Jangan ingat orang sihat, aktif lagi cergas itu tak boleh kena serangan jantung. Penyakit ini antara pembunuh senyap, jadi segeralah buat pemeriksaan menyeluruh, kalau anda ada tan-tandanya.
Wanita ini, Cik Puan Ammy antara ibu yang aktif, bersukan malah peniaga yang tak kenal erti diam. Bila mana dia tiba-tiba alami serangan jantung, panik seketika keluarganya.
Pengalaman cemas itu dicatatkan agar menjadi panduan buat pembaca Mingguan Wanita
Orang Sihat, Aktif Bersukan Boleh Kena Serangan Jantung?
Sebelum ni aku hairan dan tertanya-tanya bagaimana dan kenapa seorang yang sihat, bersukan dan aktif boleh kena serangan jantung atau heart attack tanpa ada tanda-tanda sebelum ianya menyerang sehingga membawa kepada kematian.
Tetapi selepas aku laluinya sendiri baru aku tahu ianya datang dengan secara tiba-tiba tanpa sebarang ‘hint’.
Tiba-tiba terasa sakit di bahagian belakang bahu (belikat) berdenyut-denyut. Aku minta tolong suami urutkan. Selesai urut aku masuk bilik untuk rehat.
Bila letak kepala di bantal tiba-tiba rasa sesak nafas dan sakit di bahagian dada kiri serta tegang di bahagian leher dan sekitar rahang.
Minta suami urut lagi.
Ads
Cuma Fikir Dah Nak Mati..
Nafas semakin pendek dan dada rasa seperti ditekan-tekan. Suami bawa pergi klinik swasta.
Setelah buat ECG, doktor meminta suami segera bawa aku ke hospital untuk mendapat rawatan lanjut kerana simptom-simptom menunjukkan aku ada masalah jantung.
Masa dalam kereta, denyutan jantung aku amat laju seolah-olah ianya akan pecah. Hanya kalimah syahadah sahaja yang keluar daripada mulut aku tanpa henti.
“AKU DAH NAK MATI…” Hanya itu saja yang aku fikir.
Entah apa yang berlaku, bila mana aku sedar, aku sudah berada di hospital. Dikelilingi oleh beberapa orang doktor.
Ada yang cucuk tangan pasangkan jarum branula, ada yang tekan-tekan dada aku, ada yang gosok-gosok belakang aku dan ianya berlaku dalam masa yang amat pantas.
Jelas dipendengaranku hanya kata-kata,
Ads
“Puan…terus bernafas jangan tidur…”
“Puan kami nak tolong puan…”
“Puan tarik nafas dalam kiraan 10 kemudian lepas…” Dan pelbagai lagi.
Selepas beberapa jarum ubat dimasukkan. Nafasku yang kencang seolah-olah sedang berlari itu mula reda. Denyutan jantung semakin perlahan dan tenang.
Doktor kata aku hampir mendapat serangan jantung dan ‘lucky’ kerana segera dibawa ke hospital untuk mendapat rawatan.
Setelah pelbagai ujian dibuat. Alhamdulillah, doktor sahkan aku sihat. Tiada tekanan darah tinggi, kolestrol terkawal dan gula dalam darah juga normal.
Ads
Ada Rahmat Di Sebalik Ujian Tuhan
Kenapa boleh dapat serangan jantung jika semuanya sihat?
Kuasa Allah SWT untuk menguji hambaNya. Tapi yang penting, aku tahu di sebalik ujian itu, ramai yang sayangkan aku.
Buat suami tercinta. Terima kasih kerana bersusah payah mendukung isterimu yang berat ni bawa masuk ke hospital tanpa mengharap bantuan kaki tangan hospital.
Terima kasih juga pada mak mertuaku, abang ipar, kakak ipar dan adik iparku sanggup datang jauh-jauh melawatku walaupun hari dah lewat malam.
Mak, ayah dan adik beradik di kampung yang tak putus berdoa untukku serta anak-anakku yang setia di sisi membantu aku uruskan rutin harian. Sayang kamu semua.
Buat kalian para pembaca, sihat tidak bermakna kita bebas daripada serangan jantung. Ianya datang secara tiba-tiba dan itulah yang paling bahaya.
Kata Doktor, Tekanan Perasaan Dan Emosi Juga Boleh Jadi Punca
Menurut doktor yang merawat aku, selain daripada penyakit darah tinggi atau kolestrol, keletihan yang keterlaluan, tekanan perasaan dan emosi juga boleh mengakibatkan serangan jantung secara tiba-tiba.
Jika ada simptom-simptom yang aku sebutkan di atas. Segeralah mendapatkan rawatan sebelum terlambat…
Mati itu pasti, tetapi selagi kita mampu berjuang untuk hidup, jangan cepat mengalah, teruskan berusaha untuk bernafas demi insan-insan yang masih memerlukan kita.
Sebenarnya tak susah pun ajar anak cara nak ingat dan ulang surah hafazan yang dibaca walau sudah lama tak baca, cuma mak ayah kena tahu teknik yang betul.
Paling penting kena ajar anak faham ayat yang dibaca, bukannya menghafal semata-mata. Untuk gali cara yang lebih mudah dan berkesan, jemput baca pekongsian daripada ibu muda, Puan Siti ‘Aisyah ini…
Alkisah Nuha. Bila ulang surah lama, ada beberapa surah yang Nuha dah hafal tapi sekarang dah lupa.
So, saya nak kongsikan beberapa teknik yang saya buat supaya anak saya, kembali mengingat surah lama yang telah dihafal dengan lebih mudah.
Sebelum:
Nuha tak ingat sangat surah Al-Maun. Bila baca, dia ingat sampai ayat 4 je. Ayat ke 5 tu dia tak ingat awal dan saya kena sebut
“Allazinahum ansolati…”
Baru Nuha ingat nak sambung.
Abah dia suruh Nuha ulang.
Maka, terkelepetlah Nuha dengan Quran Juzuk Amma kat kusyen ruang tamu sambil ulang surah cara biasa.
Means, surah Al Maun dipasang di tv dan Nuha cuma baca-ulang-baca-ulang.
Saya tengok muka Nuha dah boring.
Of coz boring kan, bila budak 5 tahun nak kena duduk senyap kat kusyen ulang surah tu banyak kali sebab tak ingat.
TEKNIK YANG SAYA GUNA BAGI NUHA TAK BORING
So, saya panggil Nuha.
Saya buat mind-map surah Al-Maun.
Sampai kat ayat ke-5,
Maksud ayat tu saya baca dan saya tekankan keywordnya pada Nuha.
Ayat 5 : Allazi nahum an solatihim saahun. Keyword : Allazi Action : orang solat dan saya lukis gambar solat sambil buat gaya solat. Ayat 6 : Allazi nahum yuraa’un Keyword : Allazi dan tulis “yuraa’un”
Bila tekankan keyword untuk ni, cepat je Nuha boleh hafal balik surah Al Maun yang dia lupa tu dalam masa beberapa minit.
Teknik yang sama juga saya buat untuk Surah Al Quraish.
Bila ulang surah ni, Nuha suka lupa kat ayat 4 dan ayat 5.
Saya tekankan keyword ayat 4 iaitu :
Allazi
Ath’amahum (makan) sambil buat gaya makan.
Untuk ayat 5 pun sama, bila tengok maksudnya.
Saya tekankan keyword : khaufun (takut)
Sambil buat gaya takut kat Nuha.
Alhamdulillah, dengan teknik mind-mapping surah + tekankan keyword perkataan dalam surah yang anak lupa + buat gaya dari maksud ayat tu.
Cepat je anak boleh ingat balik surah yang dia pernah hafal tapi dah lupa.
Thanks sahabat Siti Aminah Sulaiman
PENERANGAN
Bila kanak-kanak hanya belajar dengan baca-ulang-baca-ulang, ia dipanggil pembelajaran pasif.
Kalau ingat pun, sekadar memori jangka pendek dan akan cepat lupa.
Bila kanak-kanak nak hafal sesuatu dan faham maksud + ditambah gaya, ia melibatkan keseluruhan otak dan dipanggil pembelajaran aktif.
Ingatnya lebih lama. Dalam memori jangka panjang. Susah sikit nak lupa.
Sebab otaknya merakam gaya saya dan gaya dia waktu kami mengingat maksud surah tersebut seperti gaya makan, gaya takut dan lain lain.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sarah berhak bahagia, pengorbanannya tak dihargai & dirampas dengan kejam, Datin Patimah beri sokongan. Kemelut rumahtangga Syamsul dan isteri pertama, Puteri Sarah Liyana menuju ke puncaknya.
Jika sekitar tengahari tadi Syamsul berkongsi agar kedua-dua isterinya kekal tenang dan banyakkan bersabar tetapi nampaknya perkongsiannya di instagramnya itu “dibalas” oleh Sarah dengan tindakan lebih hebat.
Di instagramnya yang menerima banyak sokongan dari rakan artis dan ramai wanita, Sarah minta dirinya dilepaskan kerana tidak sangggup bermadu sama sekali dengan Ira Kazar yang juga isteri kedua Syamsul.
Berkongsi luahan hati di instagramnya, Sarah menulis :- Kepada Mohd Shamsul, oleh kerana awak masih block saya sehingga sekarang dan masih gagal untuk berbincang, saya minta lepaskan saya kerana awak masih gagal menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga serta awak adalah seorang suami yang toxic dan narcissistic.
Jika sebelum itu di insta storinya dirinya menulis malu Syaikhul dan Sumayyah ada ayah macam ini selain menulis orang jahil akan serlahkan kejahilannya walau pun dia disangka berilmu.
Di sebalik sokongan dari orang ramai diterima yang memahami penderitaaan dialaminya itu kerana 4 tahun menanggung derita, dilihat ibu mentuanya, Datin Patimah kekal bersama menantu kesayangannya itu.
Sebaik Sarah memuat naik mahu menuntut cerai kerana tak mahu bermadu, di bahagian komen Datin Patimah menulis :- Puteri Sarah Liyana berhak untuk bahagia. Sebagai isteri dan ibu yang telah melahirkan Syaikul dan Summayah langsung tidak dihargai segala pengorbanan! Kebahagiaanya telah dirampas dengan kejam oleh mereka. Dia ditinggalkan terkapai-kapai menguruskan anak-anak yang sedang membesar. Adilkah semua ini? Tulisnya yang dilihat langsung tidak menyebelahi Syamsul anaknya sendiri.
Ya, inilah ibu mentua yang baik yang sentiasa memastikan hati menantu dijaga. Jika benar anak salah, sudah dinasihati dan pasti dirinya mahu melihat Sarah bahagia walau tindakan Sarah meminta cerai itu menggegarkan tiang arash. Moga apa jua keputusan semoga segalanya terbaik buat mereka yang sedang diuji.
Macam biasa, roti john pun salah satu menu bulan Ramadan yang agak glamour. Ada sesetengah orang sanggup ke bazar berhimpit-himpit semata-mata nak beli roti john. Tapi macam mana pula rasanya? Sedap ke tidak?
Haaa… kalau nak selamat dan ikut cita rasa tekak, mak-mak boleh cuba resepi Puan Chinta Eyja ini.
Resepi Roti John
Bila Ramadhan tiba wajib beli Roti John dekat Bazar dan sanggup beratur panjang. Tetapi tahun ni saya cuba buat sendiri walaupun campak-campak.
Simptom Mummy anak kecik masak sambil berperang dekat dapur. Alhamdulillah walaupun tak berapa nak cantik rupa Roti John tapi puas hati dapat buat sendiri.
Ok, sekarang kalau ada mak-mak yang teringin sangat nak makan Roti John, sila cari bahan-bahan dulu.
Bahan-bahan:
Tumis Bawang Merah + Bawang Putih (Potong dadu)
Masukkan Rempah Kari (Campur air)
Masukkan Daging (Cincang)
Masukkan Sosej (Potong)
Masukkan Garam
Masukkan Lada Sulah
(Tiada sukatan sebab saya campak-campak)
Sosej bagi rasa special sikit. Kalau tak nak letak sosej pun tak apa.
Daging burger nak gantikan dengan isi ayam pun boleh kalau tak makan daging.
Boleh guna roti ini.
Cara Nak Buat:
Pecahkan Telur + Masukkan Daun Sup / Bawang bukan Mak Cik Bawang yer.
Campurkan.
Roti belah dua, jangan bagi putus yerk dan sapukan mentega / planta then terus tekap atas Pan.
Cairkan Mentega / Planta dan tuangkan inti.
Tekapkan roti.
Kemudian terbalikan.
Ini yang dh siap tekap.
Letak Mayonis + Sos Cili. Nak letak timun / Salad atau ikut citarasa pun boleh.
Lipat roti, dap owh!
Potong.
Siap untuk di ngap. Bismillah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...