Ramai yang mengeluh kek jadi bantat, kek pecah di tengah, melekat di loyang, berderai bila dipotong serta lain lagi ketika kali pertama cuba membuat kek. Semua itu adakalanya membuatkan semangat mereka yang baru mencuba jatuh merudum.
Sebenarnya tak susah pun sebaliknya membakar kek boleh jadi satu pengalaman yang menyeronokkan bagi yang baru ingin mencuba buat kek di rumah. Kek marble antara kek paling mudah dibuat. Bahan diperlukan juga tak banyak. Kek pun terlajak gebu dan sedap. Sesuai dibuat minum petang di rumah.
Seronoknya Membakar Kek
Nak bakar kek, ada beberapa perkara anda perlu tahu dan jika ikut, membakar kek boleh jadi satu keseronokan.
Pertamanya, bagi yang baru berjinak-jinak membuat kek, masa membakar kena berdasarkan panduan resipi. Contohnya bagi kek marble masa diambil antara 45-50 minit.
Teknik kedua kena tahu ialah ketika mixing. Adunan perlu dipukul sempurna. Kalau mentega dan gula dipukul tak sempurna, kek boleh berkerak pada keliling kek selain timbul bintik-bintik putih di tengah kek.
Ketahui Teknik Mudah Gerenti Jadi
Antara tips lain ialah suhu oven terlalu panas dan kek terlalu lama dibakar selain cara memukul tadi tidak cukup kembang. Dan apa yang terjadi ialah kek akan bantat.
Mesti adakalanya kek kita melekat pada loyangkan. Tips elak semua ini terjadi ialah sapu minyak sedikit pada bawah dan keliling loyang selain gunakan kertas pelapik. Tapi sebenarnya masalah kek melekat adalah kerana kita menggunakan terlalu banyak gula atau banyak manisan lain. Jadi kurangkan sedikit, kata orang secukup rasa.
Ok inilah antara tip-tip penting untuk membuat kek dan jadikan kek idaman berhasil. Tidak ada lagi alasan kenapa kek tak jadi, kenapa kek bantat atau tenggelam dan sebagainya.
Ads
Jom buat kek marble dan menang duit…
Sambungan dari Fiesta Homebakers Usha-Usha Kuih Raya yang berlangsung pada Februari, Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR) meneruskan usahanya dalam menyokong dan memupuk minat membakar kek di kalangan ramai melalui kempen “Bake It Better” yang bertujuan untuk menjadikan proses membakar kek lagi menyeronokkan dan lebih baik dengan perkongsian produk, pengetahuan dan pengalaman dari professional.
“Bake It Better” terdiri daripada 4 siri yang bermula dari peringkat mudah hingga peringkat pertengahan dan peringkat pakar. Dalam setiap cabaran CSR bekerjasama dengan rakan kongsi yang berbeza untuk menaikkan cabaran itu. Siri pertama – Kek Marble telah berlangsung pada 5 Jun dan akan tamat pada 25 Jun 2023.
Apa nak buat dan bagaimana nak sertainya?
Ads
Ikut saja step di bawah ini:
Ikuti semula video resipi “Kek Marble” Jelita Memikat Hati CSR
Inilah masanya untuk serlahkan bakat baking anda dalam Peraduan #CSRBakeItBetter! Mudah je, cuma hasilkan resipi kek yang dinyatakan dengan kreativiti anda dan anda berpeluang untuk menangi hadiah berupa produk dan E-Wallet TouchNGo!
Jom tengok siapa yang paling terer buat kek marble! Nak lagi meriah, ajaklah kawan-kawan sekali tau.
Wanita merupakan insan penting yang menjadi tonggak kesejahteraan dan kebahagiaan sesebuah keluarga, masyarakat, organisasi dan negara.
Wanita memainkan peranan yang besar bukan sahaja dalam rumahtangga, bahkan ramai wanita masa kini berperanan besar serta menjadi pelopor dalam pelbagai organisasi. Sebilangan besar golongan wanita menyumbang dalam membangunkan masyarakat serta negara merangkumi pelbagai aspek termasuk ekonomi, politik dan juga sosial.
Dalam kesibukan menjalani kehidupan harian yang penuh dengan cabaran dan tuntutan, golongan wanita harus bijak membahagikan masa untuk mengekalkan gaya hidup yang sihat. Tahap kesihatan yang optimum dari segi fizikal dan mental amat penting bukan sahaja untuk diri mereka sendiri, malah untuk keluarga dan insan-insan yang tersayang.
Kesibukan dan gaya hidup masa kini sedikit sebanyak memberi kesan kepada tahap kesihatan dan golongan wanita juga tidak terkecuali. Kanser, Lupus Eritematosus Sistemik (SLE) dan isu berkaitan kesihatan mental adalah antara penyakit yang dihadapi oleh golongan wanita. Penyakit-penyakit ini yang mungkin memberi impak terhadap tahap kehidupan wanita dalam menjalani kehidupan seharian.
PruBSN Anggun, Pelan Istimewa Khusus Wanita
PruBSN amat memahami cabaran yang dihadapi oleh golongan wanita masa kini serta prihatin akan keperluan mereka tanpa mengira status atau peringkat kehidupan.
Dengan itu, PruBSN telah memperkenalkan produk terbaru mereka – PruBSN Anggun, pelan takaful khusus yang memberi perlindungan yang menyeluruh bagi golongan wanita. Pelan istimewa ini juga direka khas untuk memenuhi keperluan wanita pada setiap peringkat kehidupan yang berbeza.
PruBSN juga sentiasa komited dalam menyediakan penjagaan dan sokongan kepada wanita dan terus membantu memanfaatkan yang terbaik dalam kehidupan mereka.
Perlindungan Lengkap & Menyeluruh Lindungi Wanita
Setiap wanita semestinya memerlukan pelan perlindungan yang sesuai dengan perubahan keperluan dan peringkat hidup mereka. Malah mereka juga perlu mengambil berat tentang perlindungan diri sekiranya terjadi sebarang musibah.
PruBSN Anggun menawarkan perlindungan yang lengkap dan menyeluruh khusus untuk wanita dengan beberapa manfaat istimewa seperti:
Kanser Wanita atau Lupus Eritematosus Sistemik (SLE) Dengan Komplikasi Buah Pinggang yang Teruk
– Apabila didiagnosis, 100% daripada Jumlah Perlindungan Asas dan jumlah nilai tunai akan dibayar sekaligus, ini membolehkan orang yang dilindungi dapat memberi tumpuan penuh kepada proses pemulihan mereka.
Manfaat Penjagaan Mental
– Orang yang dilindungi dapat menjaga diri dan menguruskan kesihatan mental mereka dengan Manfaat Penjagaan Mental yang memberikan pembayaran balik sehingga 10% daripada Jumlah Perlindungan Asas atau maksimum RM5,000, atas kos rawatan psikiatri pesakit luar untuk memberikan sokongan penjagaan mental apabila diperlukan.
Manfaat Penjagaan Kesuburan
– Membayar balik sehingga 40% daripada Jumlah Perlindungan Rider untuk rider Mom Care atau maksimum RM10,000, untuk memberikan mereka bantuan bagi rawatan kesuburan ketika diperlukan.
Manfaat Lain Eksklusif Untuk Wanita Seperti Anda
Selain daripada manfaat istimewa di atas, PruBSN Anggun juga menawarkan:
Manfaat Kematian dan Manfaat Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD)
– 100% daripada Jumlah Perlindungan Asas dan jumlah nilai tunai akan dibayar.
Perlindungan Menyeluruh Penyakit Wanita.
– Selain daripada perlindungan ke atas Kanser Wanita dan SLE dengan komplikasi buah pinggang yang teruk, pelan ini juga memberi perlindungan ke atas Karsinoma-In-Situ di mana 50% daripada Jumlah Perlindungan Asas akan dibayar sekaligus.
– Jumlah Perlindungan Asas akan dikurangkan sebanyak jumlah tuntutan tersebut. Namun begitu, dengan ciri Bounce-Back, jumlah perlindungan akan kembali kepada 100% Jumlah Perlindungan Asas selepas 6 bulan dari tarikh diagnosis Karsinoma-In-Situ jika tiada perkara buruk yang berlaku dalam tempoh tersebut.
– Dengan Manfaat Penjagaan Wanita pula, 30% daripada Jumlah Perlindungan Asas akan dibayar sekiranya orang yang dilindungi memerlukan pembedahan atau prosedur disebabkan oleh Kanser, Kasinoma-In-Situ, kemalangan dan keadaan perubatan lain yang dilindungi seperti pembedahan lumpektomi payudara atau mastektomi, pembedahan pembentukan semula payudara dan pembedahan pembuangan organ reproduktif wanita. Manfaat ini boleh dituntut sebanyak 2 kali.
Manfaat Peringkat Hidup pada Peristiwa Kehidupan yang Berbeza
– Wanita juga layak mendapat ganjaran dan bantuan tunai di bawah Manfaat Peringkat Hidup untuk peristiwa kehidupan yang penting, seperti graduasi pascasiswazah sarjana muda (Master atau PhD), perkahwinan, melahirkan anak, menunaikan Umrah / Hajj dan persaraan, sehingga 9% daripada Jumlah Perlindungan Asas.
4. Bayaran Tempoh Matang
– Apabila sijil telah matang, jumlah nilai tunai sijil akan dibayar.
Manfaat Mom Care
Sekiranya anda bercadang untuk memulakan keluarga dalam masa terdekat, riderMom Care adalah suatu pilihan dari PruBSN Anggun yang anda tidak boleh lepaskan.
Mom Care dilengkapi dengan Manfaat Penjagaan Kehamilan, di mana 100% daripada Jumlah Perlindungan Rider akan dibayar apabila ibu mengalami komplikasi kehamilan yang dilindungi.
Mom Care juga menawarkan Manfaat Penjagaan Bayi, di mana 100% daripada Jumlah Perlindungan Rider dibayar untuk anak yang didiagnosis dengan penyakit kongenital sejak lahir.
Seperti yang dinyatakan di atas, Mom Care menyediakan Manfaat Penjagaan Kesuburan yang akan membayar balik sehingga 40% daripada Jumlah Perlindungan Rider atau maksimum RM10,000, untuk memberikan bantuan bagi rawatan kesuburan anda ketika diperlukan.
Pelbagai Manfaat-Manfaat Tambahan Lain
Bukan itu sahaja, PruBSN menawarkan pelbagai rider tambahan iaitu Cancer Protector, Takaful Saver dan Ihsan.
Cancer Protector, menawarkan perlindungan yang meluas untuk Kanser dan Kanser tahap awal. Apabila didiagnosis dengan kanser tahap awal (boleh dituntut sekali) dan sekiranya tuntutan berlaku semasa tahun pertama, 5% daripada Jumlah Perlindungan Rider, atau 10% daripada Jumlah Perlindungan Rider jika dituntut dari tahun kedua dan seterusnya akan dibayar. Apabila didiagnosis dengan Kanser, 100% daripada Jumlah Perlindungan Rider sekaligus atau amaun baki setelah kanser tahap awal dituntut akan dibayar.
Dengan Takaful Saver pula, ia menyediakan potensi pelaburan dengan 7 pilihan jenis Pelaburan Dana yang bersesuaian dengan risiko yang dipilih.
Menerusi Ihsan Rider, peserta pelan boleh meluaskan bantuan kepada masyarakat dengan membantu keluarga miskin dan miskin tegar yang layak untuk dilindungi dengan perlindungan takaful keluarga asas.
Nampaknya manfaat yang ditawarkan sangat lengkap dan fleksibel di mana peserta menentukan apa yang diinginkan. Peserta pelan diberi kebebasan untuk memilih amaun perlindungan pilihan mengikut bajet mereka serta memilih tempoh perlindungan atau manfaat pilihan rider tambahan bersesuaian dengan keperluan mereka secara komprehensif.
Paling menarik sekali, pelan ini menawarkan pakej mampu milik serendah RM50* sebulan! Bagi mereka yang mendaftar untuk pelan ini sekarang dan untuk tempoh terhad, mereka akan menerima e-baucar dUCk bernilai sehingga RM160*.
Dapatkan pelan eksklusif untuk golongan wanita ini yang menawarkan perlindungan penyakit khusus untuk wanita, kesejahteraan, pelaburan dan pada masa yang sama memberi peluang untuk melakukan kebajikan!
Demi sesuap nasi, ibu tunggal anak 9 derita sakit saraf bersengkang mata jual nasil lemak. Takdir perjalanan hidup setiap hambanya tidak sama. Ada diulit kemewahan dari kecil dan tidak terbiasa dengan kesusahan hidup. Namun ada diuji dengan seribu satu kesusahan termasuk kehilangan orang tersayang.
Perit rasanya kehilangan tulang belakang keluarga, susuk seorang ayah tahun lalu secara mengejut membuatkan sembilan beradik berusia di antara 3-20 tahun berhempas pulas meneruskan kehidupan. Seawal jam 5 pagi mereka sudah bangun. Membantu ibu di dapur menyediakan nasi lemak untuk dijual di Pasar Tani di Saujana Utama Sungai Buloh.
Demi Sesuap Nasi
Jika si anak bangun jam 5 pagi, waktu tidur ibu jauh berbeza. Seawal jam 3 pagi dirinya sudah bersengkang mata menyediakan pelbagai lauk pauk bersama nasi lemak air tangannya. Dalam keadaan masalah saraf dihidapinya, si ibu tahu jika dirinya tidak kuat, anak-anak akan rebah.
Tiga beradik ini bertungkus lumus seawal jam 7 pagi di tapak pasar tani berjualan nasi lemak. Alhamdulillah sambutan orang ramai memberikan kegembiraan bila mana dua tong nasi habis setiap kali berniaga di sini.#ERAFoodsMY #ERAUntukSemua#sempurnakanraya#tabungskuadsedekah
Penderitaan ibu tunggal anak sembilan, Azian Abd Rahim kami jejaki selepas kisahnya dikongsi di akaun Tik Tok @reezmell. Rasa tersentuh hati melihatnya berjalan perlahan-lahan menggunakan tongkat akibat masalah saraf dihadapinya ketika kami kunjungi gerai jualannya. Tanpa tongkat menyokong, langkahnya pasti rebah kerana kakinya tidak lagi kuat berdiri lama.
Di usianya 43 tahun, ada banyak garis duka di wajahnya. Duka kerana dia sama sekali tidak menyangka suami dikasihi, Amzar pergi secara mengejut di dalam teksi akibat serangan jantung ketika keluar mencari rezeki.
Menyedihkan pada malam suaminya meninggal, Azian dan anak-anak sudah menanti di rumah kerana mahu memberi kejutan kek hari lahir.
Kenangan bersama arwah suami.#ERAFoodsMY#ERAUntukSemua#sempurnakanraya#tabungskuadsedekahTiada lagi insan dikasihi yang menjadi tunjang keluarga besar ini.#ERAFoodsMY#ERAUntukSemua#sempurnakanraya #tabungskuadsedekah
“Kami tidak pernah sambut hari jadi selama berpuluh tahun berumahtangga. Entah kenapa tahun lalu saya suruh anak-anak belikan sebiji kek untuk ayah mereka. Konon nak buat kejutan. Arwah suami keluar rumah seawal pagi membuat kerja sambilan membawa bas pelancong di sekitar Kuala Lumpur,”ujarnya.
“Dari pagi membawa ke tengahari. Kemudian senja melabuh tirai hingga langit tiada lagi bintang. Gelap gelita. Saya dan anak-anak terus menantinya di rumah tapi hati saya semakin tak sedap kerana arwah suami tak ada telefon langsung. Bila kami cuba menelefon, baterinya sudah mati. Hati jadi tertanya-tanya kerana jarang suami begini”
“Rupanya kejutan membelikan kek menjadi kejutan besar buat kami sekeluarga bila pihak polis memaklumkan yang suami ditemui meninggal di dalam kereta dan ada di hospital. Masa tu saya bayangkan nasib anak-anak kerana selain anak sulung, suamilah tunjang ekonomi keluarga. Saya buat nasi lemak pun seminggu sekali saja,” katanya sambil mengesat air mata yang mengalir laju.
Ibu Tunggal 9 Anak Derita Sakit Saraf Bersengkang Mata Jual Nasi Lemak
Dari pasar tani kami menurutnya di rumah. Kali ini bersama team Beras Era (Era Food My) yang turut sama mahu membantu ibu tunggal anak sembilan ini. Kami memahami deritanya kerana air matanya sentiasa tumpah ketika temubual dilakukan.
Di rumah sewa didudukinya, wajah segannya tetap terserlah. Mungkin tidak biasa dengan lensa kamera kerana dunianya banyak di dalam rumah.
Kata Azian, dia mahu teruskan perniagaan nasi lemak ini di sebalik masalah saraf dihadapinya. Kerana inilah satu-satunya punca rezekinya sekeluarga.
Dia tahu, dia harus menjadi wanita besi kerana pada bahunya anak-anak berpaut. Sembilan anak; Muhammad Izzul Irshad, 20, Muhamad Irfan Syafiq, 19, Nur Aisyah Balqis, 17, Siti Nur Amelyna Balqis, 15, Siti Nur Raudhah Balqis, 12, Siti Nur Najwa Balqis, 11, Siti Nur Ain Balqis, 9, Siti Nur Khadijah Balqis, 8 dan Muhammad Iman Rayyan,3 tahun bergantung padanya.
Semua keputusan keluarga terpikul di bahunya. Dialah ibu, ayah dan tunjang ekonomi keluarga sementelah anak sulungnya menjadi kelindan lori. Anak keduanya menjadi penghantar makanan manakala lainnya masih bersekolah menengah dan rendah.
Anak-anak ini gembira menerima sumbangan dari Beras Era.#ERAFoodsMY#ERAUntukSemua#sempurnakanraya #tabungskuadsedekah
Sudah tertulis rezekinya, saat kedatangan kami itu, kami bawakan bersama peralatan memasak seperti tong gas, bekas nasi, periuk nasi dan lain-lain keperluan sumbangan Beras Era termasuklah juga bekalan beras untuk satu tempoh panjang, bagi pemberi semangat buatnya terus berniaga.
Azian sama sekali menyangka ada pihak baik jiwa dan hati membantunya dan anak-anak. Dan lebih mengharukan selama ini dirinya memang menggunakan Beras Era bagi nasi lemaknya selama bertahun-tahun ini.
“Tak tahu apa nak cakap tapi saya sangat terharu dengan sumbangan dari Beras Era ini. InsyaAllah, saya akan terus berjualan sepanjang Ramadan kerana inilah sajalah rezeki kami,”katanya sambil mengesat air mata kegembiraan.
Mana yang mahu mencuba nasi lemaknya yang sedap, carilah di Pasar Tani Saujana Utama Sg Buloh dan gerainya, Nasi Lemak Anak Ramai. Ada banyak lauk pauk sedap seperti paru masak merah, kerang, ayam masak merah dan banyak lagi. Ya jualannya sentiasa diburu dan setiap kali jualan, habis dua tong besar nasi sekitar 15 kg nasi.
Bagi kita yang mempunyai rezeki lebih bolehlah salurkan sedekah kepada Azian dan anaknya seramai 9 sembilan orang ini baginya meneruskan kelangsungan hidup.
Hari ini hari puan Azian. Dan esok lusa kita tidak tahu siapa yang diuji.
Bagi memberikan keceriaaan buat keluarga-keluarga di luar sana yang diuji kesulitan hidup, bersempena Ramadan mulia ini, Tabung Skuad Sedekah Mingguan Wanita bersama Beras Era menggerakkan usaha membantu bukan sahaja keluarga puan Azian malah juga keluarga asnaf lain agar dapat meraikan hari raya dengan lebih bermakna.
Marilah kita berkongsi rezeki sempena Ramadan ini dengan memberikan sumbangan seikhlas hati, menyalurkan sumbangan melalui Tabung Skuad Sedekah Mingguan Wanita.
Alhamdulillah, pihak Beras Era Food turut akan menggandakan jumlah sumbangan orang ramai bagi menyemarakkan Tabung Skuad Sedekah ini. Hulurkan sumbangan anda melalui akaun bank rasmi Bank Islam Pertubuhan Peduli Insan Malaysia iaitu 0704 3011 0620 93 atau scan QR Code tertera.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebelum ini banyak persoalan tentang pelakon dan pengacara, Ain Edruce yang dikatakan hamil kerana ada yang membuat spekulasi ‘baby bump’ dan bentuk badan dirinya sudah berubah.
Pengesahan yang dibuat oleh Ain atau nama penuhnya, Nurain Edruce, 29, menerusi laman YouTube miliknya, sekali gus menjawab tanda tanya peminat yang sebelum ini membuat spekulasi tentang hehamilannya.
Spekulasi ‘Baby Bump’, Ain Akui Hamil 4 Bulan
Mendirikan rumah tangga 13 Disember pada tahun Ain Edruce mengesahkan dirinya sedang hamil cahaya mata pertamanya dan usia kandungan kini hampir mencecah empat bulan.
“Banyak sangat persoalan orang tanya adakah saya saya dah hamil kerana nampak macam ‘baby bump’ lah, badan dan berubah dan lain-lain.
“Jadi saya rasa dah tiba masanya untuk saya kongsi dengan semua orang yang sayang saya tentang perkara ini.
“Ya, saya dah mengandung. Alhamdulillah saya mengandung. Sebelum ini saya tak pernah cakap apa-apa sebab benda itu masih terlalu awal. Sekarang baru boleh kongsikan,” jelas Ain tentang spekulasi dirinya hamil.
Menurut pelakon sitkom J.K.K itu lagi, mengetahui tentang kehamilannya beberapa hari sebelum bercuti ke Langkawi kerana lewat ‘datang bulan’ pada ketika itu.
“Disebabkan lambat datang bulan, saya membeli alat ujian kehamilan dan akhirnya dapat tahu saya hamil.
“Bila dah tahu hamil, saya dan suami terpaksa batalkan aktiviti lasak yang kami sudah rancang untuk percutian di Langkawi dan hanya relak-relak sahaja di sana,” ujarnya.
Kongsi Momen Kejutan Buat Suami
Menerusi video tersebut, Ain turut berkongsi momen membuat kejutan pada suaminya tentang berita tersebut.
Suami Ain, Amirul Hafizi Mustaffa pada awalnya seperti sukar mempercayai berita tersebut kerana menyangkakan Ain hanya bergurau, namun kemudiannya tidak dapat menyembunyikan keterujaannya bakal bergelar bapa.
“Perkahwinan kami sudah hampir setahun dan saya rasa inilah waktu yang terbaik buat kami.
“Mungkin tahun 2020 menjadi tahun yang sukar bagi ramai orang, tapi bagi saya, tahun 2020 sangat bermakna kerana ia memberi kenangan yang tak boleh dilupakan, sebab saya mengandung,” kata Ain yang begitu teruja mahu menimang cahaya mata sulung.
Sumber/Sumber Foto: YouTube & Instagram Ain Edruce
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...