Lelaki ini, BroOhsem, Akhtar Syamir berkongsi gambarnya dan isteri sepuluh tahun dahulu dan terkini. Sebagai menyahut cabaran ‘How Much Have Your Change’ yang ketika ini trending di media sosial.
Menariknya perkongsiannya itu, ia bukan sekadar sekeping gambar kami yang dulu dan kami yang sekarang. Sarat makna yang memberi inspirasi untuk sesiapa yang membaca catatannya.
Betapa struggle nya pasangan ini dahulu, kerana untuk kelihatan cantik pun mereka terpaksa fikir beribu-ribu kali. Mahu keluarkan duit untuk itu atau lebih pada fikirkan keperluan harian keluarga dan anak.
Namun, semangat yang dikongsikan ini boleh menjadi inspirasi untuk dihadamkan bersama-sama.
Kami simpan gambar ni dah lama. Gambar ni selalu kami tengok dan gelak bersama-sama. Memang kelakar dan dalam masa yang sama sangat menginsafkan.
Gambar ini menjadi bukti kepada usaha kami untuk berubah ke arah yang lebih baik. Bukan hanya dari segi fizikal, tetapi dari segi emosi juga.
Benar, kami struggle dahulu. Langsung tak peduli pasal penampilan diri. Fokus kepada minggu depan nak makan apa, pampers cukup ke tidak, pakaian pun tak bertukar. Pakai yang sama je.
Nak beli rasa macam membazir sangat. Sedihnya bila tengok isteri pakai baju dan tudung yang sama je. Saya pun sama. Sampai kawan saya pun ada tegur “ko ni takde baju lain ke?”
Baca sini : Tip penting mak-mak kena hadam sebelum beli gelang emas Pandora
Sampai satu tahap kami sedar yang kami nak berubah ke arah yang lebih baik. Saya mula fokus kepada mencari rezeki, isteri fokus kepada memudahkan urusan saya mencari rezeki dan dalam masa yang sama,
kami sangat mengambil berat tentang kegembiraan dan emosi kami. Ini benda penting yang kami tertinggal sebelum ini.
Fokus saya untuk sentiasa gembirakan dia. Fokus dia, untuk sentiasa menggembirakan saya.
Saya sentiasa utamakan hati dan perasaan isteri. Sebab saya tahu, apabila dia gembira, dia pasti akan menggembirakan semua.
Kami jadi lebih rapat, kami lebih bertolak ansur
. Kami sentiasa berkomunikasi. Jika ada masalah, kami terus selesaikan.Siapa betul dan siapa salah bukan lagi keutamaan. Kami sedar, bukan hanya perlukan duit semata untuk gembira. Menggembirakan pasangan juga boleh membawa ke arah rezeki yang lebih baik.
Sejak dari itu, semuanya menjadi lebih mudah dan dipermudahkan. Alhamdulillah rezeki kami semakin bertambah. Yang dahulunya hanya jadi angan-angan dan gurauan sewaktu sebelum melelapkan mata, mula menjadi kenyataan.
Syukur Alhamdulillah. Rezeki ramai orang ada dalam rezeki kami. Tanpa apa yang kami lalui, tanpa bantuan ramai orang secara sedar atau tidak sedar, besar kemungkinan kami takkan sampai ke tahap ini.
Terima kasih atas challenge ini. Jika anda sedang melalui proses yang perit itu, kekal positif. Ada sinar di hujung jalan nanti. Gembirakan seramai mungkin orang yang boleh.
Mulakan dengan yang paling dekat dengan kita. Pasangan, ibu bapa dan anak-anak. Insya-Allah berkat doa semua, pasti akan dapat membantu.
Yang penting, jaga hubungan dengan Allah.
#howmuchhaveyouchangedchallenge
Mingguan Wanita : Alhamdulillah, melalui usia lebih sepuluh tahun perkahwinan yang membahagiakan itu juga memerlukan usaha kedua belah pihak. Baik suami mahu pun isteri perlulah saling bekerjasama dan faham tanggungjawab masing-masing.
Sumber/Foto : BroOhsem, Ahktar Syamir
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Daftar sekarang di
https://toko.ideaktiv.com/…/webinar-eksklusif-ceo…/
atau scan QR Code pada poster
Atau sertai grup telegram WEBINAR EKSKLUSIF CEO BISNES