Seronok rasa hati bila pasangan tahu macam mana nak hargai dan buat rasa bahagia. Macam yang pelakon Memey Suhaiza ini rasai. Bila mana suaminya, pelakon terkenal Norman Hakim tak pernah lupa nak meraikan hari lahir Memey. Dari tahun pertama berkahwin sampailah masuk tahun ke sepuluh.
Walaupun, Memey sendiri pernah beritahu pada suaminya itu tak perlu dah nak buat majlis istimewa apatah lagi berkek dan berdeko bagai pada hari lahirnya. Sebab dia sendiri rasa semua itu tak perlu.
Apa yang diperoleh selama ini, sudah cukup untuk dirinya. Namun, Norman tetap juga meraikan isterinya itu dengan sambutan yang bukan biasa-biasa.
Rasa bersyukurnya itu dikongsikan dalam laman instagram miliknya.
Kongsi Memey,
“Assalammualaikum..
Salam jumaat..
Saya mulakan update hari ni untuk suami kesayangan ni.
Sebab semua kerana dia.. jadi sangat layak untuk sentiasa dihargai.
10 tahun dah kahwin tanpa gagal setiap tahun untuk plan surprise / plan itu & ini.
Walaupun berbuih mulut cakap.. tak nak majlis special, tak nak cake, tak nak deco, sebab dah rasa semua tu.. jadi rasa macam cukup-cukup lah… apa adanya dengan family tu pun cukup bermakna sangat. Tapi dia tetap faham hati perempuan.
Mulut cakap lain tapi hati mesti nak.”
Rezeki Memey terus berganda, bila mana dia sendiri merasakan tidak perlu sambutan hari lahir luar biasa. Tiba-tiba tahun ini, Memey peroleh banyak sekali hadiah dah kek daripada orang sekelilingnya.
“Dan disaat saya tak nak apa-apa Allah bagi rezeki luar biasa.. inilah tahun pertama saya terima paling banyak cake & hadiah dari semua di sekeliling saya.. love u all too.
Tq suami untuk semua surprise birthday semalam.. effort luar biasa.
Rasa macam rombongan melamar pulak.
Nanti mummy share video k.
Tq suami.. love u sooo much
& tq tambah koleksi @khalifahjewels untuk sayang.. yeaaaa.
Ps: mummy rasmi dulu bawal raya @normey.hq
Tahun ini merupakan hari lahir Memey kali ke 33. Dan dalam majlis hari lahir yang diadakan di kediamannya itu, turut diadakan majlis bacaan doa selamat di rumah, solat berjemaah, bacaan Yasin.
“Terima kasih banyak ye semua yang ucap dan doakan yang baik-baik. Hari ni rasa nak nangis je sebab terharu sangat saya dapat macam-macam.”
Memey atau nama sebenarnya, Suhaiza Suhaimi mendirikan rumah tangga dengan Norman pada 24 September 2011.
Keduanya, dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, Muhammad Dikhriz Hakim dan Mikayla Delisha Hakim.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
https://t.me/bangkitwanitaMW
Tudiaaaaaaa..antara webinar yang sedang berlangsung. Nak daftar sebagai peserta boleh ke :
https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-bangkit-wanita-capai-4-angka-bisnes-mobile-spa/
https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-bangkit-wanita-tak-susah-pun-buat-duit-kencang-bisnes-di-shopee/
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Sumber/Foto : Memey Suhaiza