Pelakon Shima Anuar mengesahkan dia dijangkiti virus Covid-19. Dia yang mengadu sesak nafas dan sakit kepala sejak Jumaat lalu menerangkan keputusan ujian calitan yang dilakukan kelmarin, mengesahkan dia dijangkiti virus berkenaan.
Malah pelakon yang juga ibu kepada dua orang anak itu, cukup risau tatkala memikirkan anak-anak yang sudah dihantar menjalani ujian calitan, pagi semalam.
Shima yang sepatutnya kembali ke lokasi penggambaran bagi projek filem Albab Ding Ding mengaku terkejut dengan keputusan diterima.
“Saya tiada kontak rapat dengan sesiapa yang disahkan positif COVID-19. Cuma, sejak Jumaat lalu, saya mula sesak nafas dan sakit kepala.
“Saya beritahu suami dan dia menyangka mungkin perut saya kosong dan masuk angin.
“Namun, saya buat keputusan melakukan ujian calitan sebagai sebagai langkah berjaga-jaga menyedari virus ini ada di mana-mana,” tulisnya menerima hantaran di akaun Instagramnya.
Kongsi Shima lagi, suaminya juga turut membuat ujian calitan dan keputusannya negatif.
“Suami juga melakukan ujian calitan selepas saya mendapat keputusan. Namun, suami saya disahkan bebas daripada virus berkenaan, pagi semalam.
“Saya jadi tidak keruan dan hilang punca sekejap. Saya asyik memikirkan anak yang turut menjalani ujian calitan pagi semalam.
“Saya berdoa anak-anak tidak dijangkiti. Saya tidak boleh bayangkan keadaan mereka jika sebaliknya,” kongsinya lagi.
Shima juga berharap individu yang mempunyai kontak rapat dengannya sejak minggu lalu agar dapat melakukan ujian saringan COVID-19.
“Saya sedang menunggu perkembangan daripada Kementerian Kesihatan. Sejak semalam, saya mengasingkan diri di bilik bawah dan tidak keluar.
“Saya tidak mahu memberi risiko kepada orang lain,” tegasnya.
Baca Disini Juga:
Bayi Tak Sempat Sentuh Ibu, Baru Dilahirkan Ibu Meninggal Akibat Covid-19
Anak POSITIF Covid-19, Ibu Tunggal Ini Sanggup Ambil RISIKO Temankan Anak Hingga SEMBUH
COVID-19: Wanita Balik Dari Johor ‘Super Spreader’, Jangkiti 37 Penghuni Rumah Panjang!
Sumber/Sumber Foto: Instagram Shima Anuar
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita