Setiap pekerjaan di dunia ini pasti ada peranannya yang tersendiri. Lebih-lebih lagi apabila ia hasil usaha mak ayah dalam mencari nafkah menanggung keluarga. Bagi seorang anak, walau apa pun perkerjaan halal dan berkat yang mak ayah lakukan, tak perlu rasa malu malah berbangga lah dengan hasil usaha dan kepenatan mereka dalam mencari rezeki.
Bagi anak ini, meskipun usia masih kecil namun tetap berbangga dengan pekerjaan ayahnya. Malah tidak malu memilih kerjaya ‘pekerja pembersihan’ ketika pertandingan pakaian beragam sewaktu sambutan Hari Kanak-Kanak di sekolahnya baru-baru ini.
“Auni pilih pakai baju kerja ayah sebab mahu menjaga alam sekitar, sayang dan bangga dengan ayah yang menjaga kebersihan kawasan,”
Itu reaksi Nur Auni Awatif Mohd Anuar, 8, ketika ditanya bapa, Mohd Anuar Muhammad Yusop, 41, mengapa memilih memakai baju kerja bapanya pada pertandingan pakaian beragam bertemakan kerjaya sempena Hari Kanak-Kanak di sekolahnya, di sini, pada 30 November lalu.
Pakai Baju Pekerja Pembersihan
Kisah Nur Auni Awatif yang memakai baju kerja bapanya berkerja sebagai pekerja pembersihan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI), di sini, mendapat perhatian warganet selepas videonya dimuat naik bapanya di TikTok, baru-baru ini.
Menceritakan kisah itu, ibunya, Nor Fadilah Jaafar, 39, berkata, anaknya memilih memakai pakaian itu kerana menghargai kerja suaminya walaupun cita-citanya mahu menjadi chef.
Guru kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) itu berkata, anak bongsu dari tiga beradik itu sangat rapat dengan bapanya dan sebelum ini pernah mengikut Mohd Anuar membersihkan tapak pasar malam.
“Nur Auni Awatif suka makan dan mahu menjadi chef tetapi dia tidak mahu memakai pakaian itu kerana mahukan kelainan selain sebagai tanda sayangnya pada ayahnya.
Ads
“Saya suruh bergaya seperti ustazah pun dia tak mahu dan selepas dipujuk akhirnya Auni mencuba seragam anggota Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) yang dipinjam suami dari rakannya tetapi dia tidak muat serta tidak selesa memakainya.
“Kemudian dia terus mencuba t-shirt kerja suami yang dicari sendiri di almari. Walaupun sedikit besar dia cakap selesa memakainya, malah terus meminta ‘pengepit’ dan plastik sampah untuk dia gayakan di atas pentas,” katanya.
Bangga Dengan Ayah
Nor Fadilah berkata, mereka pada mulanya meminta anak bongsu itu memilih kerjaya lain walaupun itu hanya pertandingan sahaja.
“Kami tanya juga tidak kisah ke pakai baju kerja ayah dan tak sangka Auni cakap ‘tak apa, mak dan ayah yang bagi Auni makan, sediakan tempat tinggal dan bangga dengan ayah’.
“Auni bangun awal dan teruja untuk bersiap ke sekolah dan walaupun dia hanya dapat sagu hati saja dalam pertandingan itu tetapi dia tak sedih langsung, malah berasa gembira,” katanya.
Ads
Tak Sangka Reaksi Anak
Sementara itu, Mohd Anuar berkata, dia terharu dan tidak sangka dengan reaksi Nur Auni Awatif kerana anaknya itu masih kecil.
“Saya seperti mahu menangis apabila mendengar apa yang Auni cakap itu sebab tidak malu, malah bangga dengan kerja saya.
“Itu antara kenangan yang mengusik hati saya selain kenangan dia seronok mendapat basikal rosak yang saya beli dengan harga RM10 saja.
“Saya baiki dan cat semula basikal itu dan tetapi dia sangat gembira macam dapat basikal baru.
Ads
Saya bersyukur Auni dan dua kakaknya sangat memahami kehidupan sederhana kami,” katanya.
Mingguan Wanita: Alhamdulillah, semoga anak-anak kita juga menjadi anak soleh dan solehah, tidak malu walau apa pun kerja yang mak ayah lakukan dalam mencari rezeki buat keluarga.
Sultan Muhammad V Isytihar Nur Diana Petra Abdullah Sebagai Sultanah Kelantan. Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan mengisytiharkan isteri baginda, Che Puan Nur Diana Petra Abdullah sebagai Sultanah Kelantan.
Pengisytiharan itu diumumkan oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob yang berkuat kuasa hari ini.
Sultan Muhammad V Isytihar Che Puan Nur Diana Petra Abdullah Sebagai Sultanah Kelantan
Seperti mana yang dipetik menerusi Bernama Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad membacakan doa selepas pengisytiharan pangkat kemuliaan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan di Istana Balai Besar pada Selasa.
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, pada Selasa berkenan mengisytiharkan isteri baginda sebagai Sultanah Kelantan dengan gelaran sebagai Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah.
“Sultan dan Yang Dipertuan bagi negeri Kelantan Darul Naim telah mengurniakan pangkat kemuliaan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan dan Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan,” kata Datuk Ahmad Yakob ketika membacakan pengisytiharan berkenaan di Istana Balai Besar di sini.
Kesemua Kurniaan Pangkat Itu Berkuat Kuasa Hari Ini
Pengisytiharan berkenaan untuk pengetahuan orang ramai mengikut kuasa-kuasa menurut Fasal (1) Perkara 43 Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).
Pada pengisytiharan sama, baginda turut berkenan mengurniakan pangkat kemuliaan kepada isteri Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra iaitu Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan, Che Puan Sofie Louise Johansson Petra dengan gelaran Che Puan Mahkota Kelantan.
Tragedi bom lempar meletup, kakak kongsi adik dah siap kemas nak balik raya tapi jenazahnya yang tiba. Innalilahiwainailahirojiun, Kepada Allah kita datang dan kepadaNya kita kembali.
Tragedi bom lempar meletup ketika sesi Latihan di Kem Kem Syed Sirajuddin, Gemas, di sini semalam mengorbankan nyawa dua anggota keselamatan.
Di awal kejadian, dilaporkan Leftenan Udara I Mohd Iqmal Masdi meninggal di tempat kejadian manakala dua jurulatih mengalami kecederaan parah.
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang mengesahkan insiden tersebut menerusi satu kenyataan berkata, insiden berlaku pada jam 12.10 tengah hari ketika anggotanya sedang menjalani Latihan Menembak Senjata Bantuan dan Bom Lempar Penuntut Kursus Peningkatan Pembantu Pertahanan Kelas 1 (KPPP Kls 1) di Tapak Latihan Grenade Asas di kem tersebut.
Namun akibat kecederaan parah dialami, seorang jurulatih iaitu Koperal Udara Mohd Syuib Bidin yang mengalami kecederaan parah dilaporkan meninggal pada sebelah petangnya.
Tragedi Jurulatih TUDM Meninggal Bom Lempar Meletup
Kakak kepada allahyarham Mohd Shuib dalam satu perkongsian di fb @bonda arfan memaklumkan, arwah adiknya itu mengalami kecederaan parah iaitu kedua belah tangan hingga siku terputus akibat letupan bom berkenaan.
Menyifatkan adiknya seorang yang sangat baik, dirinya memaklumkan arwah adiknya sudah mengemas pakaian untuk pulang beraya sempena hari raya haji yang bakal tiba Khamis ini.
Tulis Bonda Arfan, dia adik yang baik.
Ni gambar terakhir yang di ambil tahun lepas..
Dia dah siap packing baju untuk balik beraya di Kedah. Sebelum kejadian isteri arwah ada mesej tanya Damia. Raya ni balik Kedah tak. Damia jawab tak, pasal hari Sabtu Damia dah kena balik asrama. Isteri adik bagi tahu esok hari Isnin dorang nak balik Kedah.
Tak sempat balik beraya di kampung, adik pergi tinggalkan kami semua secara mengejut. Allah lebih sayangkan dia.
Sekarang kami menunggu jenazah adik kat hospital Segamat. Esok (hari ini) dia akan di kebumikan di kampung isterinya kat Kemaman. Kami dah merayu untuk bawak balik ke Kedah tapi dorang tetap nak bawak jenazah adik balik Kemaman.
Kakak Kongsi “Adik Dah Siap Kemas Nak Balik Raya Tapi Jenazahnya Yang Tiba”
Dalam pada itu, menerusi perkongsian di laman Facebook Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan, mengucapkan takziah kepada kedua-dua keluarga yang terbabit dalam kejadian berkenaan.
“Mendapat perkhabaran duka kejadian letupan bom lempar yang mengorbankan seorang jurulatih dan seorang penuntut dari Institut Pentadbiran dan Pengajian Pangkalan Udara Sendayan (INSTAR) semasa latihan menembak senjata dan bom lempar di Kem Syed Sirajuddin, petang tadi.
“Salam takziah saya ucapkan kepada keluarga Allahyarham Koperal Udara Mohd Syuib Bidin dan Leftenan Udara I Mohd Iqmal Masdi.
“Gugurnya perajurit dalam latihan demi mempertahankan negara. Semoga ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan keredaan dengan ketentuanNya jua,” katanya.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...