Serina mohon hadiahkan Al-fatihah & yasin untuk nenek yang sedang tenat. Ibu Datuk Chef Wan, Noraini Abdullah atau lebih mesra dipanggil Cik Ani yang berusia 90 kini sedang tenant.
Seperti mana yang dikongsikan oleh Serina yang juga anak perempuan Chef Wan, dirinya memohon doa agar orang ramai menghadiahkan Al-Fatihah dan Yasin.
Serina Mohon Hadiahkan Al-Fatihah & Yasin
Serina menerusi perkongsian juga memaklumkan neneknya kini berada di Hospital.
“Assalamualaikum semua minta jasa baik bantu Nenek Serina Cik Ani Sayang, hadiahkan Al Fatihah dan Yasin untuk nenek mudahkan urusan dia sedang tenat di Hospital Kanser tahap 4 dah merebak.
“Moga Allah mudahkan urusan & perjalanan nenek ku, beri kekuatan buat papa @_chefwan58 & seluruh keluarga kami yang dalam kesedihan.
“We ❤ You so much Nenek. 😭 Moga Allah ampunkan dosa dosa nenek, terima segala amalan ibadah nenek, insan yang cukup kuat semangat & sentiasa ceria. Moga di angkat segala kesakitan dan diberi ketenangan,” luah Serina.
Al Fatihah Hajah Noraini Binti Abdullah
Chef Wan Terima Segalanya Dengan Hati Terbuka
Seperti yang diketahui, Chef Wan sentiasa menjaga dan mengambil berat mengenai tahap kesihatan ibunya yang sudah uzur. Malah Chef Wan juga berkata dia berjaya mendapatkan ‘suite room’ di sebuah hospital swasta buat ibunya.
Malah menerusi perkongsian yang dimuat naik sebelum ini, ibunya kelihatan tenang dan tidak nampak sakit meskipun sudah terlantar di hospital.
Ads
Bagaimanapun, kegagalan hati disebabkan pertumbuhan kanser yang besar telah membuatkan otak Cik Ani berada dalam keadaan keliru dan ‘hilang’.
Malah bapa kepada Serina juga mengakui bahawa sampai suatu masa dia akan kehilangan ibu tercinta. Oleh sebab itu, dia menerima segala yang berlaku dengan hati yang terbuka. Sebagai anak, Chef Wan bersyukur kepada Allah kerana mengurniakannya seorang ibu yang hebat, disayangi dan dihormati oleh ramai orang di luar sana.
“Moga Allah Angkat Segala Kesakitan Buat Nenek” Rakan Artis
Menerusi ruangan komen rakan artis dan juga warganet memberikan doa yang terbaik buat nenek Serina.
Lelaki serang Kamal Adli hingga parah dakwa diupah, motif cemburu Uqasha kahwini Kamal Adli. Sesi bergambar dan beramah-tamah pasangan selebriti Malaysia, Kamal Adli dan Uqasha Senrose pada acara Hari Raya Mega Sale 2023 yang berlangsung di Dewan 5A, Singapore Expo terhenti sekitar 9 malam tadi (Ahad, 12 Mac), apabila Kamal tiba-tiba diserang dengan ‘chota’ (kapak India dengan pemegang panjang).
Beberapa pengunjung yang menyaksikan kejadian itu terkejut ekoran melihat Kamal yang berlumuran darah.
Lelaki yang Kamal sangka ingin bergambar dengannya dan mengekorinya itu juga dikatakan membawa pisau kerambit.
Kamal, 37 tahun, yang turut mengalami lebam pada muka dan pipinya kerana dipukul lelaki itu selepas kepalanya ditetak dikejarkan ke Hospital Besar Changi (CGH) dan menerima beberapa jahitan lapor Berita Harian.
Ini dimaklumkan pengacara Roslan Shah yang membawa Kamal dan Uqasha, 30 tahun, ke Singapura untuk acara dagangan.
Uqasha yang masih dalam keadaan terkejut dan menangis sewaktu berbual dengan BH turut menceritakan tentang kejadian ngeri dan tidak diduga itu.
Lelaki Serang Kamal Adli Hingga Parah Akui Diupah
Lelaki yang menyerang Kamal telah pun ditangkap polis selepas beberapa pengunjung dan pengendali gerai menahannya daripada melepaskan diri.
“Saya memang tidak menduga perkara ini berlaku. Sekitar 9 lebih, kami sedang bergambar dengan seorang makcik berkerusi roda.
“Kemudian saya berjalan dahulu ke depan manakala Kamal di belakang pula sedang rancak berborak dengan makcik.
“Tahu-tahu, seorang lelaki memanggil Kamal. Kami ingatkan dia nak bergambar. Alih-alih dilibas ‘chota’ panjang itu pada kepala Kamal.
“Darah mencurah-curah…teruk Kamal kena. Saya nampak Kamal bangun sebab nak tahu siapa yang menyerangnya. Dia kemudian dipukul pada muka dan pipi serta badan. Darah dah mengalir terlalu banyak,” cerita Uqasha menahan sebak di dada.
Menurutnya, lelaki itu seakan tidak mempedulikan serangan dibuat di khalayak ramai.
“Dengan muka bersahaja dan senyum sinisnya, dia memandang Kamal. Semua orang di situ kemudian kejar lelaki itu dan menahannya. Mereka hairan dan marah mengapa Kamal menjadi mangsa serangannya,” tambah Uqasha.
Beliau berterima kasih dengan orang ramai yang tangkas membantu serta bersyukur nyawa suaminya itu terselamat dan daya ingatannya tidak terjejas.
“Alhamdulillah, Allah nak selamatkan Kamal. Saya tahu semangatnya kuat. Lukanya dalam tetapi mudah-mudahan segalanya dipermudahkan.
“Doktor di hospital tanya tentang hari ini hari apa dan pukul berapa…nampaknya Kamal ingat…daya ingatannya masih kekal selepas serangan teruk itu,” ujar Uqasha.
Roslan, sementara itu, berharap lelaki yang menyerang itu akan dibawa ke muka pengadilan.
“Sebagai orang yang membawa Kamal dan Uqasha datang ke Hari Raya Mega Sale ini, saya perlu bertanggungjawab dan tak nak apa-apa terjadi pada artis yang saya uruskan datang ke sini untuk temui peminat.
“Saya tak pasti apa motif lelaki itu menyerang Kamal. Tak baiklah membahayakan nyawa orang dan dalam suasana ceria acara seperti Hari Raya Mega Sale.
“Sewaktu kejadian, saya keluar dari dewan sebentar. Apabila pulang semula, saya lihat keadaan kecoh sebab Kamal sudah berlumuran darah.
“Saya mohon peminat doakan agar urusan Kamal dan Uqasha dipermudahkan dan kesihatannya kembali pulih,” jelas Roslan.
Ketika dihubungi, jurucakap polis dalam kenyataannya berkata pihaknya menerima panggilan tentang satu pertelingkahan yang berlaku di Singapore Expo.
“Seorang lelaki 37 tahun masih sedarkan diri apabila dibawa ke hospital. Seorang lelaki 34 tahun selanjutnya diberkas berhubung dengan kes itu. Siasatan masih dijalankan,” ujarnya.
Hari Raya Mega Sale yang diadakan dari Jumaat hingga Ahad merupakan acara anjuran Megaxpress International dan menampilkan beberapa artis dari seberang yang meniaga, membuat persembahan mahupun membuat penampilan khas untuk menemui peminat di sini.
Kamal dan Uqasha yang baru-baru ini menjayakan drama romantis Akira Khan di Astro Ria bersama adalah yang sering tampil di acara sebegini untuk menemui peminat kesayangan mereka.
Motif Cemburu Uqasha Kahwini Kamal Adli
Dalam pada itu Kosmo Online melaporkan Uqasha Senrose memaklumkan lelaki yang menyerang suaminya semasa ditahan ada memberi amaran kepada dirinya sekeluarga bahawa dirinya didakwa di upah oleh individu lain
“Paling seram dia turut menjerit meninggalkan amaran kepada kami sekeluarga supaya berjaga-jaga dan memberitahu ada individu yang menghantarnya untuk menyerang kami,” ujarnya.
Dia juga meluahkan kerisauannya apabila dia dan adik-beradiknya turut menerima ugutan daripada individu itu.
“Bila dia dah ditangkap oleh orang awam, dia berikan beberapa alasan antaranya, kononnya dia dihantar oleh satu pihak.
“Kemudian, katanya dia ada isu peribadi dengan Kamal dan bila ditanya lagi, dia beritahu bahawa dia cemburu apabila Kamal berkahwin dengan saya.
“Hal yang menjadi kerisauan kami, dia sempat memberikan ugutan kepada kami. Katanya, dia ingat wajah kami termasuk adik beradik saya dan akan menanggung akibatnya.
JANGAN TAKUT UGUTAN AH LONG. INI KADAR BAYARAN SEPATUTNYA. Hanya perlu bayar Ahlong 1.25% daripada jumlah pinjaman! Jangan tertipu dan terpedaya disebabkan rasa takut.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Agak membimbangkan apabila Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan amaran pada Rabu, COVID-19 tidak akan hilang dan penduduk dunia perlu terima hakikat dan belajar hidup dengannya.
Ketika beberapa negara di seluruh dunia mulai secara beransur-ansur melonggarkan sekatan perintah berkurung yang dikuatkuasakan kerajaan masing-masing untuk menghentikan penyebaran pandemik COVID-19, WHO mengatakan ia mungkin tidak akan dihapuskan sepenuhnya.
Jangkiti 4.2 Juta Orang
Virus ini kali pertama muncul di Wuhan, China akhir tahun lalu dan kini sudah menjangkiti lebih daripada 4.2 juta orang di seluruh dunia dan membunuh hampir 300,000 di seluruh dunia.
“Kami mempunyai virus baharu yang menyerang populasi manusia, oleh itu sangat sukar untuk diramalkan bila kita akan mengatasinya,” kata Pengarah Kecemasan WHO, Michael Ryan.
“Virus ini mungkin menjadi virus endemik lain di kalangan penduduk dunia ketika ini dan virus ini mungkin tidak akan pernah hilang.
“Seperti jangkitan HIV tidak hilang – tetapi kita telah mengatasi virus ini,” katanya pada sidang media maya di Geneva. Lebih daripada separuh penduduk dunia terpaksa mengikut perintah berkurung sejak krisis kesihatan ini bermula lebih enam bulan lalu,” kata Ryan.
Setiap Negara Kena Berwaspada
Justeru, WHO memberi amaran bahawa tidak ada jaminan bagi kebanyakan negara yang mula melonggarkan sekatan perintah berkurung tidak akan mencetuskan gelombang jangkitan kedua.
“Banyak negara ingin keluar (daripada pandemik COVID-19) dengan cara yang berbeza.
“Jadinya, kita mencadangkan supaya setiap negara sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga pada tahan tertinggi,” kata Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus.
MW:Apa yang penting dalam situasi sekarang setiap orang kena mainkan peranan. Biasakan dengan norma baru jaga kebersihan diri, pakai topeng muka, jaga penjarakan sosial, duduk di rumah dan keluar hanya bila perlu.
Rata-rata sekolah pasti akan ada jamuan sekolah untuk meraikan pelajar dan guru-guru. Biasanya untuk jamuan hari raya, sambutan hari guru, jamuan akhir tahun dan sebagainya. Inilah masa untuk anak bergembira dan merasai macam-macam makanan yang di bawa.
Bila ada jamuan sekolah jugalah, mak-mak mula kalut dan fikir makanan apa yang nak dibawa oleh anak nanti. Masalahnya, timbul juga isu makanan yang dibawa tak disentuh tak dimakan. Akhirnya murid terpaksa bawa balik dengan keadaan sedih.
Isu ini yang kerap dipaparkan di media sosial boleh menimbulkan rasa sedih dan ada juga yang mempertikaikan guru kelas yang tidak ambil tanggungjawab untuk bungkus makanan dan bahagikan pada murid-murid.
Tak perlu nak salahkan guru, semuanya pasti di luar kawalan, maklum saja semua kelas mengadakan jamuan, jadi mungkin ada yang terlepas pandang.
Walau bagaimanapun, rata-rata pihak sekolah sekarang mengambil insiatif terbaik agar tak adalah berlaku isu potluck yang makanan tak disentuh di bawa balik oleh anak murid.
Perkongsian daripada Chienta Mul’aien 11boleh dijadikan contoh untuk mana-mana sekolah yang menganjurkan jamuan sekolah. Mungkin ada yang sudah praktikkan dan pihak sekolah/guru punya cara tersendiri untuk elak isu potluck ini.
Isu “potluck” ni kan banyak murid bersedih sebab makanan yg dibawa tu tak habis dan murid terpaksa bawa balik semula ke rumah, bayangkan betapa kecewa nya perasaan mereka.
Saya tahu sebab anak saya hari-hari tanya bila jamuan, mama bawa makan apa, sehari sebelum jamuan pun dia ingatkan saya untuk beli barang jamuan, punya semangat nak sambut hari raya. Jadi, bayangkanlah macam mana perasaan dia kalau kawan-kawan dia tak makan makanan yang dibawa itu.
Guru Main Peranan
Kat sini Cikgu-cikgu perlu mainkan peranan, dalam group kelas ibu bapa buatkan list, setiap makanan yang akan dibawa murid supaya tak terbawa benda yang sama, macam sekolah anak saya SK SUNGAI WANGI, ibu bapa masing-masing akan listkan makanan yang dibawa.
Paling saya kagum, masa saya hantar makanan dekat kelas anak, cikgu tengah susun bekas “tipuware” dekat meja (cikgu yang sediakan bekas itu) dan masukkan kuih-kuih serta makanan yang murid bawa dan bahagikan pada semua murid untuk di bawa balik..natijahnya mak nya pun tumpang kenyang sekali
Saya kagum dengan sikap cikgu sekolah yang prihatin. Harap sangat tahun depan, panjang umur kalau sekolah buat jamuan raya boleh ikut cara sekolah ini.
Mingguan Wanita: Semua sekolah dah mula buat potluck macam ni. Tak kurang juga sekolah yang minta duit sumbangan dan mak ayah tak perlu fikir nak masak apa, semua disediakan oleh guru. Masing-masing ada cara tersendiri untuk raikan murid dan guru-guru.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...