Lelaki ini, BroOhsem, Akhtar Syamir berkongsi gambarnya dan isteri sepuluh tahun dahulu dan terkini. Sebagai menyahut cabaran ‘How Much Have Your Change’ yang ketika ini trending di media sosial.
Menariknya perkongsiannya itu, ia bukan sekadar sekeping gambar kami yang dulu dan kami yang sekarang. Sarat makna yang memberi inspirasi untuk sesiapa yang membaca catatannya.
Betapa struggle nya pasangan ini dahulu, kerana untuk kelihatan cantik pun mereka terpaksa fikir beribu-ribu kali. Mahu keluarkan duit untuk itu atau lebih pada fikirkan keperluan harian keluarga dan anak.
Namun, semangat yang dikongsikan ini boleh menjadi inspirasi untuk dihadamkan bersama-sama.
Gambar Sepuluh Tahun Dulu ‘Kelakar Dan Sangat Menginsafkan’
Kami simpan gambar ni dah lama. Gambar ni selalu kami tengok dan gelak bersama-sama. Memang kelakar dan dalam masa yang sama sangat menginsafkan.
Gambar ini menjadi bukti kepada usaha kami untuk berubah ke arah yang lebih baik. Bukan hanya dari segi fizikal, tetapi dari segi emosi juga.
Benar, kami struggle dahulu. Langsung tak peduli pasal penampilan diri. Fokus kepada minggu depan nak makan apa, pampers cukup ke tidak, pakaian pun tak bertukar. Pakai yang sama je.
Nak beli rasa macam membazir sangat. Sedihnya bila tengok isteri pakai baju dan tudung yang sama je. Saya pun sama. Sampai kawan saya pun ada tegur “ko ni takde baju lain ke?”
Sampai satu tahap kami sedar yang kami nak berubah ke arah yang lebih baik. Saya mula fokus kepada mencari rezeki, isteri fokus kepada memudahkan urusan saya mencari rezeki dan dalam masa yang sama,
kami sangat mengambil berat tentang kegembiraan dan emosi kami. Ini benda penting yang kami tertinggal sebelum ini.
Fokus saya untuk sentiasa gembirakan dia. Fokus dia, untuk sentiasa menggembirakan saya.
Saya sentiasa utamakan hati dan perasaan isteri. Sebab saya tahu, apabila dia gembira, dia pasti akan menggembirakan semua.
Kami jadi lebih rapat, kami lebih bertolak ansur. Kami sentiasa berkomunikasi. Jika ada masalah, kami terus selesaikan.
Siapa betul dan siapa salah bukan lagi keutamaan. Kami sedar, bukan hanya perlukan duit semata untuk gembira. Menggembirakan pasangan juga boleh membawa ke arah rezeki yang lebih baik.
Selepas Sepuluh Tahun, Angan-angan Menjadi Nyata
Sejak dari itu, semuanya menjadi lebih mudah dan dipermudahkan. Alhamdulillah rezeki kami semakin bertambah. Yang dahulunya hanya jadi angan-angan dan gurauan sewaktu sebelum melelapkan mata, mula menjadi kenyataan.
Ads
Syukur Alhamdulillah. Rezeki ramai orang ada dalam rezeki kami. Tanpa apa yang kami lalui, tanpa bantuan ramai orang secara sedar atau tidak sedar, besar kemungkinan kami takkan sampai ke tahap ini.
Terima kasih atas challenge ini. Jika anda sedang melalui proses yang perit itu, kekal positif. Ada sinar di hujung jalan nanti. Gembirakan seramai mungkin orang yang boleh.
Mulakan dengan yang paling dekat dengan kita. Pasangan, ibu bapa dan anak-anak. Insya-Allah berkat doa semua, pasti akan dapat membantu.
Mingguan Wanita :Alhamdulillah, melalui usia lebih sepuluh tahun perkahwinan yang membahagiakan itu juga memerlukan usaha kedua belah pihak. Baik suami mahu pun isteri perlulah saling bekerjasama dan faham tanggungjawab masing-masing.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
Rahsia mereka?
Apa yang mereka lakukan?
Ilmu-ilmu yang diamalkan?
Siapa yang susah senang bersama mereka?
Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Di Semenanjung, pokok tuhau dipanggil tepus. Istilah umumnya tepus gajah, tepung kesing dan sebagainya. Tapi dari banyak-banyak jenis tu, tuhau saja yang boleh dimakan sama ada direbus, jadikan jeruk atau pes.
Masakan dari pokok tuhau ini popular di Sabah. Memang mudah di dapati di sana. Harganya juga jauh lebih murah. Nama saintifik pokok tuhau ini Etlingera coccinea dalam keluarga Zingiberaceae.
Kalau tiba musim perayaan bekalan tuhau ini pasti akan berkurangan. Tuan Jusery Jausinberkongsi resipi dan panduan penyediaan pes tuhau ini. Uniknya pes tuhau ini boleh dicampur dalam pelbagai jenis masakan. Dan ia akan membangkitkan aroma masakan jadi lebih menyelerakan.
Bahan-bahan
15 batang umbut tuhau
8 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
4 batang serai
2 inci halia
1 inci lengkuas
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil ketumbar
1 sudu serbuk rempah 4 sekawan ((bunga lawang, cengkih, buah pelaga dan kayu manis)
Garam secukupnya
Minyak masak secukupnya
Cara Membuat
Cuci bersih umbut tuhau dan potong ½ inci untuk mudah hancurkan selepas dikisar. Ketepikan.
Kupas bawang merah dan bawang putih. Belah dua.
Serai, halia dan lengkuas potong kecil-kecil.
Masukkan semua bahan tadi ke dalam pengisar kecuali garam hingga hancur. Tambah air sedikit untuk mudah hancur.
Panaskan kuali dan masukkan 3 sudu besar minyak masak. Masukkan pestuhau tadi ke dalam periuk dan masak sampai naik minyak. Tambah garam dan sentiasa digaul agar tak melekit.
Sejukkan dan masukkan ke dalam kontena bertutup/ bekas bertutup.
Panduan Selepas Di Simpan Dalam Bekas Bertutup
Simpan dalam peti sejuk. Ia akan bertahan sehingga 8 bulan.
Pes tuhau sesuai digunakan untuk campuran pelbagai jenis masakan:
Masak rendang ayam tuhau/daging rendang tuhau – guna bahan-bahan rendang yang biasa dan campurkan 3 sudu besar pes tuhau. Masak seperti biasa.
Nasi tuhau – masak bawag merah, bawang putih, halia, 2 biji tomato dan lobak merah dan campurkan 2 sudu besar pes tuhau. Goreng hingga garing dan masukkan dalam nasi yang ditanak.
Sayur tumis kacang panjang – tambah 1 sudu pes tuhau bersama bahan-bahan seperti bawang dan lain-lain.
Makaroni goreng – tambah 2 sudu besar pes tuhau ke dalam bahan-bahan tumis sebelum makaroni dicampurkna ke dalam pes.
“Saya cadangkan buat hidangan nasi tuhau berempah dan ayam rendang tuhau atau daging rendang tuhau.”
Menjadi seorang isteri dan ibu bukan tugas yang mudah. Pelbagai tanggungjawab dan tugasan rumahtangga perlu diuruskan dengan baik agar segalanya teratur sempurna.Pengorbanan buat seorang ibu dan isteri ini turut diakui oleh pelakon lelaki Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 29, yang berkahwin dengan Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir, 30.
Baru-baru ini ayah kepada Muhammad Luth Ali,1 ada berkongsi gambar dirinya sedang melipat baju-baju milik anaknya. Menurutnya itu merupakan kali pertama pelakon drama Hati Perempuan ini menolong isteri melipat baju yang telah dibasuh, serta terasa kepayahan dalam melakukan tugasan tersebut.
Saharul Ridzwan juga berterima kasih atas pengorbanan isterinya serta meminta maaf jika kekurangan pada dirinya yang bergelar suami.
Berikut antara perkongsian tersebut;
“Menjadi seorang Ibu bukan mudah. Nak melayan karenah anak, sediakan makanan untuk keluarga dan mengemaskan rumah dalam satu masa, bukannya mudah. Kalau saya letih bekerja diluar, Isteri saya pun letih di rumah.”
“Sejujurnya ini kali pertama saya tolong lipatkan baju yang dah dibasuh, kat depan ni baru baju Ali. Penat. Sakit pinggang duduk lama-lama macam ni.”
“Kami tiada maid, semuanya handle sendiri. Ali tengah tak berapa sihat, Mummy dia yang kena dodoikan semua. Besarnya jasa seorang Ibu. Terima kasih Umi, Terima kasih Isteriku. Maafkan saya kalau ada yang terkurang sebagai suami.”
Perkongsian ini mendapat pujian daripada para pengikut instagramnya dan menganggap pelakon ini seorang suami yang memahami tugasan dan pengorbanan seorang isteri. Tidak kurang ramai yang mendoakan kebahagiaan saharul ridzwan sekeluarga.
rama_rahmahUntung dapat suami yang memahami macam nie.
_kamariah.kassimAlhamdulillah…sebagai suami yang faham, punya hati nurani yang sempurna, berat sama dipikul, ringan sama dijanjing, terbaik.In shaa Allah semuga berkekalan hingga ke Jannah dan bahagiaaa, aamiinnn.
biskutrayagebusBaguihlah..ikut sunnah nabi ni..tahniah sebeb memahami peranan sebenar seorang Suami dik..tahniah..
wm_adamifzal09 Susah nak cari suami rajin tolong lipat kain.. Bertuah sape dapat laki macam ni..
nadiatul_akma_mat_nuarDapat suami yang memahami alhamdulillah dah, memahami dan tolong samalah.
faziyanaTahniah.. Semoga sentiasa istiqomah dalam menghargai pengorbanan seorang wanita bergelar isteri dan ibu yang sentiasa super busy.
Alhamdulillah tahniah buat Saharul Ridzwan kerana memahami dan menghargai tugasan serta pengorbanan seorang isteri. Memang bertuah bagi seorang isteri bila memiliki suami yang turut tolong menyelesaikan kerja-kerja rumah bersama-sama.
Gara-gara tak dapat tahan emosi lelaki muda ini, panas hati dan hentak cermin kereta yang dipandu wanita dengan topi keledar. Akibat tindakannya itu menyebabkan keretakan teruk pada cermin kereta.
Rakaman dashcam itu tular di media sosial, sejak semalam polis memburu lelaki itu yang digelar ‘abang botak’ oleh netizen. Kejadian yang disifatkan sebagai pembuli jalan raya ini menemui nokhtahnya apabila abang botak berjaya diberkas. Hari ini mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan.
Secara tak langsung, abang botak terpaksa menyambut lebaran dalam penjara. Sepatutnya Ramadan inilah masa untuk gandakan sabar dan menahan marah.
Ini Punca Abang Botak Hentak Cermin Kereta
Ketika ditanya punca tindakannya itu oleh Majistret, maklumnya pemandu kenderaan itu hampir melanggarnya dua kali sehingga memaksanya menghimpit semula kereta tersebut.
“Saya himpit semula sebab nak ajak berbincang. Tapi dia telah tunjuk jari kepada saya.
“Itu yang menyebabkan saya bertindak sebegitu. Saya minta maaf.”
Dalam sebak abang botak atau nama sebenarnya, Danial Abdullah Tan, 31 membuat pengakuan bersalah kerana melakukan melakukan khianat terhadap pemandu kereta Perodua Alza milik Siew Chean Boon, 58.
Kenderaan itu dipandu anak Siew Cean Boon yang berusia 22 tahun di Jalan Kasturi, Seksyen 12 Taman Bukit Serdang.
Semoga apa yang dialami ini menjadi pengajaran berguna buat pekerja stor ini. Dan sesiapa saja yang memandu di jalan raya. Belajarlah berhemah dan bersabar.
Jalan raya untuk dikongsi bersama, negara kita ada undang-undang dan jangan sesekali bertindak melulu kerana emosi. Kelak diri yang akan menanggung akibatnya.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...