masalah tapi buat macam takde masalah. Tapi tahu awak akan risau awak akan tidur, pi mancing, cuci buka togelkan motor jejalan, happy-happy dengan anak-anak & Farah.
Tapi dalam masa sama otak awak akan berjalan dan doa mintak kat Allah tidak pernah lekang dalam hati awak. Tup.. tup.. masalah selesai. Dan kita plak rasa luck semua menyebelahi awak jer.. awak jer.. semua nyer lepas.
Allahu..hingga di saat terakhir juga awak menang dengan kitaorang kerana awak tahu pilihan awak, awak tahu sayang Allah pada awak tidak sama dengan sayang dari yang bernyawa di dunia.
Ampitt… Ampitt Farah bangga tak terkira hingga tak mampu nak bersedih. Asyik tersenyum bila ingat, dengar, cari, jumpa , lihat Pitt walaupun Pitt dah tak bernyawa.
Suamiku Terpilih Untuk Mati Syahid..
Dalam hati berkata mengapa perlu aku menangis bila menatap jasad yang tidak bernyawa itu sangat sempurna. Betapa Allah menjaganya dengan baik. Mengapa perlu aku menangis di kala suamiku terpilih untuk mati syahid. Mati yang tidak dapat kita pilih atau plan kerana mati yang tiada satu pun yang bernyawa boleh bagi kecuali Allah SWT.
Bagi seorang isteri sudah pasti setiap doa dititipkan, suami diampunkan dosa dimasukkan syurga. Bila tahu awak syahid, ya Allah, kau maha adil maha penyayang. Apa lagi aku seorang isteri mahu. Hadiah yang paling besar buat aku dan anak-anakku dari suamiku dengan izin Allah SWT.
Sudah pasti aku rasa kehilangan, sudah pasti aku rindu, sudah pasti aku sedih. Tetapi aku SENYUM kerna aku bersyukur kerana suamiku TERPILIH dapat green card dari Sang Pencipta. Dan ianya patut aku raikan dengan senyuman dan semangat yang kuat. Aku perlu kongsikan senyuman & semangat agar sama-sama kita rasa betapa tenangnya bila kita jumpa titik keredhaan Allah.
Terima kasih Allah. Sungguh cantik aturanmu, ya Allah.
Sumber/Foto : Farah Ahmad
- al-fatihah-kuatnya-hati-isteri-pitt-hanif-tabahnya-ibu-fauziah-nawi
- allahuakhbar-pitt-kata-ibu-jenazah-pitt-hanif-ditemui-dalam-keadaan-elok
- masa-masuk-kat-jambatan-farah-rasa-pitt-ada
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI