Kementerian Pendidikan telah mengumumkan bahawa sesi persekolahan kelas peperiksaan akan bermula 24 Jun ini. Jadi bagi mak, ayah yang risau bagaimana anak-anak di sekolah 24 Jun ini, ikuti gambaran awal ini.
Kementerian Pendidikan menetapkan tarikh pembukaan semula sesi persekolahan bagi kelas peperiksaan awam adalah pada 24 Jun ini.
Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Jidin, berkata sesi persekolahan itu membabitkan murid kelas peperiksaan awam iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan peperiksaan antarabangsa yang setara.
Ibu bapa atau penjaga perlu memastikan hanya anak yang sihat sahaja dihantar ke sekolah, kata Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Jidin.
“Jika anak itu tidak sihat atau bergejala seperti demam, batuk, selesema, sakit tekak dan sesak nafas, tolonglah jangan hantar mereka ke sekolah.
“Sebaik-baiknya, bawalah anak ini membuat pemeriksaan kesihatan yang sewajarnya,” katanya pada sidang media di Perdana Putra, hari ini.
SEKOLAH BAKAL DIBUKA:
1. Kelas peperiksaan: 24 Jun 2020 (RABU)
2. Selain dari itu: TUNGGU KEPUTUSAN KPM!!
(Sementara tu, kelas online diteruskan)
Kelas yang bakal dibuka:
Kelas-kelas peperiksaaan awam, SPM, svm, STPM, STAM & peperiksaan antarabangsa yang setara
Keselamatan:
Ibu bapa perlu memastikan anak-anak YANG SIHAT SAHAJA dihantar ke sekolah. Jika bergejala demam, batuk, selsema, sesak nafas, JANGAN HANTAR KE SEKOLAH.
Gambaran awal:
1. Guru akan periksa suhu di pintu masuk sekolah, termasuk guru-guru dan semua yang mempunyai urusan dengan sekolah.
2. Yang bersuhu 37.5 ke atas tidak dibenarkan masuk.
3. Murid perlu ikut laluan pergerakan ditetapkan.
4. Murid sentiasa diingatkan untuk cuci tangan dengan kerap.
5. Meja-meja disusun pada jarak satu meter, tak lebih 20 orang murid.
6. Waktu rehat secara berperingkat – makanan dan minuman siap dibungkus. Murid makan di kelas.
7. Ibu bapa digalakkan sediakan bekal untuk anak-anak.
8. Ibu bapa sentiasa pesan agar sentiasa jaga penjarakan sosial dan kebersihan diri.
9. PIBG mesti bantu sekolah sebelum sekolah dibuka dan masa sekolah beroperasi.
10. Sukan and koku secara bersemuka tidak diadakan, termasuk perhimpunan.
Asrama:
1. Murid yang akan mengambil peperiksaan awam sahaja.
2. Katil disusun jarak satu meter.
3. Makanan bergilir ikut bilangan murid.
Garis panduan ini akan ditambah baik dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian.
MW: Semoga anak-anak kita dapat bersekolah dalam suasana yang selamat dan sihat. Insyallah.
Sumber: Berita Harian