Setahun berehat, usia anak kedua 4 bulan Jihan Muse syukur rezeki anak ditawarkan hos AJL 2022. Itulah rezeki ibu kepada dua orang cahaya mata.
Bagi pasangan yang dikurniakan anak tidak ketinggalan daripada merasai pelbagai ujian Allah dalam menjaga amanah yang diberikan.
Sememangnya jika ada rezeki lebih, kongsi bersama anak. Inilah kebahagiaan dan kepuasan buat ibu bapa apabila tidak berkira dengan anak.
Setahun Berehat
Setiap anak yang lahir, Allah datangkan bersamanya rezeki. Jadi jangan risau tentang rezeki.
Jihan Muse yang ditemui pada sidang akhbar AJL37 di Petaling Jaya Performing Arts Centre, Petaling Jaya baru-baru ini menyatakan dia sudah bersedia kembali beraksi di pentas seni selepas setahun berehat.
Jihan yang baru bersalin anak keduanya, Ungku Altamis Barr yang kini berusia empat bulan berasa bersyukur apabila ditawarkan untuk mengacarakan rancangan hiburan paling berprestij iaitu Anugerah Juara Lagu 2022.
“Saya memang merancang untuk kembali bekerja pada bulan Januari ini. Usia Anak pun sudah masuk empat bulan dan saya kira ia adalah waktu yang sesuai,” luah Jihan.
Jihan juga menerangkan selepas bergelar ibu kepada dua anak, dirinya lebih memilih tawaran, Jihan yang cukup sinonim dengan program Gegar Vaganza itu mempunyai pandangannya sendiri.
“Bila sudah bergelar ibu kepada dua anak, keutamaan saya memang pada keluarga.
“Namun jika tawaran yang datang itu tidak mengganggu komitmen saya pada rumah tangga saya tidak ada masalah.
Ads
“Bagaimanapun dalam masa sama, saya sentiasa mencari peluang baharu untuk cuba sesuatu yang tidak pernah saya buat sebelum ini, seperti AJL.
“Saya memang merancang untuk kembali bekerja pada bulan Januari ini. Usia Anak pun sudah masuk empat bulan dan saya kira ia adalah waktu yang sesuai.
“Jadi tawaran sebagai hos AJL ini memang datang pada waktu tepat, malah sebagai pembuka langkah saya untuk membuat penampilan semula.
“Lagipun ia tidak memerlukan komitmen yang panjang dan memudahkan saya untuk menguruskan masa untuk anak dan keluarga,” ujarnya.
Harap Dapat Laksanakan Tugas Dengan Baik
Jihan juga berharap dapat melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan sebaik mungkin.
“Selepas melahirkan cahaya mata kedua pada September lalu, saya mahu memberi fokus kepada anak terlebih dahulu sebelum kembali bekerja,” ungkap Jihan.
Ads
Jihan juga akui teruja apabila diberikan kepercayaan untuk mengemudikan Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) yang akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada 12 Februari depan.
Dirinya bakal mengacarakan acara muzik berprestij tanah air itu bersama Sherry AlHadad.
“Saya sangat terkejut ketika dihubungi pihak TV3 kerana ini adalah kali pertama mendapat tawaran mengendalikan AJL.
“Baru nak kembali aktif setelah setahun bercuti dan tiba-tiba dapat tawaran hebat begini. Saya anggap ia sebagai rezeki anak,” luahnya kepada Mingguan Wanita.
Risau Lama Berehat
Wanita yang kuat bekerja ini juga tidak menafikan timbul kerisauan untuk kembali bekerja selepas bercuti panjang.
“Bila lama sangat berehat, saya tak nafikan ada sedikit kerisauan bila nak kembali bekerja. Banyak perkara yang berubah mengikut peredaran masa.
Ads
“Semua benda bergerak pantas.
“Setelah setahun tidak bekerja, saya bimbang kalau tak dapat kejar trend terkini yang mungkin banyak yang saya sudah ketinggalan sebelum ini.
“Dah masuk tahun baharu, semua benda pun baharu. Jadi memang kena ambil masa sedikit untuk sesuaikan diri dan berada di trek yang sepatutnya,” sambungnya.
Santan memang banyak digunakan dalam masakan harian seperti kari, masak lemak, rendang, kuah kacang dan sebagainya.Masakan menggunakan santan segar yang diperah boleh menyedapkan lagi rasanya berbanding jika gunakan santan segera yang didalam kotak.
Namun perkara yang sering menjadi masalah bagi santan segar ialah ia tak tahan lama dan mudah basi. Malah, jika di simpan di tempat beku didalam peti sejuk ia jadi berketul-ketul,cair dan mengakibatkan kuah pun jadi tak cantik.
Melalui perkongsian dari Radhiah Izzati, ada petua dan cara simpan santan yang tersendiri agar ia tahan lebih lama, tetap pekat dan kekal segar.
Menurut beliau, petua ini perolehi daripada seorang peniaga nasi lemak. Mak-mak bolehlah mencuba petua ini iya, jadi tak lah membazir kalau santan basi.
Caranya:
1.Ambil beberapa helai surat khabar dan basahkan.
2.Bungkuskan santan dengan helaian surat khabar tersebut.
3. Simpan di tempat beku dalam peti sejuk.
Hasilnya, kertas surat khabar dan santan tersebut membeku,tetapi santan kekal segar dan pekat selain tiada lebihan air. Berbeza dengan kaedah simpanan biasa yang terpisah kandungan santan di bawah, air di atas.
Ternyata biar pun makanan sejuk beku, ianya juga mudah tercemar dengan virus Covid-19. Oleh sebab itu mak,ayah seharusnya mengambil langkah pencegahan dan berhati-hati.
Biar pun di luar negara, ia tetap membimbangkan. Selepas dibuat ujian, makanan sejuk beku yang diimport dikesan positif Covid-19.
Makanan Sejuk Beku Dikesan Positif Covid-19
Wuhan: Sampel tiga bungkusan makanan sejuk beku yang diimport ke pusat bandar Wuhan didapati positif Covid-19 selepas ujian saringan dijalankan.
Suruhanjaya Kesihatan Perbandaran Wuhan berkata, ia membabitkan dua sampel daging sejuk beku dari Brazil yang disimpan di gudang selain satu lagi membabitkan ikan sejuk beku spesies patin dari Vietnam yang disimpan di gudang berasingan.
Pihak berkuasa turut mengasingkan dan menjalankan saringan asid nukleik ke atas pekerja yang didapati ada kontak langsung dengan produk makanan berkenaan tetapi kesemuanya didapati negatif Covid-19 setakat ini.
Namun, penghantaran stok makanan sejuk beku dari sampel makanan yang tercemar itu belum dipasarkan di pasar basah, lapor portal People.
Makanan Sejuk Beku Yang Diimport Dikesan Positif
China juga meningkatkan usaha untuk menyekat kemasukan makanan import bagi mengekang penularan Covid-19 terutama selepas terdapat beberapa kes membabitkan produk sejuk beku import disahkan positif virus itu.
Kementerian Pengangkutan China mengeluarkan garis panduan pada pertengahan November lalu bagi mengelakkan penularan Covid-19 menerusi rantaian makanan sejuk beku melalui jalan darat dan air.
Pegawai Kanan Kastam China, Bi Kexin, pada sidang media minggu lalu, memaklumkan lebih 800,000 sampel produk sejuk beku sudah diuji dan kebenaran eksport 99 pembekal luar negara ke China sudah dihentikan.
MW: Buat masa ini lebih baik mak,ayah membeli stok makanan yang tidak diimport atau ambil tahu dari mana makanan sejuk beku diimport. Walaupun perkara ini berlaku di luar negara, namun apa salahnya mengambil langkah berjaga-jaga.
Melihat gambar-gambar cantik ‘wanita’ ini, sungguh tak sangka ia merupakan wajah seorang lelaki. ‘Wanita’ ini kelihatan cukup sempurna memiliki wajah ‘doll face’. Manakan tidak, berwajah putih gebu, comel, kulitnya halus, bermata bundar dan bersinar serta mempunyai tubuh badan yang langsing bak model antarabangsa, pasti membuatkan ramai wanita yang cemburu dengan kecantikannya.
Lelaki Paling Cantik Thailand
Pemilik gambar ini bernama Yoshi Rinrada.Berasal dari Thailand dan dilahirkan sebagai seorang lelaki. Baru-baru ini, gambar-gambar Yoshi mulai tular di laman sosial dan terkenal kerana mendapat gelaran menjadi salah seorang lelaki paling cantik di negara tersebut.Yoshi juga sering tampil didalam klip video serta pernah berlakon didalam beberapa drama.Malah turut mempunyai follower hampir 1 juta di Instagram!
Percaya Diri Perempuan
Apabila ditanya jika beliau ingin melakukan pembedahan jantina, beliau hanya berkata ia bergantung ke mana haluan hidup akan membawanya suatu hari nanti. Yoshi berkata beliau yakin bahawa dirinya adalah seorang perempuan kerana membesar dengan persekitaran yang dikelilingi kanak-kanak perempuan sejak kecil.
Siapa sangka dengan wajah secantik ini, Yoshi sebenarnya dilahirkan sebagai seorang lelaki dan berubah menjadi perempuan yang mampu memberi ‘saingan’ dibandingkan dengan perempuan ‘asli’ di negaranya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...