Banyaknya khasiat kopi untuk kecantikan.

Selepas minum air kopi, hampasnya jangan dibuang. Gosok hampas kopi pada tangan secara perlahan-lahan. Fokus pada tapak tangan, maklumlah mak-mak banyak buat kerja rumah kadang tak perasan kulit jadi kasar.

Gosok dengan teknik memutar ye. Bila dah siap gosok, bilas tangan dengan air bersih. Kesannya terus dapat rasa, lembut je tangan. Kalau nak best lagi, elok buat petua ni malam sebelum tidur. Lepas tu sapu losyen, berganda hasilnya nanti

Kopi Banyak Khasiat Untuk Kecantikan

Kopi ni banyak khasiat  untuk kecantikan sebab tu ia digunakan secara meluas dalam industri spa. Kopi dapat bantu tanggalkan sel kulit mati selain menghalus dan melembapkan kulit.  Kalau nak buat skrub badan pun elok kopi ni, amalkan dua kali seminggu. Bau kopi amat menenangkan, sesuai sangat untuk mak-mak yang penat dan stress.

Petua mudah, modal pun satu bahan je. Elok mak-mak cuba. Selain kopi, ada banyak lagi bahan dapur yang boleh digunakan untuk rawat kulit tangan kasar. Jom kita try!

IKLAN

Lulur Tangan Dengan Kelapa Parut

Kelapa mempunyai banyak khasiat untuk kecantikan. Ia mempunyai kadar lembapan yang tinggi. Gunakan kelapa parut untuk melulur seluruh tubuh termasuk bahagian tangan. Minyak yang terhasil daripada kelapa parut membantu mengatasi masalah iritasi dan kulit kering. Ia juga dikatakan dapat membantu mencerahkan kulit.

Baca sini https://www.mingguanwanita.my/lulur-magic-cerahkan-kulit-tanggalkan-daki-degil/

Pakai Sarung Tangan

Jika basuh pinggan, tangan kita terdedah dengan bahan kimia yang terkandung dalam sabun atau pencuci. Bahan kimia ini boleh menyebabkan kerosakan kulit. Bagi mengatasinya, gunakan sarung tangan khas ketika melakukan kerja rumah seperti membasuh pinggan.

IKLAN

Begitu juga ketika berkebun, sarung tangan dapat mengelakkan tangan anda daripada kotoran, bahan kimia dan mengelakkan kecederaan.

Khasiat Minyak Zaitun

Jika kulit kering, cuba petua ini. Campurkan 4 sudu minyak zaitun di dalam semangkuk air suam. Kemudian, rendam tangan anda selama 10 hingga 15 minit. Lakukan petua ini seminggu tiga kali. Kulit akan menjadi lembap, lembut dan ia juga dikatakan dapat melancarkan perjalanan darah di bahagian tangan.

IKLAN
Urut Tangan Dengan Minyak Aromaterapi

Pilih aroma yang disukai, kemudian gunakan minyak aromaterapi untuk mengurut tangan. Sebaiknya buat waktu malam sebelum tidur, so badan betul-betul rest. Lakukan amalan ini setiap hari, urutan yang lembut akan membantu menghilangkan keletihan dan lenguh. Ia juga melancarkan perjalanan darah dan melembutkan kulit serta dapat mengatasi masalah urat tangan timbul.

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI