Genap setahun Allahyarham Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan atau lebih dikenali Abam Bocey meninggalkan para peminatnya di dunia yang fana ini. Dalam mengenang kembali kisah persahabatan kumpulan Bocey yang terjalin antara suaminya, Achey, Fad dan Allahyarham.
Isteri Achey, Nor Hasanah Yahaya yang lebih mesra dengan panggilan Anne akui dirinya adakalanya berasa cemburu dengan keakraban tiga sahabat pelawak terkenal ini.
Keakraban yang terjalin antara ketiga-tiga sahabat ini bukan sekadar sayang pada sesama mereka sahaja, namun sayang dengan seluruh yang berkaitan dengan mereka.
Baik Fad mahupun Achey sudah membuktikan betapa mereka cukup menyayangi Allahyarham sehingga ke akhir nafasnya dan sampai bila-bila.
Perkongsian Anne menyebut,
Al-fatihah bam..
Jarang aku mengarang cerita.
Nak di cerita perjalanan Bocey… aku salah seorang saksi kepayahan, cabaran, liku-liku perjuangan serta persahabatan mereka.
Ingat lagi awal kemunculan diorang berangan-angan nak berada di hati peminat.. syukurnya Fad dan Abam dapat terima Achey walaupun statusnya sudah berkahwin… yela keselesaan diorang masa tu mungkin berkawan dengan yang bujang… aku silap bila sillaturrahim Allah wujudkan dalam hati diorang sangat kuat.
Diorang berdua layan aku macam adik beradik diorang.
Maharaja lawak mega pertama minggu yang pertama.. aku ingat lagi… menggigilnya diorang nak berada di pentas besar… masa tu aku ngan @aliputeh_official @angah_rosdi je penyokong diorang.
Aku ngan Ali redahhh je untuk menjadi penyokong diorang walaupun kerusi penyokong Bocey banyak yang kosong!.. kami tak peduli pun .. aku ngan Ali akan menjerit tak tentu hala untuk semangat mereka.
Tapi aku silap… setiap lemparan komedi mereka pada malam itu menjadi air mata gembira buat aku. Sebab setiap punch line diorang bergemuruhhhh satu MBSA !! Semua orang suka Bocey sehingga lah penuhhh sekarang orang nak menyaksikan mereka.
Dari situ aku mula nampak yang mereka meletakkan sillaturrahim yang hebat antara mereka untuk bersama di mana sahaja. Dengan membawa semangat mencari rezeki di paras yang tertinggi mereka mahukan.
Aku kadang-kadang sebagai isteri achey CEMBURU tengok rapatnyaa diorang ni… tapi aku tau mereka ni bukan sayang antara mereka. Tapi mereka sayang seluruhnya yang berkaitan dengan mereka.
Terima kasih #bocey
#bertigasementaraboceyselamanya #kitabaikramaisayang
Perkongsian Anne ini kemudiannya mendapat respons daripada suaminya yang memaklumkan dapat merasai apa yang sedang dirasai oleh isterinya itu. “I fell u mama
!!” Tulis Achey.Sewaktu hayat Allahyarham bukan sekadar menghiburkan para peminatnya, malah banyak membuat kerja-kerja amal dan kebajikan sehingga namanya meniti di bibir para ustaz-ustaz yang pernah bekerjasama dengan Allahyarham.
Abam dah tiada, isteri kejut solat Subuh tiada tindak balas.
MW : Al Fatihah.. semoga Allah mengampunkan dosa Allahyarham Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Sumber/Foto : Achey Kintang Kintung