Sesi persekolahan hari ini penuh duka, hantaran sedih Facebook SK Jeram Masjid Tanah buat ramai sebak. Sebuah bas persiaran yang membawa 39 penumpang termasuk dua pemandu terbabit nahas dengan sebuah treler di Kilometer 126 Jalan Kuantan-Segamat dekat Simpang Tiga Bahau, Muadzam Shah, Pahang sebelum terbabas ke cerun dan terbalik.
Sesi Persekolahan Hari Ini Penuh Duka
Bas berkenaan dikatakan dalam perjalanan membawa rombongan guru SK Jeram menuju ke Terengganu bagi menghadiri program penanda aras.
Menerusi perkongsian di laman Facebook SK Jeram Masjid Tanah pada Ahad, sekolah tersebut berkongsi ‘rasa sedih’ dengan satu hantaran berbentuk poster.
Hantaran itu susulan tragedi bas (rombongan guru) yang terlibat kemalangan dengan sebuah treler di Rompin, Pahang pagi Ahad.
Hantaran Sedih Facebook SK Jeram Masjid Tanah Buat Ramai Sebak
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga maya menzahirkan ucapan takziah kepada warga sekolah dan keluarga mangsa yang terlibat.
Ads
Satu perkongsian daripada Cikgu Zahran di laman Facebooknya juga begitu menyentuh hati.
“Pagi ini mungkin pagi paling suram buat warga SK Jeram Masjid Tanah. Sesi persekolahan hari ini semestinya penuh kedukaan. Kami warga pendidik di seluruh Malaysia turut merasai kesedihan itu.
Besar kehilangan apabila dua guru kembali menghadap ilahi dalam kemalangan tragis ini. Malah Pembantu Operasi mereka yang bakal bersara turut terkorban. Apatah lagi ramai guru-guru masih dirawat di hospital.
Ads
Semoga tabah buat semua warga SK Jeram, guru, murid dan semua ahli keluarga yang terlibat. Tak dapat digambarkan kedukaan ini kerana peristiwa hitam yang pastinya takkan dilupakan. Doa kami buat anda semua.”
Setakat ini, empat mangsa dilaporkan maut iaitu Penolong Kanan SK Jeram, Cikgu Hasnatul Adilah Hassan; Ustazah Dahlia Ahmad; pemandu kedua bas, Hadi Ashraf Mad Idris dan pembantu operasi sekolah, Hamzah Ahmad.
Empat tahun menanti si kecil, ciuman terakhir seorang ayah undang pilu. Tiada yang lebih dinantikan oleh pasangan suami isteri selain kehadiran cahaya mata dalam kehidupan mereka. Empat tahun menunggu dengan penuh harapan, doa yang tidak pernah putus, akhirnya mereka dikurniakan seorang bayi yang dinanti-nantikan.
Empat Tahun Menanti Si Kecil, Ciuman Terakhir Seorang Ayah Undang Pilu
Namun, kebahagiaan itu hanya sementara. Si kecil yang lahir ke dunia ini hanya sempat berada dalam dakapan mereka sekejap sahaja sebelum pergi buat selama-lamanya. Sewaktu bayi itu dilahirkan, air mata si ibu mengalir bukan kerana kesakitan, tetapi kerana rasa syukur dan bahagia.
Dalam sebuah video yang dimuat naik oleh Mr Wan Cai Official di Facebook, seorang lelaki dilihat penuh kasih sayang memberikan ciuman terakhir di dahi anaknya. Dengan hati yang luluh, dia menatap wajah si kecil yang tidak sempat melihat dunia buat kali pertama.
Perpisahan ini sungguh memilukan, begitu menyentuh perasaan hingga tiada kata mampu menggambarkan kepedihan seorang ayah yang kehilangan cahaya mata yang telah lama dinantikan.
Difahamkan, bayi syurga itu merupakan anak sulung pasangan tersebut setelah empat tahun menanti kehadirannya. Namun, takdir menentukan mereka tidak berpeluang membesarkan si kecil seperti yang diimpikan.
Ketika jenazah anaknya dikafankan, si bapa hanya mampu memandang dengan tatapan kosong, seolah-olah tenggelam dalam kesedihan yang sukar diungkapkan.
Video yang dikongsikan ini turut mengundang rasa sebak dalam kalangan warganet. Ruangan komen dibanjiri doa dan kata-kata semangat buat pasangan ini agar diberikan ketabahan dalam menghadapi dugaan yang begitu berat.
Dalam pada itu, terdapat juga ibu bapa lain yang berkongsi pengalaman serupa, di mana mereka terpaksa menerima hakikat kehilangan bayi yang sekian lama dinanti. Kepergian yang tidak dijangka ini pastinya menjadi satu ujian besar bagi mereka yang mengalaminya.
Kuatnya seorang wanita! Fasha Sandha berkongsi tentang kekuatannya ketika mengharungi fasa perceraian bersama bekas suaminya, Datuk Rizal Ashram Ramli pada 20 Januari 2016 melalui temubual eksklusif bersama Majalah NONA baru-baru ini.
Fasha atau nama lengkapnya Nur Fasha Sandha Hassan berkata, dia tetap meneruskan penggambaran seperti biasa pada hari yang sama perpisahannya bersama bekas suaminya itu. Dalam masa yang sama, Fasha turut meminta seluruh produksi drama tersebut untuk tidak meluahkan rasa simpati terhadap dirinya.
Hari saya bercerai, hari itu juga saya shooting drama dan saya tak minta cuti.
“Saya dah pesan kepada team produksi untuk tidak sesekali peluk saya dan buat seperti biasa sahaja.Macam hari yang normal. Jangan buat saya seperti saya mahukan simpati. Itulah kekuatan saya pada ketika itu,”ujarnya.
Malah aktres berusia 40 tahun itu turut menegaskan bahawa dia tidak menggalakkan perceraian terutamanya wanita yang tidak mempunyai pekerjaan dan simpanan wang. Fasha menasihati rakan-rakannya untuk mempertahankan rumah tangga andai ia tidak memudaratkan mereka.
“Ada beberapa orang teman yang minta nombor telefon peguam saya untuk memfailkan perceraian. Saya kata kepada mereka, tak semua orang kuat untuk menjadi ibu tunggal.
Pemikiran saya sedikit berbeza, saya kata mereka tidak boleh menjadi ibu tunggal kerana mereka tidak bekerja dan tiada simpanan,”ujarnya dalam temubual tersebut.
Fasha pernah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Rizal Ashram Ramli atau dikenali sebagai Jejai.
Menerusi perkahwinan itu, Fasha mendapat dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 10, dan Putri Raysha Jemaima, 9 tahun. Fasha kini bahagia bergelar isteri kepada aktor Aidil Aziz yang dinikahinya pada Mac 2019. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Aisha Amaira.
Tak dapat bayang bila raya tanpa mak ayah. Setiap tahun dah tentu tak sabar untuk balik beraya dengan mak ayah, adik beradik dan sanak saudara di kampung. Jem pun redah saja asalkan dapat bertemu dengan orang yang kita sayangi.
Apakan daya, semua ini atas aturan Allah. Inilah yang liku kehidupan yang dilalui oleh 3 adik beradik masih muda yang kehilangan mak ayah. Kini mereka raya tanpa mak ayah dan hanya menumpang kasih bapa saudara.
Peristiwa kemalangan yang berlaku 4 tahun lalu yang meragut mak ayah. Sekaligus menjadikan mereka yatim piatu bila mak ayah meninggal di tempat kejadian.