Tidak dinafikan, apabila seseorang itu telah berkahwin dan mempunyai anak, keutamaan mereka adalah lebih kepada anak-anak. Kadang-kadang boleh menimbulkan isu dan menyebabkan perselisihan faham. Ini belum lagi tentang masalah dalam kain sehingga membawa kepada hubungan intim yang dingin.
Walau bagaimanapun, satu topik yang boleh diungkai di sini, apabila pasangan sudah mempunyai cahaya mata, tumpuan lebih kepada anak dan isteri selesa untuk tidur bersama anak sehingga suami dibiarkan sendirian. Tidak mustahil juga, suami selesa untuk tidur sendirian supaya tidak diganggu oleh tangisan anak waktu malam dan sebagainya.
Namun, tidur berasingan ini tidak bermakna pasangan tidak saling mencintai atau hilang kasih sayang yang disemai sebelum ini. Cuma pasangan ini hanya berpisah ranjang sahaja. Mengulas lebih lanjut isu ini bersama Prof Madya Ts Dr Hj Mohd Nor Mamat, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara Malaysia (UiTM),
Secara umumnya, ada beberapa faktor yang menyebabkan suami isteri selesa tidur berasingan. Antaranya:
“Walau apa pun sebabnya, tidur berasingan antara suami isteri tidak sepatutnya berlaku lama atau dibiarkan berterusan kerana ia memberi kesan kepada hubungan suami isteri,” ulas Dr Hj Mohd Nor.
Tidak dinafikan, wujud juga sebab-sebab lain seperti:
Namun, ini semua adalah antara faktor yang berkaitan dengan faktor-faktor lain yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. Semua yang berlaku pada pasangan ini disebabkan oleh ego diri dan lebih mudah di atasi dengan memahami fitrah diri dan pasangan.
Menyentuh tentang kehadiran anak-anak sehingga menyebabkan perhatian isteri berubah dan waktu tidur lebih cenderung dihabiskan dengan anak-anak. Jadi, suami perlu faham tentang perubahan tanggungjawab isteri sebagai seorang ibu. Begitu juga, isteri perlu memahami keperluan suami untuk dilayan dan tidur bersama masih tetap menjadi tanggungjawab sebagai seorang isteri.
Jika kedua-dua ini bersama-sama menguruskan anak dan ada masa untuk tidur bersama, itu adalah suatu tanggungjawab dan ibadah. Bukan sahaja keinginan nafsu semata-mata tetapi ia boleh menjadi faktor yang menentukan kebahagiaan hubungan yang berkekalan.
Apabila suami isteri tidak berasing, sudah tentu boleh melenyapkan kemesraan dan kasing sayang sedikit demi sedikit. Malah, kesan untuk jangka masa panjang boleh mengganggu hubungan.
Fitrah wanita inginkan selalu dibelai manja oleh suami, manakala fitrah lelaki inginkan dilayan seksual oleh isteri. Sekiranya, masa bersama terganggu ataupun tidak berlaku, ia pasti menyebabkan kesan kekosongan dalam diri masing-masing dan memungkinkan susulan tindakan yang lebih merosakkan hubungan rumahtangga.
Dalam Islam, Rasulullah s.a.w memberikan panduan yang sangat jelas sehinggakan saling melihat wajah pasangan ketika bersama itu juga dituntut sebagai ibadah, bercakap dengan mengeluarkan kata-kata kasih sayang kepada isteri sebelum tidur bersama juga ibadah. Apatah lagi melaksanakan hubungan seksual suami isteri juga adalah dikira ibadah. Oleh sebab itulah, elakkan daripada berterusan selesa tidur berasingan,” jelas Dr Hj Mohd Nor lagi.
Katanya lagi, kesibukan kerja, keterujaan dengan kehadiran anak. Manakala di kalangan orang tua yang telah bosan dengan pasangan, penyakit atau lebih suka menumpukan pada ibadah. Semua ini adalah alasan, ego dan silap fahan tentang fitrah pasangan.
“Walau bagaimanapun, pengurusan masa keluarga yang bijak perlulah menjadi kemahiran utama dalam menguruskan rumahtangga.Kalau disebabkan penyakit sekalipun, ia perlu diubati kerana sihat itu sendiri adalah syarat keharmonian rumah tangga.
“Malah, tujuan berkahwin itu sendiri, salah satunya adalah untuk menghalalkan perhubungan seksual yang menjadi fitrah kemanusiaan. Terdapat dalam hadis, andainya isteri enggan tidur bersama suami dengan sengaja dan menyakitkan hati suami, termasuk perbuatan yang dilaknat oleh Allah. Begitu juga, andai suami yang enggan tidur bersama isteri, ia termasuk dalam kategori yang tidak melaksanakan nafkah ke atas isterinya,” katanya.
Dr Hj Md Nor berpendapat suami yang tidak terangsang, hubungan seksual tidak mungkin berlaku, begitu juga kalau isteri tidak merangsang atau tidak menunjukkan kesediaan untuk bersama menyebabkan ego suami tercabar.
“Bila suami mula menjauhkan diri, dibimbangi terlibat dalam tindakan-tindakan susulan lain seperti curang, beremosi negatif dan sebagainya. Isteri pula bila dijauhi dalam tempoh yang lama akan terasa tidak dihargai dan tidak lagi disayangi,” katanya.