Bagi mak-mak yang suka makan kuih tradisional Melayu, boleh cuba buat kuih puteri ayu yang sedap, lembut dan gebu ni. Bila buat sendiri memang lebih puas hati makan. Mudahnya ikut resipi ni guna sukatan cawan je, tak perlu nak guna alat penimbang. Kena pastikan adunan direhatkan dalam 30minit hingga satu jam antar tip kuih seriayu ni lebih gebu.

Nak buat makan-makan, ada kenduri, jamuan sekolah anak, atau untuk minum petang boleh buat kuih ni. Sesuai sangat.

Boleh cuba resipi Puan Zurina Kifli ini sebagai rujukan.

“Saya jual 45 sen je sebiji Seriayu ni,tu pun ada yang mintak kurang.Guna santan fresh,jus pandan pun fresh.SERIAYU PANDAN lembut gebu ni memang renyah sikit nak buat,tapi berbaloi bila costomer puas hati. Lemak manis sesedap rasa,harum semerbak bau pandan mengikat selera customer.Alhamdulillah, sentiasa ada permintaan.”

PUTERI AYU@SERIAYU PANDAN GEBU

Sukatan Cawan minum teh & gram

Bahan-Bahan:

4 biji telur gred A@B
300gm tepung naik sendiri@ anggaran 2 setengah cawan (2 dan 1/2 cawan)
1 cawan gula castor
1 sudu makan membukit ovalette
1/2 sudu teh Emulco @ Esen kelapa pandan
1 dan 1/4 cawan campuran santan Kara dan jus pandan pekat@250ml
(200ml santan Kara+50ml jus pandan pekat) kacau dan campurkan 1/2 penutup pewarna hijau epal serta setitis pewarna kuning telur.

**Hiris halus dan blend 6 helai daun pandan bersama sedikit air, tapis dan ambik 50ml jus pandan pekat @ 1/4 cawan.

IKLAN

**Jika guna tepung gandum@superfine tambah 1 sudu teh Baking powder dan ayak bersama.

**Boleh juga guna santan @susu cair sepenuhnya. Jika tak ada daun pandan, letak ja Emulco @Paste pandan ye.Tetap harum semerbak baunya.

**kelapa parut putih digaul sedikit garam dan 1 sudu makan tepung ubi@tepung jagung untuk isi pada dasar acuan.

IKLAN

Cara Membuat:

1.Sebelum mula mengadun panaskan kukusan terlebih dahulu.
2.Isikan sedikit kelapa dan tekan bagi padat-padat dalam acuan puteri ayu yang telah disapu sikit minyak.(Yang ni selalu saya buat lepas adunan siap. Biar adunan rehat sekejap sementara siapkan kerja-kerja mengisi kelapa ke dasar acuan).
3.Mulakan mengadun dengan speed perlahan. Pukul telur dahulu hingga berbuih, masukkan emulco, ovalette dan gula sedikit-sedikit sambil mix sebati.
4.Bila ovalette dah tak kelihatan terus naikkan ke speed paling tinggi. Putar lebih kurang 10-15 minit dengan kelajuan tinggi sampai adunan naik sehabis tinggi, adunan kelihatan bertanduk bila diangkat pengadun…gebu berkrim.
5.Slowkan mixer ke speed 2 dan masukkan pewarna.Terus masukkan santan tadi sedikit-sedikit berselang seli dengan tepung secara bertahap. Dimulai dengan santan akhirkan juga dengan santan.
6.Sambil-sambil tu kacau dan sisip adunan yang melekat pada tepi-tepi mangkuk. Matikan mixer, kacau perlahan adunan hingga sebati.Nak puteri ayu lagi lembut gebu, rehatkan adunan lebih kurang 30 minit hingga 1 jam sebelum kukus.
7.Panaskan atau kukus acuan berisi kelapa sekejap kemudian baru isi adunan separas acuan.Kukus selama 7-10 minit ikut saiz acuan,api sederhana.(Kukus kelapa terlebih dahulu agar kuih tahan lama dan kelapa tidak mudah masam. Dua hari kat luar tanpa simpan dalam peti ais puteri ayu masih ok).
8.Cukup masa mengukus keluarkan acuan puteri Ayu dari pengukus,biar suam sedikit kemudian picit-picit tepi sekeliling acuan supaya puteri ayu lekang dan mudah ditanggalkan. Bolehlah keluarkan puteri ayu dan hidangkan.

Seriayu Pandan Lembut Gebu Sukatan Cawan, Rehatkan Adunan 30 Minit  Sebelum Kukus!

Tips Penting!

  • Pastikan ovalette masih baik iaitu berwarna kuning gold berkilat-kilat. Kalau warna nampak kusam dan pudar nanti kuih tak naik gebu. Perkakas yang akan digunakan juga pastikan kering.
  • Saya suka blend daun pandan dengan kelapa dan perah ambik patinya 250ml.Lagi lemak dan harum semerbak Kuih Seriayu.
  • Telur juga masih dalam keadaan baik atau segar iaitu kuning telur tidak cair atau tak pecah berair.

In shaa Allah.Ikut semua tips yang saya berikan tu, pasti menjadi Seriayu@Puteri Ayu yang lembut gebu.

IKLAN

Seriayu Pandan Lembut Gebu Sukatan Cawan, Rehatkan Adunan 30 Minit  Sebelum Kukus!

Selamat mencuba semua!

Baca Lagi Di Sini:
Resipi Kuih Lapis Ubi Kayu 3 Warna, Masak Guna Pengukus Sahaja!
Kuih Sagu Keras Berbiji Putih, JANGAN Cuci Banyak Kali, Kena KUKUS!

MW: Terima kasih berkongsi resipi kuih yang dibuat jualan. Sedapnya kuih puteri ayu ni, boleh cuba buat sendiri nanti di rumah untuk makan sendiri atau dibuat jualan untuk pendapatan sampingan pun boleh sangat.

Sumber:Zurina Kifli

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI