Serbuk Ayam Homemade, Bubur Aiskrim Untuk Anak 6 Bulan++, Sesuai Dicuba Mak Yang Nak Bercuti

Share

Menarik idea penyediaan makanan untuk anak usia 6 bulan ke atas ini. Sebelum ini pembaca setia MW dah sedia maklumkan dengan pemberian bubur kosong untuk anak 6 bulan iaitu yang baru belajar makan. Kali ini, belajar cara penyediaan serbuk ayam homemade dan bubur aiskrim Malaysia.

Caranya mudah malah kedua-dua makanan ini akan membantu mudahkan kerja mak-mak terutama yang nak jalan jauh, balik kampung atau bercuti.

Perkongsian menarik ini disediakan oleh Puan Mielaqaseh Cintahati untuk anak perempuannya yang ketika itu berusia 6 bulan ++.

 

Tip Dapatkan Serbuk Ayam Homemade Yang Halus Dan Tak Kasar

Resepi serbuk ayam homemade ini diperoleh dari grup Geng Memasak Untuk Anak Baby Food (6-24 months old). Ini kali pertama ibu ini membuatnya dan dikongsikan dengan detail untuk manfaat semua.

Serbuk ayam ini 1st time buat. Tengok dalam group. Mudah untuk travel. Masak bubur dan taburkan saja

.”

Tarikh buat : 4 May 2018 dan selepas 11 minggu serbuk ayam homemade masih elok.

Sukatan : Saya buat dalam 3 cawan isi ayam.

Cara simpan : Simpan dalam bekas atau balang yang kedap udara. Masukkan dalam peti sejuk.

 

Serbuk ayam homemade dengan campuran halia dan bawang. Ketika ini anak dah masuk usia 8 bulan.

Bila anak masuk 8 bulan : Cara buat serbuk ayam masih sama. Cuma tambahkan dengan halia dan bawang sampai kering air. Carik-carik isi dia, sangai dengan api kecil dalam kuali dan kisar.

Cara Buat Serbuk Ayam Homemade

 

 

Rebus isi ayam hingga kering air.

*Kalau dah rebus mudah nak carik. Saya carik dengan sudo saja. Tak payah halus sangat nanti masa disangai ia akan kering dan mudah halus.

 

 

Sangai atau goreng tanpa minyak hingga kekuningan. Dan betul-betul kering air. Kemudian dikisar.

*Saya rebus hingga kering sedikit air dalam periuk. Sangai dalam kuali. Jadi air rebusan tak dibuang langsung. Sangai guna api kecil saja. Sampai jadi kuning dan ringan. Memang kena sabar.

 

 

Hasil yang telah dikisar.

Boleh Juga Ganti Dengan Serbuk Ikan Bilis

Cuci ikan bilis. Tak perlu direbus. Cuma rendamkan saja untuk buang masin garam. Sangai dan kisar.

Bekalan Bubur Aiskrim Malaysia Mudahkan Mak Nak Balik Kampung

Ibu ini sediakan bahan-bahan bubur nasi dengan cara yang unik untuk anaknya, Qaseh ketika pulang ke kampung.

Gigih mama isi dalam plastik aiskrim tu beras, sayur-sayur, kurma, bilis dan singo pear yang telah dicuci bersih dan dipotong-potong.”

Nanti patahkan je macam aiskrim pop tu. Kemudian, masuk dalam mini cooker tu. Biarkan je dan boleh buat kerja lain.”

Bila dah masak taburkan serbuk ayam/serbuk bilis yang mama buat, Kisar.”

Tambahnya lagi, cara ini lebih jimat sebab tak perlu nak potong-potong sayur, rendam beras yang bakal ambil masa untuk penyediaannya.

 

Cara Penyediaan Bubur Aiskrim Malaysia

Anak saya Qaseh sejenis yang tak suka bubur yang dipanaskan semula. Itu yang kena sediakan fresh fresh. Cuma jenuh sikit lah nak masukkan dalam plastik aiskrim tu. Pasal kecil plastiknya. Kalau ada idea yang lagi bagus konsep sama, bagus juga dikongsi.”

Jumlah stok : Seperti dalam gambar, stok yang disediakan untuk bekalan anak selama 11 hari di kampung. Sayur tetap segar.

Semasa Di Rumah

Mak selesai masukkan beras mentah, sayuran dan sedikit air. Simpan dalam peti beku. Bila nak berjalan baru keluarkan.

Dalam Perjalanan

On the way tu saya letak dalam kereta. Tak letak dekat bonet kereta. Perjalanan saya ambil masa 3 ke 4 jam. Bubur masih ok lagi. Sampai kampung masih beku. Alhamdulillah berair sikit saja.

Jika perjalanan jauh apa yang boleh dicadangkan, masukkan dalam bekas ais dan letak bersamanya ais beku. Insyaallah tahan.

Masa Nak Masak

Letak air dalam bekas bawah periuk tu. Nanti akan panas dan menggelegak. Bekas stainless stell yang kat tengah-tengah untuk bubur kita tu. Macam kukuslah juga konsepnya.

Mini cooker ini akan off sendiri. Mudahkan.. jadi mak bolehlah buat kerja lain.

Katanya lagi, mini cooker ini dibeli di Shoppe pada harga RM39.90. “Masak dalam mini cooker selama 15 minit, ia bergantung juga pada kuantiti bubur kita.”

Kalau tiada mini cooker, mak-mak boleh masak saja bubur dalam periuk atau alatan memasak yang ada di rumah yang kita duduk itu.

Sumber/Foto : Mielaqaseh Cintahati

Published by
Netty Ah Hiyer