Ramai yang mengeluh kek jadi bantat, kek pecah di tengah, melekat di loyang, berderai bila dipotong serta lain lagi ketika kali pertama cuba membuat kek. Semua itu adakalanya membuatkan semangat mereka yang baru mencuba jatuh merudum.
Sebenarnya tak susah pun sebaliknya membakar kek boleh jadi satu pengalaman yang menyeronokkan bagi yang baru ingin mencuba buat kek di rumah. Kek marble antara kek paling mudah dibuat. Bahan diperlukan juga tak banyak. Kek pun terlajak gebu dan sedap. Sesuai dibuat minum petang di rumah.
Nak bakar kek, ada beberapa perkara anda perlu tahu dan jika ikut, membakar kek boleh jadi satu keseronokan.
Pertamanya, bagi yang baru berjinak-jinak membuat kek, masa membakar kena berdasarkan panduan resipi. Contohnya bagi kek marble masa diambil antara 45-50 minit.
Teknik kedua kena tahu ialah ketika mixing. Adunan perlu dipukul sempurna. Kalau mentega dan gula dipukul tak sempurna, kek boleh berkerak pada keliling kek selain timbul bintik-bintik putih di tengah kek.
Antara tips lain ialah suhu oven terlalu panas dan kek terlalu lama dibakar selain cara memukul tadi tidak cukup kembang. Dan apa yang terjadi ialah kek akan bantat.
Mesti adakalanya kek kita melekat pada loyangkan. Tips elak semua ini terjadi ialah sapu minyak sedikit pada bawah dan keliling loyang selain gunakan kertas pelapik. Tapi sebenarnya masalah kek melekat adalah kerana kita menggunakan terlalu banyak gula atau banyak manisan lain. Jadi kurangkan sedikit, kata orang secukup rasa.
Ok inilah antara tip-tip penting untuk membuat kek dan jadikan kek idaman berhasil. Tidak ada lagi alasan kenapa kek tak jadi, kenapa kek bantat atau tenggelam dan sebagainya.
Jom buat kek marble dan menang duit…
Sambungan dari Fiesta Homebakers Usha-Usha Kuih Raya yang berlangsung pada Februari, Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR) meneruskan usahanya dalam menyokong dan memupuk minat membakar kek di kalangan ramai melalui kempen “Bake It Better” yang bertujuan untuk menjadikan proses membakar kek lagi menyeronokkan dan lebih baik dengan perkongsian produk, pengetahuan dan pengalaman dari professional.
“Bake It Better” terdiri daripada 4 siri yang bermula dari peringkat mudah hingga peringkat pertengahan dan peringkat pakar. Dalam setiap cabaran CSR bekerjasama dengan rakan kongsi yang berbeza untuk menaikkan cabaran itu. Siri pertama – Kek Marble telah berlangsung pada 5 Jun dan akan tamat pada 25 Jun 2023.
Apa nak buat dan bagaimana nak sertainya?
Ikut saja step di bawah ini:
https://fb.watch/kZgxyrz5OY/?mibextid=dg3Xzg
Inilah masanya untuk serlahkan bakat baking anda dalam Peraduan #CSRBakeItBetter! Mudah je, cuma hasilkan resipi kek yang dinyatakan dengan kreativiti anda dan anda berpeluang untuk menangi hadiah berupa produk dan E-Wallet TouchNGo!
Jom tengok siapa yang paling terer buat kek marble! Nak lagi meriah, ajaklah kawan-kawan sekali tau.
Untuk maklumat selanjutnya, anda boleh baca terma dan syarat https://bit.ly/CSRBakeItBetter