
Isi Kandungan
ToggleKalau tetiba serangga masuk telinga, anda jangan kalut masukkan air dalam telinga semata-mata harapkan binatang itu keluar balik. Atau nak mencuba keluarkan serangga itu dengan cutton bud, AWAS! Boleh jadi hasilnya telinga jadi makin sakit!
Jadi apa yang perlu anda buat apabila telinga dimasuki serangga?
Nah, ikut saranan Dr Ezairy M.Sallih ini, moga mak ayah boleh kurangkan sakit kalau telinga anak-anak dimasuki serangga.
Sakitttt!!
Tiba-tiba anak anda mengadu sakit telinga teramat sangat. Anda ‘suspect’ ada serangga masuk ke dalam telinga. Terasa ada objek atau hidupan bergerak-gerak.
Apa anda perlu buat?
1. Bertenang. Ini paling penting.
2. Jangan masukkan apa-apa objek untuk cuba mengeluarkannya. Risiko tercedera!
3. Iringkan kepala ikut graviti, sambil menggoyangkan kepala dan telinga, sesetengah keadaan serangga akan keluar.
4. Letakkan minyak zaitun, minyak sayuran, atau baby oil ke dalam salur telinga.

5. Sekiranya serangga tidak lagi bergerak, besar kemungkinan ia sudah mati.
6. Jumpa doktor untuk mengeluarkannya di klinik atau hospital.
Bolehkah ia dibiar sahaja walaupun sudah mati?
TIDAK BOLEH. Jangkitan telinga boleh berlaku dan ia perlu dikeluarkan.
Haaaa… lepas ini kalau tengok gaya anak kecil macam pelik main telinga siap menangis, sila bawa jumpa doktor dengan segera!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tahniah! Pelakon Mia Ahmad Selamat Lahir Anak Lelaki Pagi Jumaat

Alhamdulillah, berita gembira di pagi jumaat, pelakon drama bersiri ‘Hati Perempuan’, Mia Ahmad selamat melahirkan bayi lelaki pukul 11.15 pagi di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru.
Berita gembira ini dikongsi oleh suaminya yang juga penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT) iaitu Izham Tarmizi di laman Instagram miliknya, sebentar tadi.
“Syukur Alhamdullillah, isteri saya selamat melahirkan anak sulung kami tadi.
“Alhamdulillah dan terima kasih kepada yang mendoakan. It’s a boy,” tulisnya di laman tersebut.
Rata-rata pengikut mengucapkan tahniah kepada pasangan ini atas kelahiran cahaya mata ini serta mendoakan agar ibu dan bayi sihat selepas bersalin.
mukminahmuhamad Alhamdulilah tahniah izahm & mia atas kelahiran anak sulung nya semoga dia menjadi anak yang soleh taat kepada ibu bapa dan agama. sekali lagi, tahniah kami ucapkan semoga mia cepat sihat dan semoga mejadi ibu yang terbaik untuk anak dan keluarga kami semua happy dengar mia dah selama bersalin semoga cepat sihat dan sentiasa dalam lindungan Allah swt amin.
Fiezah Osman Tahniah… Alhamdulillah lahirnya seorang putera di hari yang cukup mulia ini. Semoga menjadi anak yang soleh penyejuk mata ibu dan ayah.
Hasiah Mohammed Alhamdulillah, Syukran. Mia selamat melahirkan bayi lelaki di hari Jumaat yang barakah.
Afiezah Semoga baby membesar menjadi anak kebanggaan mummy dan daddy serta membesar menjadi anak soleh.

aziza.hashim11 Alhamdulillah…Tahniah Izham dan Mia, semoga ibu dan baby sihat.
Mia atau nama sebenar Shamiha Ahmad Baderi, 30, dan Izham, 27, berkahwin pada 13 Januari 2017 di Taiping, Perak.
Mingguan Wanita mengucapkan tahniah buat Mia Ahmad dan suami, atas kelahiran cahaya mata ini. Semoga ibu dan bayi sentiasa dalam keadaan sihat serta bertambah dimurahkan rezeki dengan kelahiran anak ini.
Sumber: Izham Tarmizi
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sudah Beli Cincin & Sediakan Rumah, Tapi Hubungan Untuk Hidup Bersama Musnah

Isi Kandungan
ToggleAjal, maut di tangan Tuhan. Begitu juga dengan jodoh, sejauh mana kita merancang, jika Allah tak mengizinkan, maka tidak juga akan bersatu. Ternyata ini bukanlah ujian yang kecil, betapa hebatnya dugaan apabila pasangan yang diimpikan untuk sehidup semati akhirnya pergi secara mengejut.
Ummi Faezatul Fadella Yaakub merupakan salah seorang yang turut terkesan dengan tragedi letupan di Pangerang. Dia adalah teman wanita kepada Hadi Syafiq Jamil yang turut terkorban. Siapa sangka hubungan yang dibina sejak kecil akhirnya musnah sekelip mata walaupun segala persiapan telah dijalankan.
Beli Cincin Untuk Melamar
“KITA hanya merancang, namun takdir menentukan ia menjadi nyata atau sebaliknya,” kata Ummi Faezatul Fadella Yaakub, teman wanita salah seorang mangsa kebakaran di Kompleks Bersepadu Pengerang di Kota Tinggi, malam kelmarin.
Ummi Faezatul, 28, yang tinggal di Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan berkata, kekasihnya Hadi Syafiq Jamil, 28, sudah membuat persediaan rapi untuk mendirikan rumah tangga dengannya.
Malah katanya, Allahyarham juga sudah membeli rumah di Johor sebagai persediaan untuk membawanya bersama tinggal di tempat kerjanya di Pengerang.
“Dia berjanji akan melangsungkan pernikahan kami selepas rumah itu siap diubah suai,” katanya ketika dihubungi NSTP hari ini.
Kenal Sejak Sekolah
Menurut Ummi Faezatul, mereka saling mengenali sejak kecil lagi kerana sama bersekolah di Sekolah Kebangsaan RPR Astana, di Petra Jaya.
“Malah keluarga kami juga saling mengenali dan dia sering berjumpa keluarga saya, begitu juga saya.
“Kami berkawan sejak kecil hinggalah mengikat janji untuk hidup bersama. Arwah bekerja di Johor sejak dua tahun lalu dan dia berusaha mengumpul wang untuk kami memulakan hidup baru, malah dia sudah menjalani kursus perkahwinan,” katanya.
Namun Ummi Faezatul agak terkilan kerana ketika kali terakhir Hadi menghubunginya pada jam 9.17 malam kelmarin, dia tergesa-gesa memutuskan perbualan.
“Ketika itu saya sedang makan malam dan melayan dia acuh tak acuh sahaja. Malah ketika dia mengucapkan ‘i love you’ saya tidak membalasnya.
“Saya menyesal dan terkilan kerana tidak menyangka itu perbualan terakhir kami. Sebelum saya memutuskan talian, dia ada berjanji untuk hubungi semula,” katanya.

Dapat Berita Hilang
Katanya lagi, keesokannya dia terus menghubungi Hadi, namun gagal dan selepas itu kira-kira jam 9 pagi (semalam) dia menerima panggilan daripada seorang kawan mengatakan Hadi hilang dalam kebakaran di tempat kerjanya.
Selepas menerima panggilan itu, Ummi Faezatul terus mencari maklumat baharu dan akhirnya hatinya luluh selepas bapa Hadi sendiri mengesahkan kekasihnya itu antara mangsa yang maut dalam kejadian itu.
“Seperti ibu bapanya, saya juga mengharapkan jenazah Hadi dapat dibawa balik ke rumah keluarganya di Batu 12, Jalan Puncak Borneo.

“Saya ingin melihatnya buat kali terakhir,” katanya sambil memaklumkan keluarga Hadi sedang berusaha untuk membawa balik jenazahnya ke Kuching.
Lima Mangsa Rentung
Dalam insiden kebakaran dan letupan yang berlaku kira-kira jam 10.50 malam Ahad itu, lima mangsa rentung manakala dua lagi parah.
Empat mangsa yang maut dan ditemui adalah Fadhi Akmal Fadzil,25, Azarul Ashraf Nor Akmal Zolkarnain, 28, Norfazly Md Nor, 32,dan Che Huzaydy Che Harun, 26.
Jenazah mangsa kelima, Hadi Syafiq yang dilaporkan hilang sebelum itu ditemui bomba kira-kira jam 12.42 tengah hari semalam.
Seorang lagi mangsa, dikenali sebagai Arnado Alexander, 28, parah apabila melecur 70 peratus manakala Mohd Saiful Amat, 29, pula yang berjaya menyelamatkan diri dilaporkan melecur 40 peratus pada tubuhnya.
Sumber: Harian Metro
MW: Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang soleh dan diampunkan dosa-dosanya. Diharap teman wanitanya tabah menghadapi ujian ini. Al-Fatihah.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ya Allah Beratnya Rasa Ujian Ini!” Bapa Ustaz Ebit Lew Meninggal Dunia

Isi Kandungan
ToggleKongsi Ustaz Ebit Lew di akaun instagramnya setelah mendapat perkhabaran bapanya meninggal dunia, “Ya Allah beratnya rasa ujian ini. “
Bapa kepada pendakwah bebas dan juga dermawan yang amat dikenali, Ustaz Ebit Lew, Ibrahim Lew meninggal dunia sebentar tadi.
Menerusi perkongsiannya di akaun Instagram, Ebit meluahkan rasa sedihnya dan dalam masa yang sama menjelaskan bahawa jenazah bapanya masih berada di Hospital Gleneagles dan bakal di bawa ke Masjid Bandar Baru Ampang untuk dimandi serta dikafankan.
Terang Ustaz Ebit lagi, jenazah bapanya itu akan di bawa ke Muadzam Shah, Pahang untuk dikebumikan di sana.
“Ya Allah Beratnya Rasa Ujian Ini!”
Ini perkongsiannya:
Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Bapa saya yang tercinta baru sahaja meninggal dunia. Ya Allah beratnya rasa ujian ini. I love you bapak. Bapa pergi dulu.
Nanti Ebit sampai ya. Ya Allah ampunilah bapa. Sayangilah beliau, rahmatilah beliau, hadiahkan syurga Firdaus untuk beliau. Ya Allah temukanlah bapa dengan mak dekat sana.
Letakkanlah mereka bersama. Ya Allah,inilah ayah ku yang sangat baik. Terima kasih pinjamkan dirinya untuk ku.
Baca Juga Di Sini:
Ustaz Ebit Lew Sebak & Terharu, Dihadiahkan Dua Kenderaan Pikap Kegunaan Misi Bantuan
Rindu Bidadari, Lama Tak Dapat Berbuka Sekali – Ebit Lew
Bapa Ustaz Ebit Lew Meninggal Dunia
Saya dalam perjalanan ke Gleanagle Hospital untuk bawa jenazah ayah untuk dimandikan di Masjid Bandar Baru Ampang. Kemudian terus bawa ke Muadzam Shah Pahang. Pohon doakan buat ayah saya dan hadiahkan AlFatihah..

Minta Doakan Bapanya
Sebelum itu, Ustaz Ebit memohon orang ramai untuk mendoakan kesihatan bapanya, Ibrahim Lew, 84, yang sedang sakit akibat penyakit kanser perut tahap akhir.
Pada ketika itu Ustaz Ebit berkongsi tentang keadaan ayahnya semakin kritikal dan ‘menanti hari’ kerana kanser tersebut sudah merebak ke semua anggota badannya yang lain.
Namun begitu, arwah bapanya sempat berpesan supaya Ustaz Ebit meneruskan kerja dakwah dan misi bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Ucapan Takziah:
Rata-rata ramai follower Ustaz Ebit Lew menitipkan ucapan takziah kepadanya dan keluarga.
.
.
Mingguan Wanita : Semoga arwah diampunkan dosa-dosanya dan ditempatkan di kalangan orang beriman. Al- Fatihah.
Sumber : Instagram/ Facebook Ustaz Ebit Lew

JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Youtube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI