Sumber Foto: Instagram Siti Nurhaliza

Menerusi akaun Instagram milik penyanyi terkenal tanahair Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa syukur apabila berjaya menyerahkan 2,000 set Peralatan Perlindungan Diri (PPE) kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 30 April lalu.

Sumbangan tersebut difahamkan adalah hasil daripada Dana P.K.P Siti Nurhaliza untuk kategori Peduli yang dilancarkan 15 April lalu.

Prihatin Golongan Memerlukan, Siti Nurhaliza Ajak Masyarakat Sumbang Untuk Dana P.K.P

Serahkan 2,000 Set PPE Buat Frontliners,“Saya Yakin, Dalam Rezeki Kita, Ada Rezeki Orang Lain”
Sumber Foto: Instagram Siti Nurhaliza

“Syukur alhamdulillah, hasrat dan kepedulian kita bersama-sama, Yayasan Nurjiwa dan Dana P.K.P Siti Nurhaliza telah menyampaikan sumbangan kepada Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Sri Dr. Adham Baba, di Majlis Penyerahan Sumbangan Covid-19 kepada Kementerian Kesihatan Malaysia pada petang tadi (Khamis).

“Sebagaimana dirancangkan, sumbangan ini adalah di dalam kategori Peduli, Dana P.K.P Siti Nurhaliza untuk keperluan Peralatan Perlindungan Diri (PPE) sebanyak 2,000 set,” ujarnya.

Siti Nurhaliza juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada penyumbang dana tersebut yang prihatin untuk sama-sama membantu.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang Dana P.K.P Siti Nurhaliza yang dilancarkan pada 15 April baru-baru dan usaha pertama kita telah dilaksanakan.

IKLAN

“Saya berharap agar menerusi dana ini, kategori Kemanusiaan dan Prihatin dapat diteruskan sehingga Syawal nanti.

“Pada Youtube Live P.K.P yang pertama, 19 April lalu, saya berasa terharu dengan sifat budiman semua pihak sama ada para peminat (dalam dan luar Malaysia), pihak korporat, individu dan orang ramai yang telah turut sama memberikan sumbangan.

“Ternyata menerusi Youtube Live tersebut, kita berjaya mengumpul dana yang mencukupi bagi membuat sumbangan PPE kepada frontliners dan buktinya, semalam pihak saya sudah pun membuat serahan kepada KKM,” katanya.

IKLAN
Serahkan 2,000 Set PPE Buat Frontliners,“Saya Yakin, Dalam Rezeki Kita, Ada Rezeki Orang Lain”
Sumber Foto: Instagram Siti Nurhaliza

Sebab Batuk, Tiga Hari Siti Nurhaliza Tidur Asing Dengan Aafiyah

Niat Murni Pasti Ada Ganjaran 

Siti Nurhaliza sekali lagi mengajak orang ramai untuk sama-sama menonton di saluran YouTube miliknya, Siti Official Video, pada 3 Mei ini, jam 2.30 hingga 4 petang untuk tujuan yang sama.

“Saya yakin, dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain. Inilah perkongsian. Saya tidak memaksa bagi yang tidak boleh sama menyumbang kerana saya memahami situasi kita, tidak semua berada dalam keadaan yang sama.

IKLAN

“Saya mengajak mereka yang turut sama mahu mendukung, biarlah RM1, RM5, RM10, bukan nilainya tetapi niat murni kita itu pasti ada ganjarannya,” katanya.

Serahkan 2,000 Set PPE Buat Frontliners,“Saya Yakin, Dalam Rezeki Kita, Ada Rezeki Orang Lain”
Sumber Foto: Instagram Siti Nurhaliza

Bagi mereka yang membuat sumbangan, boleh layari laman web rasmi Kitafund.com.

Sumber/Foto: Instagram Siti Nurhaliza

Dato Sri Siti Nurhaliza Teruja Bergaya Sedondon Dengan Aafiyah

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI