Setahun Berehat, Bersyukur Rezeki Anak Jihan Muse Ditawarkan Hos AJL 2022

Share

Setahun berehat, usia anak kedua 4 bulan Jihan Muse syukur rezeki anak ditawarkan hos AJL 2022. Itulah rezeki ibu kepada dua orang cahaya mata.

Bagi pasangan yang dikurniakan anak tidak ketinggalan daripada merasai pelbagai ujian Allah dalam menjaga amanah yang diberikan.

Sememangnya jika ada rezeki lebih, kongsi bersama anak. Inilah kebahagiaan dan kepuasan buat ibu bapa apabila tidak berkira dengan anak.

Setahun Berehat

Setiap anak yang lahir, Allah datangkan bersamanya rezeki. Jadi jangan risau tentang rezeki.

Jihan Muse yang ditemui pada sidang akhbar AJL37 di Petaling Jaya Performing Arts Centre, Petaling Jaya baru-baru ini menyatakan dia sudah bersedia kembali beraksi di pentas seni selepas setahun berehat.

Jihan yang baru bersalin anak keduanya, Ungku Altamis Barr yang kini berusia empat bulan berasa bersyukur apabila ditawarkan untuk mengacarakan rancangan hiburan paling berprestij iaitu Anugerah Juara Lagu 2022.

“Saya memang merancang untuk kembali bekerja pada bulan Januari ini. Usia Anak pun sudah masuk empat bulan dan saya kira ia adalah waktu yang sesuai,” luah Jihan.

Jihan juga menerangkan selepas bergelar ibu kepada dua anak, dirinya lebih memilih tawaran, Jihan yang cukup sinonim dengan program Gegar Vaganza itu mempunyai pandangannya sendiri.

“Bila sudah bergelar ibu kepada dua anak, keutamaan saya memang pada keluarga.

“Namun jika tawaran yang datang itu tidak mengganggu komitmen saya pada rumah tangga saya tidak ada masalah.

“Bagaimanapun dalam masa sama, saya sentiasa mencari peluang baharu untuk cuba sesuatu yang tidak pernah saya buat sebelum ini, seperti AJL.

“Saya memang merancang untuk kembali bekerja pada bulan Januari ini. Usia Anak pun sudah masuk empat bulan dan saya kira ia adalah waktu yang sesuai.

“Jadi tawaran sebagai hos AJL ini memang datang pada waktu tepat, malah sebagai pembuka langkah saya untuk membuat penampilan semula.

“Lagipun ia tidak memerlukan komitmen yang panjang dan memudahkan saya untuk menguruskan masa untuk anak dan keluarga,” ujarnya.

Harap Dapat Laksanakan Tugas Dengan Baik

Jihan juga berharap dapat melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan sebaik mungkin.

“Selepas melahirkan cahaya mata kedua pada September lalu, saya mahu memberi fokus kepada anak terlebih dahulu sebelum kembali bekerja,” ungkap Jihan.

Jihan juga akui teruja apabila diberikan kepercayaan untuk mengemudikan Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) yang akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada 12 Februari depan.

Dirinya bakal mengacarakan acara muzik berprestij tanah air itu bersama Sherry AlHadad.

“Saya sangat terkejut ketika dihubungi pihak TV3 kerana ini adalah kali pertama mendapat tawaran mengendalikan AJL.

“Baru nak kembali aktif setelah setahun bercuti dan tiba-tiba dapat tawaran hebat begini. Saya anggap ia sebagai rezeki anak,” luahnya kepada Mingguan Wanita.

Risau Lama Berehat

Wanita yang kuat bekerja ini juga tidak menafikan timbul kerisauan untuk kembali bekerja selepas bercuti panjang.

“Bila lama sangat berehat, saya tak nafikan ada sedikit kerisauan bila nak kembali bekerja. Banyak perkara yang berubah mengikut peredaran masa.

“Semua benda bergerak pantas.

“Setelah setahun tidak bekerja, saya bimbang kalau tak dapat kejar trend terkini yang mungkin banyak yang saya sudah ketinggalan sebelum ini.

“Dah masuk tahun baharu, semua benda pun baharu. Jadi memang kena ambil masa sedikit untuk sesuaikan diri dan berada di trek yang sepatutnya,” sambungnya.

Baca Disini : Bergelar Isteri & Ibu Bukanlah Mudah, Jihan Muse Akui Perlu Bijak Uruskan Masa

Selamat Berpantang, Jihan Muse Kini Ibu Anak Dua “Akhirnya Arsalan Sudah Ada Adik”

 Sumber/Sumber Foto : TV3 & Insatgram Jihan Muse

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Edika Yusof Lelaki Kacak Yang Setia

 

Published by
Norhayati Suboh