Telefon pintar yang dinanti telah tiba. Telefon 5G ini menjadi satu-satunya telefon ditawarkan dengan harga berpatutan dan mampu milik.

Di samping itu, telefon Huawei nova 7 SE adalah telefon pintar terbaru Huawei yang bukan sahaja didatangkan dengan pelbagai ciri-ciri teknologi canggih terkini, tetapi lengkap dengan rekaan yang cukup bergaya.

Sudah tentu Huawei nova 7 SE menjadi item pilihan wanita di luar sana. Bagi setiap wanita, selain ekspresikan diri pada busana fesyen dan aksesori, dalam masa yang sama mereka juga mementingkan spesifikasi pada telefon pintar.

Suatu ketika dahulu mungkin beg tangan, kasut dan juga rantai menjadi pelengkap fesyen. Kali ini sedikit berbeza apabila telefon pintar yang sentiasa menjadi teman erat wanita ke sana, sini  juga mampu memberi impak kepada obsesi wanita kepada fesyen.

Paling penting, sudah tentu setiap gaya serta pemilihan pakaian dari hujung rambut hingga hujung kaki mampu ditonjolkan lagi apabila adanya rekaan telefon pintar yang mempunyai ciri-ciri rekaan terkini.

Jadi, jika anda mahu memiliki sebuah telefon pintar yang menepati citarasi seorang wanita yang gemar berfesyen, Huawei nova 7 Series SE adalah jawapan paling tepat.

Rekaan Unik Lebih Trendy

Serlahkan Gaya Wanita Fashionista Dengan Huawei Nova 7 SE Yang Trendy

Selalunya, telefon pintar 5G akan hadir dengan rekaan yang lebih tebal kerana ia memerlukan ruang besar untuk chipset 5G. Tetapi berbeza Huawei nova 7 Series SE tampil dengan rekaan yang lebih nipis dan ringan.

Ketebalannya yang hanya 8.58 mm dan berat 189 gram secara tidak langsung menjadikan ia sebagai pelengkap gaya wanita setiap kali anda melangkah.

Cirinya yang tampak lebih feminin adalah Huawei nova 7 Series SE juga menggunakan rekaan kemasan kaca (glass) di bahagian belakang menjadikan bentuknya lebih melengkung untuk genggaman yang selesa. Ianya kelihatan seperti sebotol minyak wangi premium yang mahal di bawah sinaran cahaya.

Kemudian di bahagian hadapan, Huawei nova 7 Series SE juga dilengkapi dengan skrin sesentuh 6.5 inci FullView Display bersama resolusi 1080p. Dalam erti kata lain, telefon pintar ini mampu memberikan visual yang lebih elegan, moden.

Serlahkan Gaya Wanita Fashionista Dengan Huawei Nova 7 SE Yang Trendy

Selain itu, telefon pintar ini juga mempunyai kadar ration-to-body yang baik dengan 90.3 peratus yang mampu memberikan pengalaman menggunakan skrin yang lebih besar dan memuaskan hati wanita.

IKLAN

Buat wanita yang gemar berswafoto pula pasti akan puas hati dengan barisan kamera yang melengkapi telefon pintar ini. Tampil dengan AI Quad Camera, ia meliputi kamera utama 64MP, kamera wide angle 8MP, 2MP macro lens dan 2MP bokeh lens.

Malahan, setiap kamera mampu berinteraksi antara satu sama lain dengan sokongan AI bagi pengalaman fotografi yang lebih meluas.

Warna Yang Lebih Vibrant Serlahkan Ciri Kewanitaan

Semua wanita fashionista setuju bahawa untuk kelihatan trendy, peranan warna juga memainkan faktor yang sangat penting. Huawei nova 7 Series SE tampil dengan tiga warna yang menarik iaitu Space Silver, Crush Green dan Midsummer Purple.

Serlahkan Gaya Wanita Fashionista Dengan Huawei Nova 7 SE Yang Trendy

*Warna Space Silver

-menampilkan tona warna silver yang saturasi di tahap rendah bersama warna gradian biru, perak dan merah jambu.

*Warna Midsummer Purple

– menampilkan tona ungu yang memberikan reflesi warna biru seperti garisan matahari pada pertengahan musim panas.

IKLAN

* Warna Crush Green

– menampilkan tona kehijauan dengan refleksi warna hitam yang memukau pandangan.

Capaian 5G Dengan Kelajuan Tinggi

Serlahkan Gaya Wanita Fashionista Dengan Huawei Nova 7 SE Yang Trendy

Tidak dinafikan setiap wanita mementingkan reka bentuk dan rupa di bahagian luaran terutamanya wanita trendy. Tetapi dalam masa yang sama, sebuah telefon pintar itu akan mempunyai nilai hebat jika ia muncul dengan kemampuan yang mengagumkan. Huawei nova 7 Series SE dikuasakan dengan Kirin 820 5G dan menyokong rangkaian 4G dan 5G.

Memudahkan, sokongan rangkaian 5G juga memberikan pengalaman hebat melayari Internet dengan lebih lancar dan laju. Jadi kelebihan ini akan membuatkan wanita lebih mudah menguruskan urusan harian yang berada di hujung jari.

Terbukti, ia bukan sahaja memberikan ekspresi fesyen hebat namun spesifikasinya juga tidak kalah dengan telefon pintar lain di pasaran.

Spesifikasi yang ditawarkan sudah tentu membuatkan anda teruja untuk menantikan kemunculan Huawei nova 7 SE yang bakal menjadi pelengkap gaya seseorang wanita yang gemar berfesyen.

IKLAN

Sebenarnya, Huawei nova 7 SE ini bukan sahaja mempunyai reka bentuk yang menarik, telefon pintar 5G yang mampu milik ini juga mempunya 7 ciri penting yang diperlukan oleh setiap wanita yang sentiasa inginkan yang terbaik dalam memiliki telefon pintar. Jom terokai kehebatannya dengan menerusi video ini:

Huawei AppGallery

Serlahkan Gaya Wanita Fashionista Dengan Huawei Nova 7 SE Yang Trendy

Dapatkan apa yang wanita mahukan di sini! Menerusi HUAWEI AppGallery, anda boleh dapatkan semua aplikasi yang diinginkan merangkumi pelbagai genre. Malah Huawei AppGallery turut menjadi platform kegemaran rakyat Malaysia untuk meneroka pelbagai aplikasi hebat terkini.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang https://consumer.huawei.com/en/mobileservices/appgallery/

Raikan Karnival Huawei AppGallery

Serlahkan Gaya Wanita Fashionista Dengan Huawei Nova 7 SE Yang Trendy

Bermula 19 Jun 2020 sehingga 30 Jun 2020, pengguna AppGallery dapat menikmati pelbagai super deals menarik dan berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah dengan jumlah keseluruhan bernilai RM2 juta!

Pastinya ia boleh didapati di semua HUAWEI Experience Stors dengan pelbagai hadiah menarik seperti Proton X70s dan 500 buah skuter elektrik.

Jika anda sudah tidak mahu menunggu sehingga 16 Jun, terus sahaja ke Huawei Store untuk mendapatkan baucar bernilai sehingga RM160.

Serlahkan Gaya Wanita Fashionista Dengan Huawei Nova 7 SE Yang Trendy

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI