Cantik sungguh warna hijau kuih Serimuka Pandan ni. Malah elok berlemak, manis secukup rasa. Bagi mak-mak peminat kuih Serimuka Pandan ini ada pelbagai cara untuk membuatnya. Kuih ini terbahagi pada dua bahagian iaitu ‘kepala’ dan pulut berlemak.
Jika selalu bahagian ‘kepala’ yang berwarna hijau manis berlemak, dimasak sekejap sehingga likat terlebih dahulu. Namun menerusi perkongsian resipi Sue Talam Kitchen ini, ada caranya bahagian tersebut tak perlu dimasak di atas dapur dan boleh terus dikukus. Malah rupanya kena titiskan sedikit pewarna kuning barulah, warna hijau elok cantik macam ni.
Ini adalah versi tak perlu masak atas dapur bahagian kepala.
A (Bahagian Bawah)
2 cawan Pulut cuci rendam 5-10min (Tak rendam pun takpa)
1 cawan santan (1 kotak KARA kecil) saya memang setia dengan Kara, pilihan masing-masing ya
1 cawan Air
sedikit garam
*Satukan semua bahan dan kukus 25minit. Dah masak tekan-tekan bagi rata dan padat.Guna Loyang saiz 9 inci.
B (Bahagian Atas)
3/4 cawan Tepung Gandum Cap Sauh
1 sudu besar @jangan membukit Tepung Jagung
3/4 cawan Gula
2 biji Telur (A)
200ml santan
1 cawan Air pandan
Pewarna hijau Pandan + hijau epal +kuning
1.Satukan semua bahan B dan kacau sampai sebati.
2.Kemudian tuang atas pulut yang dah siap dikukus tadi (Bahan A).
3.Kukus semula selama 25 hingga 30 minit sampai masak.
4.Tunggu sejuk baru potong, sekurang-kurangnya 3-4jam baru cantik.
Sebenarnya mana-mana adunan kuih pun tak masak bahagian atas boleh, nak masak pun boleh. Kalau masak sekejap atas api, tempoh masak tu kejap je, 10min je kukus.Itu je bezanya.
Siap, Selamat Mencuba!
Mesti Baca:Resipi Kuih Seri Muka Pandan TANPA Telur Sukatan Cawan Paling Mudah!
Baca Lagi Di Sini:Ini Rahsia Kuih Tepung Talam Gula Merah Merecik Sedap ‘Serap Lebihan Air Dengan Tuala Good Morning’
Artikel Menarik:KUIH BAKAR PANDAN Mudah, ‘Blend’ Semua Bahan Bakar Sehingga Permukaan Garing!
Mingguan Wanita: Memang cantik warna hijau kuih Serimuka Pandan malah manis berlemak rasanya. Boleh cuba resipi dan cara yang dikongsikan ini pula.
Sumber: Sue Talam Kitchen
Komen Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.