Jangan ingat orang sihat, aktif lagi cergas itu tak boleh kena serangan jantung. Penyakit ini antara pembunuh senyap, jadi segeralah buat pemeriksaan menyeluruh, kalau anda ada tan-tandanya.
Wanita ini, Cik Puan Ammy antara ibu yang aktif, bersukan malah peniaga yang tak kenal erti diam. Bila mana dia tiba-tiba alami serangan jantung, panik seketika keluarganya.
Pengalaman cemas itu dicatatkan agar menjadi panduan buat pembaca Mingguan Wanita
Orang Sihat, Aktif Bersukan Boleh Kena Serangan Jantung?
Sebelum ni aku hairan dan tertanya-tanya bagaimana dan kenapa seorang yang sihat, bersukan dan aktif boleh kena serangan jantung atau heart attack tanpa ada tanda-tanda sebelum ianya menyerang sehingga membawa kepada kematian.
Tetapi selepas aku laluinya sendiri baru aku tahu ianya datang dengan secara tiba-tiba tanpa sebarang ‘hint’.
Tiba-tiba terasa sakit di bahagian belakang bahu (belikat) berdenyut-denyut. Aku minta tolong suami urutkan. Selesai urut aku masuk bilik untuk rehat.
Bila letak kepala di bantal tiba-tiba rasa sesak nafas dan sakit di bahagian dada kiri serta tegang di bahagian leher dan sekitar rahang.
Minta suami urut lagi.
Ads
Cuma Fikir Dah Nak Mati..
Nafas semakin pendek dan dada rasa seperti ditekan-tekan. Suami bawa pergi klinik swasta.
Setelah buat ECG, doktor meminta suami segera bawa aku ke hospital untuk mendapat rawatan lanjut kerana simptom-simptom menunjukkan aku ada masalah jantung.
Masa dalam kereta, denyutan jantung aku amat laju seolah-olah ianya akan pecah. Hanya kalimah syahadah sahaja yang keluar daripada mulut aku tanpa henti.
“AKU DAH NAK MATI…” Hanya itu saja yang aku fikir.
Entah apa yang berlaku, bila mana aku sedar, aku sudah berada di hospital. Dikelilingi oleh beberapa orang doktor.
Ada yang cucuk tangan pasangkan jarum branula, ada yang tekan-tekan dada aku, ada yang gosok-gosok belakang aku dan ianya berlaku dalam masa yang amat pantas.
Jelas dipendengaranku hanya kata-kata,
Ads
“Puan…terus bernafas jangan tidur…”
“Puan kami nak tolong puan…”
“Puan tarik nafas dalam kiraan 10 kemudian lepas…” Dan pelbagai lagi.
Selepas beberapa jarum ubat dimasukkan. Nafasku yang kencang seolah-olah sedang berlari itu mula reda. Denyutan jantung semakin perlahan dan tenang.
Doktor kata aku hampir mendapat serangan jantung dan ‘lucky’ kerana segera dibawa ke hospital untuk mendapat rawatan.
Setelah pelbagai ujian dibuat. Alhamdulillah, doktor sahkan aku sihat. Tiada tekanan darah tinggi, kolestrol terkawal dan gula dalam darah juga normal.
Ads
Ada Rahmat Di Sebalik Ujian Tuhan
Kenapa boleh dapat serangan jantung jika semuanya sihat?
Kuasa Allah SWT untuk menguji hambaNya. Tapi yang penting, aku tahu di sebalik ujian itu, ramai yang sayangkan aku.
Buat suami tercinta. Terima kasih kerana bersusah payah mendukung isterimu yang berat ni bawa masuk ke hospital tanpa mengharap bantuan kaki tangan hospital.
Terima kasih juga pada mak mertuaku, abang ipar, kakak ipar dan adik iparku sanggup datang jauh-jauh melawatku walaupun hari dah lewat malam.
Mak, ayah dan adik beradik di kampung yang tak putus berdoa untukku serta anak-anakku yang setia di sisi membantu aku uruskan rutin harian. Sayang kamu semua.
Buat kalian para pembaca, sihat tidak bermakna kita bebas daripada serangan jantung. Ianya datang secara tiba-tiba dan itulah yang paling bahaya.
Kata Doktor, Tekanan Perasaan Dan Emosi Juga Boleh Jadi Punca
Menurut doktor yang merawat aku, selain daripada penyakit darah tinggi atau kolestrol, keletihan yang keterlaluan, tekanan perasaan dan emosi juga boleh mengakibatkan serangan jantung secara tiba-tiba.
Jika ada simptom-simptom yang aku sebutkan di atas. Segeralah mendapatkan rawatan sebelum terlambat…
Mati itu pasti, tetapi selagi kita mampu berjuang untuk hidup, jangan cepat mengalah, teruskan berusaha untuk bernafas demi insan-insan yang masih memerlukan kita.
Kebiasaannya kereta ‘supercar’ iaitu kereta ‘sports’ mewah berkelajuan tinggi menjadi minat dan kesukaan bagi golongan lelaki. Namun siapa sangka demi minat yang mendalam dalam memberi ulasan kepuasan memandu supercar ini, membuatkan wanita ini pernah diperlekehkan dan menerima kritikan hanya kerana dirinya bukan seorang lelaki.
Namun demikian perkara tersebut tidak mematahkan semangatnya. Meskipun seorang wanita, minatnya yang mendalam pada supercar ini akhirnya berjaya membuatkan dirinya cukup popular dan dikenali dalam bidang ini malah turut menjadi pilihan bagi jenama kereta mewah seperti Ferrari dan Bugatti. Memang rezeki sungguh! Dari minat kini mampu jadi sumber pendapatan lumayan.
Minat ‘Review’ Kereta Mewah
Alex Hirschi telah dilahirkan dan dibesarkan di Australia. Wanita ini berkahwin dan berpindah ke Dubai.Selama 3 tahun beliau berpindah dari satu kerja ke satu kerja yang lain, namun semuanya tidak memuaskan.
Minatnya terhadap kereta membuatkan dia menyewa sebuah Bugatti pada satu hujung minggu dan memuatnaik review di internet. Ramai yang sukakan video itu dan ini membuatkan dia terus membuat video demi video.
Dikenali Supercar Blondie
Selama 52 minggu menghasilkan 1 video seminggu, akhirnya Alex Hirschi berhenti kerja sebagai DJ radio untuk meneruskan minatnya.
Hari ini, Alex yang lebih dikenali sebagai Supercar Blondie mempunya 60 juta followers di media sosial!
Hari ini juga, dia merupakan reviewer kereta wanita paling popular di dunia dan telah memandu lebih 500 supercar.Satu prinsip yang dipegang hingga sekarang ialah pedulikan cakap orang dan buat sahaja apa yang kita minat.
Dikritik Kerana Bukan Lelaki
Permulaan perjalannya sebagai reviewer kereta mewah bukan mudah. Terpaksa mengeluarkan wang sendiri, dikritik hanya kerana dia bukan lelaki malah banyak syarikat kereta menolak cadangan kerjasama kerana dia seorang wanita.
Namun itu semua tidak mematahkan semangatnya hinggalah usahanya menyebabkan syarikat besar seperti Bugatti dan Ferarri menawarkan peluang untuknya.
Hari ini beliau satu-satunya wanita yang dicari oleh pengeluar kereta mewah bagi mempromosikan model baru mereka.
Katanya, “Letakkan diri anda dikeliling mereka yang menyayangi dan menyokong anda. Itu yang paling penting kerana apa yang orang lain katakan tidak penting. Mereka tidak kenal anda.”
Mingguan Wanita: Semoga kisah wanita ini menjadi inspirasi buat kita, pedulikan segala kritikan teruslah melakukan apa yang diminati demi mengejar cita-cita.
Hati-hati apabila mendapatkan perkhidmatan di media sosial, ini kerana trend terbaru ‘scammer’ akan berikan link website sebiji seperti bank sebenar.
Jika dahulu ‘scammer’ akan menghubungi, menyamar sebagai pegawai bank, pegawai polis dan pegawai LHDN untuk menakut-nakutkan pemilik akaun. Namun kini, modus operandi berubah dengan menawarkan servis yang berpotensi untuk orang ramai menggunakannya di media sosial. Seperti agensi pembersihan, pembantu rumah dan sebagainya.
Hati-hati dengan scam yang mampu mencuri duit anda dalam bank.Scammer akan iklankan perkhidmatan pembantu rumah dan lain-lain di Facebook & social media lain.
Bila kita WhatsApp atau message scammer ni perkara di bawah akan berlaku:
1. Scammer akan hantar link untuk download aplikasi android yang akan sentiasa curi sms TAC anda.
2. Scammer akan bagi link website sebijik macam bank, contohnya Maybank2u, tapi website tu tipu ja(bukan website sebenar), just untuk curi username dan password.
3. Bila dah dapat username, password & TAC dia boleh transfer duit anda tanpa halangan.
Tips:
-Jangan download app selain dari Google Play Store.
-Pastikan URL bank adalah betul contoh : https://www.maybank2u.com.my
-Pastikan phrase & gambar anda adalah betul bila masukkan username, sebelum masukkan password. Contoh phrase seperti dalam gambar di bawah.
“Saya Rindu Awak” begitulah luahan hati penyanyi evergreen Salamiah Hassan sewaktu menziarahi pusara arwah suami tercinta.
Salamiah yang baru saja melayari bahtera perkahwinan dua bulan lalu terpaksa menelan berita duka di atas pemergiaan suami tercinta, Allahyarham Gerry Hughes yang meninggal dunia di Tasmania, Australia pada 4 November lalu.
“Saya Rindu Awak”
Menerusi perkongsian di Instagram Story baru-baru ini, ternyata Salamiah begitu merindui suaminya. Gerry pergi menghadap Ilahi akibat kanser kolon.
‘I miss u’, itulah ungkapan buat arwah suami yang dirinduinya.
Arwah Gerry pergi menghadap Ilahi akibat kanser kolon. Salamiah memuat naik dua gambar kubur suaminya termasuk gambar dia di sisi kubur itu.
Hanya tinggal kenangan, sewaktu hari pernikahan Salamiah.
Atilia Temani Ibu
Pada waktu yang sama, Salamiah turut memuat naik gambar dia bersama anaknya yang juga penyanyi, Atilia Haron berserta keterangan gambar ditulis Atilia, ‘i am with my heaven @Salamiah Hassan’. Atilia kini berada di Burnie, Tasmania untuk menemani ibunya.
Untuk rekod Salamiah hidup sendirian sejak 35 tahun lalu selepas berpisah dengan Allahyarham suaminya, Raja Haron Raja Aziz pada 1986. Mereka dikurniakan dua anak iaitu Atilia dan Raja Ahmad Shah.
Raja Haron meninggal dunia pada 28 Julai lalu akibat masalah jantung.
“Salam Takziah Mama” Warganet
Ruangan komen dibanjiri ucapan takziah buat Salamiah yang telah kehilangan suami tercinta.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...