Sepatutnya Macam Inilah Ruang Tetamu Untuk Rumah Orang Islam

Konsep ruang tetamu ini barangkali masih baru bagi sesetengah mak ayah. Ianya sebuah ruang yang dibina khas untuk tetamu demi memberi keselesaan kepada tuan rumah dan tetamu itu sendiri.

Di negara Barat, ruang sebegini dipanggil ‘powder room’. Khairunnisa Hamzah yang juga pengasas Rekabentuk 3D Online berkongsi info menarik bagaimana mak ayah boleh menyediakan sebuah ruang dalam kediaman yang dinamakan ‘ruang tetamu’.

Dan mengapa ruang tetamu ini memberi kesan yang besar kepada tuan rumah dan tetamu.

Bagaimana Ruang Tetamu Yang Sesuai Untuk Rumah Orang Islam

Adalah lebih baik jika tetamu tidak dapat melihat langsung aktiviti dan dalaman rumah keluarga. Cukuplah pergerakan tetamu di ruang tetamu sahaja.

Minta maaf, nak tumpang tandas, boleh?” Biasa tetamu akan buat permintaan mengejut sebegini apabila datang berkunjung.

Sekiranya ada tandas di ruang tetamu, tetamu tidak perlu lagi masuk ke dalam bilik-bilik tuan rumah atau terus terjah ke dapur.

Saya ada menonton kuliah agama seorang ulama Indonesia yang mengatakan:
Yang terbaik adalah jika kamu boleh mengasingkan ruang tetamu dengan ruang keluarga. Kalau boleh, diasing terus dari rumah kamu sehingga apabila kamu menutup pintu dan menguncinya sekalipun, tetamu masih boleh aman di situ.”

Maksud beliau kita sememangnya wajib melayan tetamu sebaiknya. Oleh itu sediakan ruang untuk tetamu semampu boleh namun paling penting ialah mengambil kira aurat dan aib tuan rumah sekeluarga.

Siapkan ruang duduknya, ruang bersucinya (tandas), ruang solatnya dan juga ruang berehatnya (bilik tidur) di satu kawasan yang sama yang tidak perlu melalui ruang keluarga.

Ini dapat membataskan aurat, pandangan dan pergaulan antara tetamu dan ahli keluarga.

IKLAN

 

Macam Inilah Ruang Tetamu Yang Sesuai, Untuk Rumah Orang Islam
Antara contoh ‘powder room’ / kredit foto : myhome.onemega.com

Sediakan ‘Powder Room’ Di Ruang Tamu

Orang putih ada wujudkan ‘powder room’ di ruang tamu. Ia adalah bilik bersiap yang dilengkapi dengan kemudahan tandas. Namun berbeza dengan rumah-rumah di negara kita yang kebanyakkannya tandas diletakkan di ruang dapur atau di dalam bilik tidur.

Nisa, macam mana ya nak buat? Kalau tetamu datang, dari pintu masuk terus boleh nampak akak tengah memasak di dapur. Tak selesalah. Kadang tak sempat pakai tudung atau baju lengan panjang.” Luah salah seorang pemilik kediaman masa sesi makeover rumahnya.

Sekarang banyak rumah buat konsep terbuka (open concept). Namun, apabila menerima kehadiran tetamu secara mengejut, ia menyebabkan wanita Islam tidak selesa kerana belum bersedia menutup aurat. Apatah lagi ketika itu sedang sibuk beraksi dengan kuali di dapur.

Jika kita lihat senibina rumah lama dahulu, mereka sudah ambil berat tentang hal ini terlebih dahulu.

Di dalam rumah mempunyai ruang publik, semi publik dan ruang privasi.

IKLAN

Apabila tetamu yang tidak rapat datang berkunjung, mereka hanya ditapis dan dilayan hanya di serambi (ruang publik).

Sekiranya merupakan tetamu rapat seperti kenalan atau saudara, barulah dapat masuk sehingga ke ruang menonton, ruang rehat, ruang makan (semi publik).

Manakala bilik-bilik tidur, ruang keluarga dan dapur (ruang privasi) hanya untuk tuan rumah sahaja.

 

Macam Inilah Ruang Tetamu Yang Sesuai, Untuk Rumah Orang Islam
Bilik wuduk boleh disediakan untuk ruang tetamu.

 

IKLAN

Untuk Rumah Siap Beli Dari Pemaju, Boleh Cuba Tip Ini

Ramai kita sudah siap beli rumah dari pemaju. Jadi bagaimana untuk menjadikan rumah kita terpelihara aurat dan pandangan dari tetamu?

Mungkin boleh buat begini:

1. Boleh buat penghadang pandangan seperti tambahan tembok atau tabir yang menghalang pandangan terus ke ruang privasi tuan rumah.
2. Boleh tambah tempat wuduk dan ‘powder room’ (tandas) di hadapan rumah.
3. Boleh siapkan bilik tidur/bilik solat tetamu di hadapan rumah.

Saya pernah datang berkunjung ke rumah kenalan di Indonesia. Ia merupakan rumah bertingkat (apartment).

Apa yang menariknya, setiap rumah itu dilengkapi dengan ruang yang sangat menarik perhatian saya. Pemaju menyiapkan ruang untuk pembantu rumah yang boleh dipisahkan terus dari rumah keluarga.

Ini bermakna apabila tutupnya pintu dapur dari dalam, maka pembantu rumah boleh menjalankan aktivitinya seperti biasa kerana dilengkapi dengan tempat tinggal, tandas, fasiliti lain dan boleh terus keluar dari kawasan pagar rumah di bahagian tersebut. (Ada 2 akses)

Mungkin apa yang boleh kita buat akan datang ialah merekabentuk rumah di mana ruang tetamu boleh direkabentuk sebegitu. Iaitu mempunyai akses yang berlainan dan terpisah terus dari rumah keluarga.

MW : Menarik ideanya..

Sumber/Foto : Khairunnisa Hamzah

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI