Seramnya pendarahan tanpa henti, koyak rabak isteri sang suami kerja kan. Menerusi catatan di laman Twitter, doktor ini berkongsi tentang pesakit wanita yang datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan apabila pendarahan berlaku selepas bersama suami.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Doktor Muhammad Izzat menerusi akaun di Twitter Muhammad Izzat OBGYN @muhammadeizat bercerita tentang kisah seorang pesakit wanita yang hadir.
Kisah yang dikongsikan ini sememangnya agak seram buat kaum wanita. Malah kaum bapa tolonglah jangan seksi isteri dengan ‘pakai’ benda merepek sewaktu ‘bersama’.
Isteri yang menanggung kesakitan dek kerana suami yang terlalu ingin mencuba sesuatu yang baru.
Semoga apa yang diceritakan oleh Doktor Muhammad Izzat menjadi pengajaran pada kaum suami di luar sana ya.
Nota *jalan cerita, serta watak telah diubah dari kisah sebenar untuk menjaga kerahsiaan dan privasi pesakit*
“Jam menunjukkan 3 pagi. Baru nak luruskan pinggang baring kat katil patient, caesar non stop malam tu, tetiba fon berbunyi lagi. Ahh sudah…
“Assalamualaikum Dr Izzat, gynae oncall harini kan?
Sorry ganggu pepagi buta ni, saya nak discuss satu kes dari jabatan kecemasan ni”
“Mariam. Dr Izzat ni. Awak ok ke?”
“Saya ok doktor. Cuma pening-pening”
“Ape jadi tadi ? Cerita dari awal, terus-terang. Saya nak bantu awak”
“Tadi sebelum tidur, saya ‘bersama’ dengan suami. Sebelum ni ok je doktor. Cuma kali ini sakit sangat, saya pun taktahu kenapa.
“Lepas bersama tu, berdarah banyak sampai skang. Kat umah kain batik saya penuh darah doktor. Siap ada darah beku”
“Ok mariam saya kena periksa bahagian bawah tu, kena masukkan alat bernama speculum ni”
“Doktor buat slow-slow eh. Tadi dorang dah cuba, tapi sakit sangat”
Masuk speculum. Membuak darah. Langsung tak nampak dari mana datang pendarahan tu. Bertakung speculum dengan darah. Allahu. Mata yg mengantok ni pun terus jadi terang!
“Ok mariam, saya rasa kena periksa awak kat dalam dewan bedah, sebab nanti akan bagi awak bius penuh. senang..
“Saya nak locate kat mana bleeding tu. Examination under anaesthesia (EUA). Awak selesa dan tidur, saya boleh check properly. Kalau camni awak kepit-kepit saya takboleh buat keja”
Ok prepare patient for EUA ! Standby blood
Maka saya pun masuk speculum, dengan peralatan suction Yankauer (sejenis penyedut ). Pesakit pun dah tido, maka senang nak visualize cervix dan dinding vagina. Mencari-cari manalah datangnya darah macam air paip.
Rupanya ada koyakan pada bahagian belakang pangkal rahim (serviks). Memang memancut darah dari situ.
Fuh, berpeluh ketiak gak nak menjahit dalam ruang yg sempit dan kedalam tu. Dengan misi dewan bedah (scrub nurse) yang sangat efisyen membantu,..
Alhamdulilah boleh la menjahit koyakan dalam yang berdarah tu.
Yang peliknya, macam mana dia ‘bersama’ suaminya sampai koyak teruk mcm tu?
Baca Disini : Suami Isteri Ambillah Peluang ‘Pillow Talk’ Sebelum Tidur, Inilah Cara Kekalkan Momentum Cinta
Boleh Nak Tunjuk Sweet Suami Isteri Di Media Sosial, TAPI Janganlah Keterlaluan
“Encik suami puan Mariam?”
“Ya saya”
Pandang la atas bawah. Dalam hati, saiz pun biasa-biasa je. Awatlah boleh koyak sampai begitu?
“Encik saya tanya sikit soalan peribadi yg agak sensitif. Encik kena berterus terang. Masa bersama isteri tadi, ada pakai apa-apa ke pada anu?”
“Saya baru try satu cincin penis ni doktor. Orang kata bagus untuk tahan lama. Baru first time pakai tadi, tetiba orang umah berdarah tak berhenti-henti plak”
Jam dah kol 5 pagi, tak mampu dah aku nak bebel-bebel. Seriuss aku tak mampu!
Tolonglah sebelum menggunakan menggunaan alat permainan seks haruslah tahu cara penggunaan yang betul melalui bacaan atau rundingan bersama doktor pakar terlebih dahulu ya? Jika tidak isteri yang akan sengsara.
Menerusi ruangan komen ramai yang menasihati agar kaum bapa tidak menggunakan alatan sebegitu kepada isteri.
Mingguan Wanita : Ngerinya bila baca kisah dalam kain suami isteri ni!
Sumber / Sumber Foto : Twitter Muhammadeizat & Facebook Muhammad Izzat