“Sepatutnya Kami Potong Gelang Bersama.” Suami Terima Takdir Isteri Pergi Dulu

Share

Sebetulnya pada hari isterinya pergi, “Sepatutnya kami potong gelang bersama.” Namun suami ini ini terima takdir isteri pergi dulu.

Pemergian isteri tercinta bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterima, apatah lagi sang isteri pergi bersama anak yang dikandung. Bukan satu nyawa, tetapi dua nyawa pergi sekaligus.

Suami Terima Takdir Isteri Pergi Dulu

“Permintaan terakhirnya, isteri minta untuk temankanya di hospital dan katanya kalau tidak boleh masuk pun cukuplah saya berada di luar dan dia dapat melihat dari luar.

“Tiga hari ini terakhir ini memang memberi kesan kerana arwah isteri minta benda yang saya tidak boleh tunaikan, walaupun beberapa kali saya cuba terangkan kepadanya,” luah Mohd Firdaus Haron, 36, yang kehilangan isteri Herni Yusnilah Yusof, 29, akibat Covid-19.

Herni yang mengandung enam bulan meninggal dunia selepas 13 hari dirawat di Hospital Melaka.

Menurut Mohd Firdaus, dia tidak menjangka isterinya yang mengandungkan anak kedua mereka akan pergi meninggalkannya selepas sedar daripada ditidurkan.

Dua Kali DiTidurkan

“Kali pertama isteri ditidurkan kira- kira tujuh hari lalu selepas kesihatan dia semakin merosot namun dia menunjukkan perkembangan positif dan kembali sedar walaupun masih bergantung kepada bantuan oksigen.

“Bagaimanapun kesihatan dia kembali merosot dan perlu ditidurkan kembali pada Isnin sebelum disahkan meninggal kira-kira 11.40 malam,” katanya ketika dihubungi.

Tambahnya, dia dan isteri amat menantikan kehadiran anak kedua mereka namun Allah SWT lebih menyayangi mereka.

Menurut Mohd Firdaus yang mengusahakan gerai Warong Kopi Manggis Road, sebelum ini arwah isterinya kerap bertanya kepada dirinya sama ada dia boleh menjaga anak perempuan mereka berusia lima tahun dan ibunya sekiranya dia ditakdirkan pergi dahulu.

“Sepatutnya Kami Potong Gelang Bersama.”

“Dia selalu bertanya kalau saya boleh jaga anak dan emaknya seperti dia lakukan. Dia amat rapat dengan ibunya memandangkan dia satu- satunya anak perempuan.

“Sebelum ini kebanyakan keputusan dalam keluarga dia akan putuskan malah merupakan ‘ahli fikir’ untuk kami semua walaupun dia anak bongsu,” katanya.

Ujarnya, dia kini bukan sahaja kehilangan ‘ahli fikir’ malah ‘patah kaki’ untuk menguruskan perniagaannya itu.

“Apa yang terhasil di kedai kami adalah hasil apa yang difikirkannya. Rupanya dia lakukan (usaha) untuk tinggalkan buat anak kami dan emaknya.

“Sepatutnya kami potong gelang bersama kelmarin (ketika artikel ini ditulis), namun takdir dia pergi dahulu. Alhamdulillah ibu mertua yang sebelum ini turut disahkan positif Covid-19 juga sudah sembuh,” katanya.

Baca Juga Di Sini :

Wani Comel ‘Pergi’ Hari Yang Sama Anak Saya Meninggal, Kerana Covid-19

Hantar Mesej Tak Berjawab, Rupanya Suami Meninggal Dunia Selepas Dijangkiti Covid-19

12 Ahli Keluarga, Ibu Ayah Yana Samsudin Positif Covid-19, “Semoga Mereka Kuat, Kami Jauh”

Usia Kandungan 30 Minggu Positif Covid-19 Tahap 5, Merayu Doktor Belah Perut Selamatkan Anak

Mingguan Wanita : Walaupun berat ujian ini, hidup perlu diteruskan. Semoga suami dan ahli keluarga allahyarham kuat menerima ujian ini. Al-Fatihah.

Sumber : myMetro

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita

Published by
Nur Syazwani Mehat