Setiap pekerjaan di dunia ini pasti ada peranannya yang tersendiri. Lebih-lebih lagi apabila ia hasil usaha mak ayah dalam mencari nafkah menanggung keluarga. Bagi seorang anak, walau apa pun perkerjaan halal dan berkat yang mak ayah lakukan, tak perlu rasa malu malah berbangga lah dengan hasil usaha dan kepenatan mereka dalam mencari rezeki.
Bagi anak ini, meskipun usia masih kecil namun tetap berbangga dengan pekerjaan ayahnya. Malah tidak malu memilih kerjaya ‘pekerja pembersihan’ ketika pertandingan pakaian beragam sewaktu sambutan Hari Kanak-Kanak di sekolahnya baru-baru ini.
“Auni pilih pakai baju kerja ayah sebab mahu menjaga alam sekitar, sayang dan bangga dengan ayah yang menjaga kebersihan kawasan,”
Itu reaksi Nur Auni Awatif Mohd Anuar, 8, ketika ditanya bapa, Mohd Anuar Muhammad Yusop, 41, mengapa memilih memakai baju kerja bapanya pada pertandingan pakaian beragam bertemakan kerjaya sempena Hari Kanak-Kanak di sekolahnya, di sini, pada 30 November lalu.
Pakai Baju Pekerja Pembersihan
Kisah Nur Auni Awatif yang memakai baju kerja bapanya berkerja sebagai pekerja pembersihan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI), di sini, mendapat perhatian warganet selepas videonya dimuat naik bapanya di TikTok, baru-baru ini.
Menceritakan kisah itu, ibunya, Nor Fadilah Jaafar, 39, berkata, anaknya memilih memakai pakaian itu kerana menghargai kerja suaminya walaupun cita-citanya mahu menjadi chef.
Guru kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) itu berkata, anak bongsu dari tiga beradik itu sangat rapat dengan bapanya dan sebelum ini pernah mengikut Mohd Anuar membersihkan tapak pasar malam.
“Nur Auni Awatif suka makan dan mahu menjadi chef tetapi dia tidak mahu memakai pakaian itu kerana mahukan kelainan selain sebagai tanda sayangnya pada ayahnya.
Ads
“Saya suruh bergaya seperti ustazah pun dia tak mahu dan selepas dipujuk akhirnya Auni mencuba seragam anggota Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) yang dipinjam suami dari rakannya tetapi dia tidak muat serta tidak selesa memakainya.
“Kemudian dia terus mencuba t-shirt kerja suami yang dicari sendiri di almari. Walaupun sedikit besar dia cakap selesa memakainya, malah terus meminta ‘pengepit’ dan plastik sampah untuk dia gayakan di atas pentas,” katanya.
Bangga Dengan Ayah
Nor Fadilah berkata, mereka pada mulanya meminta anak bongsu itu memilih kerjaya lain walaupun itu hanya pertandingan sahaja.
“Kami tanya juga tidak kisah ke pakai baju kerja ayah dan tak sangka Auni cakap ‘tak apa, mak dan ayah yang bagi Auni makan, sediakan tempat tinggal dan bangga dengan ayah’.
“Auni bangun awal dan teruja untuk bersiap ke sekolah dan walaupun dia hanya dapat sagu hati saja dalam pertandingan itu tetapi dia tak sedih langsung, malah berasa gembira,” katanya.
Ads
Tak Sangka Reaksi Anak
Sementara itu, Mohd Anuar berkata, dia terharu dan tidak sangka dengan reaksi Nur Auni Awatif kerana anaknya itu masih kecil.
“Saya seperti mahu menangis apabila mendengar apa yang Auni cakap itu sebab tidak malu, malah bangga dengan kerja saya.
“Itu antara kenangan yang mengusik hati saya selain kenangan dia seronok mendapat basikal rosak yang saya beli dengan harga RM10 saja.
“Saya baiki dan cat semula basikal itu dan tetapi dia sangat gembira macam dapat basikal baru.
Ads
Saya bersyukur Auni dan dua kakaknya sangat memahami kehidupan sederhana kami,” katanya.
Mingguan Wanita: Alhamdulillah, semoga anak-anak kita juga menjadi anak soleh dan solehah, tidak malu walau apa pun kerja yang mak ayah lakukan dalam mencari rezeki buat keluarga.
Sebelum ini Mingguan Wanita pernah kongsikan artikel mengenai sebuah pesawat penerbangan komersial terpaksa melakukan pendaratan cemas selepas sejumlah penumpang pengsan dan muntah gara-gara terhidu bau badan busuk seorang penumpang lelaki.Ramai yang menganggap lelaki tersebut seorang yang pengotor dan tidak menjaga kebersihan diri menyebabkan badannya berbau.Namun perkara sebenar yang berlaku adalah sebaliknya.
Menurut laporan terkini akhbar Belanda, De Telegraaf, penumpang lelaki yang memiliki bau badan busuk tersebut telah meninggal dunia akibat penyakit tisu nekrotik yang dihidapinya.Penumpang malang itu dikenal pasti sebagai gitaris rock Rusia, Andrey Suchilin, berusia 58 tahun.
Suchilin telah dikeluarkan dari penerbangan Transavia Airlines dari Sepanyol ke Belanda pada 29 Mei selepas pesawat itu melakukan pendaratan kecemasan di Portugal setelah beberapa penumpang muntah dan pengsan kerana bau badannya yang terlalu kuat.
Bau Busuk Bukan Sebab Pengotor
Rupanya, cerita sebenar yang perlu diketahui bahawa bau tersebut bukanlah disebabkan dia seorang pengotor, tetapi disebabkan penyakit tisu nekrosis, yang mana sel-sel tubuh memusnahkannya menggunakan enzim tersendiri, biasanya diikuti dengan jangkitan. Selepas dikeluarkan dari pesawat di Faro, Portugal, Suchilin menulis di laman Facebooknya:
“Perkara tragis dan melucukan dalam keseluruhan situasi ini ialah saya mempunyai penyakit, yang (tak perlu cerita bagaimana dan mengapa) yang membuatkan seseorang itu berbau busuk.”
Suchilin dibawa ke hospital untuk rawatan tetapi keadaannya merosot dan dia koma. Walaupun banyak pembedahan dilakukan untuk cuba menghentikan jangkitan, dia meninggal dunia pada 25 Jun.Isteri Suchilin, Lidia, memberitahu kawan-kawannya tentang perkembangan suaminya di laman Facebooknya.Dia juga mendedahkan perjuangannya dengan syarikat insurans Ingosstrakh semasa suaminya sakit.Walaupun telah mendapatkan rawatan sebelum meninggalkan Sepanyol, doktor memberitahu suaminya bahawa dia hanya mempunyai ‘ordinary beach infection’ dan diberi antibiotik, kata Lida.
Rayu Sumbangan Wang Untuk Rawatan
Apabila dia diminta keluar dari pesawat di Faro untuk mendapatkan rawatan, Ingosstrakh berkata insuransnya telah tamat tempoh dan syarikat itu enggan membiayai rawatan perubatannya. Suchilin dan isterinya bertekak dengan syarikat itu selama lima jam, satu tempoh masa yang sangat berharga untuk merawat penyakit itu, tulis Lidia. Mereka akhirnya terpaksa memanggil ambulans dan merayu sumbangan wang daripada rakan mereka melalui Facebook.
Sementara itu, Transavia Airlines mengeluarkan kenyataan kepada Newsweek, menyatakan bahawa kakitangannya ‘bersimpati dengan ahli keluarga dan berharap mereka tabah berdepan kehilangan ini’. Tiada seorang penumpang dan kru pesawat udara pun yang mendapat risiko mahupun jangkitan akibat kejadian tersebut.
Terdahulu, Suchilin adalah seorang gitaris profesional yang dihormati bersama kumpulannya, C-Major.Baru-baru ini, Suchilin bekerja dalam bidang kewartawanan dan kejuruteraan, serta membuat susunan muzik untuk pertunjukan teater.
Pengajaran daripada kisah ini, kita jangan mudah menilai sesuatu perkara yang berlaku tanpa mengetahui kisah sebenar.Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya.
Selepas selamat melahirkan anak keduanya, Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 33, atau Faye Kusairi akhirnya berkongsi gambar dan nama puterinya.
Sebelum ini peminat dikejutkan apabila pelakon ini mendedahkan dia telah terkena serangan Bell Palsy iaitu kelumpuhan pada otot muka ketika usia kandungannya mencecah 38 minggu.
Faye yang juga isteri kepada pengarah, Azmi Hatta telah bernikah pada 9 April 2017. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak lelaki, Alif Azmi yang kini berusia dua tahun.
Faye Kusairi Dedah Nama & Kongsi Gambar Puteri Kesayangan
Memilih nama Asha Azmi, anak perempuannya itu masih mengalami jaundice atau masalah kuning.
“Kenalkan, our newest edition of the family. Our little angel, Asha Azmi, adik kepada Alif Azmi. Asha still jaundice tapi semalam check, reading dah turun sikit. Alhamdulillah.
“Terima kasih semua yang mendoakan Asha dan Mommy”
“Moga-moga kalian dibalas dengan segala kebaikan di dunia dan akhirat serta dirahmati oleh ALLAH SWT,” tulisnya di Instagram.
Comel sungguh puteri kesayangan Faye dan suami. Semoga Asha menjadi anak yang solehah apabila dewasa kelak.
Perlukan Semangat Yang Tinggi Pulihkan Bells Palsy
Menerusi perkongsiannya di Instagram juga Faye ada berkongsi rawatan yang dilakukan untuk memulihkan penyakit yang dialaminya.
“Video taken the night before labor.
“Basically this is a part of the exercise yang selalu saya praktik every now and then depan cermin HARI HARI. Lagi satu exercise is sebut A, E, I, O, U. I’ll practice this as much as possible daily usually selepas pakai mesin.
“Practice makes perfect. Perfection requires discipline and discipline needs great will power. Kalau nak sihat cepat, kita perlukan semangat yang tinggi. Sebab tu saya sarankan kalian perlu sentiasa berfikiran positif. إنشاءالله, you will get positive result sooner or later. Doa banyak-banyak juga ya,” terang Faye.
Ternyata Faye begitu kuat dalam mengharungi penyakitnya walaupun pada waktu itu dia sudah mahu bersalin. Dan kini, sewaktu berpantang dia tidak putus asa mahu kembalikan kesihatannya semula.
“Mencabar Sungguh Sewaktu Bersalin Dengan Keadaan Wajah Bells Palsy”
Faye juga turut secara jujur berkongsi bagaimana keadaannya yang begitu sengsara ketika hendak bersalin dengan keadaan wajah yang diserang Bells Palsy. Luahnya;
“Calm before the storm. This picture was taken a day before Bell’s Palsy strikes.
“Jujur cakap, semasa bersalinkan baby.. memang agak mencabar bila muka partially paralysed. Somehow I learned that facial expression does help the delivery process. No wonder my doctor was worried. But I was a little too bz being positive minded.
“Anyway. I was in the labor room for more than 12 hours. Waiting for dialation to happen naturally tu yg lama. Bila dah pecah air ketuban tu barulah the real deal happen and it only took an hour till the baby arrived. Nak pengsan penghujungnya sebab dah kepenatan.
“Alhamdulillah segalanya dah pun selesai. I know I owe you guys the update on my Bell’s Palsy’s current condition and gambar mesin yang saya gunakan.
“Keep being positive and ALWAYS be thankful for what is given to you. There will always be light at the end of the tunnel. #mybellspalsyjourney #positivevibesonly,” tulisnya yang sungguh positif melawan penyakitnya.
Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 27 tahun, anak kelahiran Sungai Petani ini mula meniti di bibir peminat apabila berjaya melakonkan watak antagonis yang dipegangnya dalam Hello Mr Perfect yang bergandingan dengan Fattah Amin pada tahun 2014. Itulah antara pembuka mata orang ramai terhadap kemampuan dan kewujudannya dalam persada seni.
Orangnya kecil molek, mudah mesra, cantik dan peramah, tidah hairanlah ia turut menjadi rebutan pengarah drama dan filem. Baru-baru ini, sempat wartawan menemuramahnya di sebuat majlis yang turut dihadiri Ruhanies.
MW: Rasanya macam sudah lama Ruhanies menyepi diri?
RUHANIES: Sebenarnya Anies masih dalam industri seni. Anies baru sahaja selesai penggambaran drama berjudul ‘Ara’ yang mungkin akan disiarkan di salah satu stesyen televisyen pada awal tahun ini. Selesai penggambaran itu, jadual kerja Anies bersambung pula dengan penggambaran filem. Tajuknya? Kena rahsia dulu. Tunggu.
MW: Sebagai pelakon, apa yang Anies tekankan untuk bertahan dalam industri ini?
RUHANIES: Disiplin dan komitmen yang tinggi sangat penting bagi setiap pelakon. Bagi saya, setiap perkara yang membabitkan kerja, saya akan memberikan komitmen yang tinggi fokus dan buat bersungguh-sungguh. Sebolehnya saya cuba elak daripada ‘buat perangai. Alhamdulillah, setakat ini rasanya saya belum ada isu tentang disiplin.MW: Berbalik tentang kisah peribadi Anies, bila nak perkenalkan teman istimewa?
RUHANIES: Seperti yang diketahui, saya memang mempunyai kekasih – Mr. E. Tetapi buat masa sekarang, lebih selesa menyembunyikan wajahnya dan mungkin suatu hari akan dedahkan kepada umum.
MW: Bila ingin melangsungkan hari bahagia?
RUHANIES: Buat masa sekarang, kami lebih selesa berkawan dan masih mengenali hati budi masing-masing. Bila tiba masanya, saya akan umumkan kepada semua. Sekarang ini, saya tunggu kakak, Risteen Munim kahwin dahulu. Saya tidak mahu langkah bendul.
MW: Apa istimewanya Mr. E?
RUHANIES: Bagi saya, Mr. E seorang yang sangat bertanggungjawab, menyokong dan memahami kerjaya saya. Paling penting, dia sayangkan saya sebagaimana keluarga sayangkan saya. Boleh dikatakan ciri-ciri lelaki idaman ada pada dirinya.
MW: Bagaimana Anies jaga hubungan jarak jauh dengan MR. E?
RUHANIES: Saya kenal dia memang jarak jauh. Dia sentiasa on off Kuala Lumpur dan London dan balik pun sebulan sekali atau dua bulan sekali. Walaupun jarang jumpa tetapi kami saling percaya antara satu sama lain dan banyak berkomunikasi. Sekarang ini, kerjayanya pun kerap di Kuala Lumpur dan kurang di London. Jadi, tak adalah rindu sangat kan. Cuma, kami kena saling jujur dan percaya serta berserah pada jodoh.
MW: Sering dimanjakan kekasih dan bagaimana hadapi dengan komen netizen?
RUHANIES: Bagi saya tidak salah dia manjakan saya. Lagipun, bila ada rezeki lebih, dia sudi kongsi rezeki sama-sama. Rasanya setiap pasangan patut ada sikap macam ini iaitu ambil hati pasangan supaya hubungan tidak statik, boring dan cara untuk kekalkan hubungan. Bagi komen netizen tu, Anies tidak ambil kisah, yang penting, saya jaga batas-batasnya dan mereka tidak tahu apa yang kita lalui. Walau bagaimanapun, Anies ambil apa yang positif sahaja.
Di samping sibuk dengan dunia lakonan, Ruhanies turut menceburkan diri dalam perniagaan dan bergelar usahawan. Kini, dia telah berjaya membuka sebuah kafe miliknya Bites Dessert, khas untuk peminat pencuci mulut yang bertempat di Plaza Arcadia, Desa Park City.
Foto: INSTAGRAM RUHANIES
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.