Sepuluh Tahun Menanti Cahaya Mata, Jururawat Meninggal Selepas Dijangkiti Covid-19 Dari Pesakit

Share

Setelah sepuluh tahun menanti cahaya mata, jururawat ini meninggal dunia selepas dijangkiti Covid-19 dari pesakit. Allahuakbar, berat ujiannya.

Dia pergi sebelum sempat menatap dan memeluk cahaya mata yang dinanti sejak sekian lama. Semoga syurga balasannya.

Jururawat Meninggal Selepas Dijangkiti Covid-19

Seorang jururawat yang juga ibu hamil meninggal dunia akibat COVID-19, di Hospital Sultan Ismail Petra dekat Kuala Krai, kelmarin.

Norfaizah Mohamed Nor, 34, menghembuskan nafas terakhir jam 3.02 pagi.

Sepuluh Tahun Menanti Cahaya Mata

Difahamkan, wanita berkenaan yang menunggu kehadiran anak sulungnya sejak 10 tahun yang lalu. Dirinya terpaksa melahirkan zuriat itu dalam keadaan pramatang secara pembedahan, ketika kandungan berusia kandungan 26 minggu.

Baca Juga Di Sini:

Jururawat Dijangkiti Covid-19 Ketika Kandungan 30 Minggu Meninggal, Syukur Bayi Berjaya Diselamatkan

“Tolong Jaga Mak Abah” Pesanan Terakhir Jururawat Meninggal Dunia Akibat Covid-19

Berhenti Tidur Di Stesen Minyak Untuk Hilangkan Penat, Ramai Tak Tahu Tugas Jururawat Sebenarnya Rencam

Sabar Sungguh Jururawat Ini Walau Ditendang Ketika Bantu Wanita Bersalin

“Kerja Di Hospital Pun Tak Habis, Tambah Lagi Dengan Kerja Rumah!” Isteri Jururawat

Dijangkiti Covid-19 Dari Pesakit

Wanita itu dijangkiti COVID-19 bagi kategori 5 dan dipercayai mendapat wabak itu daripada pesakitnya.

Bayi wanita itu ditempatkan di unit rawatan intensif neonatal (NICU) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin mengesahkan wanita itu yang juga jururawat meninggal dunia akibat COVID-19 semalam.

Beliau berkata, Allahyarhamah jururawat di Hospital Gua Musang dan seorang petugas yang berdedikasi.

“Jenazah wanita itu dikebumikan di Kampung Lembaga, dekat Gua Musang,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Mingguan Wanita : Lagi satu kematian ibu hamil, semoga syurga balasannya dan Allah mengampunkan dosa-dosanya setelah bertungkus-lumus membantu orang lain selama ini. Al-Fatihah.

Sumber : Berita Harian / Facebook

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita

Published by
Nur Syazwani Mehat