Tiada yang lebih bermakna bagi anak apabila hasil penat lelah beroleh kejayaan dalam pelajaran diraikan bersama ibu dan ayah tersayang. Namun ajal maut ketentuan tuhan, hasrat seorang pelajar cemerlang SPM 2022 yang mendapat keputusan 8A pagi tadi tidak tertunai apabila ayah yang disayangi telah menemui pencipta hanya kira-kira 15 jam sebelum keputusan SPM diumumkan pada hari ini.
“Sepatutnya abah yang mengiringi dan menemani saya ke pentas mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022, hari ini.
“Tetapi abah terlebih dulu menghembuskan nafasnya terakhir kira-kira 15 jam sebelum mengiringi saya mengambil keputusan SPM,” kata Nur Farah Melissa Mohd Shukri, 18, dari Sekolah Menengah Agama (SMA) Khairah, hari ini.
Pada keputusan SPM hari ini, Nur Farah Melisa yang juga anak sulung daripada empat beradik memperoleh keputusan 1 A+, 6A, 1 A- dan 2C.
Abah Meninggal Komplikasi Buah Pinggang
Bapa Nur Farah Melissa iaitu Mohd Shukri Ismail, 57, yang juga guru di Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin (SMAASZA) yang dimasukkan ke wad sejak Isnin lalu meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), kira-kira jam 7 malam akibat komplikasi buah pinggang.
Pengumuman dan penyampaian keputusan SPM disampaikan Pengetua SMA Khairah, Shamsiah Mohd Radzi dan turut dihadiri Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa (PIBG), Datuk Wan Hisham Wan Salleh.
Ads
Hanya Ditemani Adik Ke Pentas
Pada majlis itu, suasana pilu menyelubungi dewan utama SMA Khairah apabila lebih 50 guru dan pelajar memeluk sambil mengesat air mata kesedihan serta mengucapkan takziah kepada Nur Farah Melissa.
Nur Farah Melissa yang terkilan dan masih bersedih hanya ditemani adiknya, Muhammad Asyraf Daniel, 17, naik ke pentas menerima sijil keputusan SPM.
Ibu Nur Farah Melissa, Wan Zubaidah Wan Ahmad, 49, yang juga guru di Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Terengganu tidak dapat menemani dan berehat di rumahnya di Kampung Pengadang Baru.
Nur Farah Melissa berkata, kali terakhir menatap wajah bapanya ketika menghantar lampin pakai buang dan makanan di HSNZ, jam 6.45 petang semalam.
Ads
“Saya berada di sisi abah dan sempat mengajarnya mengucap ketika doktor cuba memberi bantuan pernafasan (CPR) semalam.
“Pada Selasa lalu, arwah berulang kali berjanji untuk meminta kebenaran doktor keluar daripada hospital bagi menemani saya mengambil keputusan SPM hari ini,” katanya.
Teruskan Hasrat Sambung Belajar Luar Negara
Nur Farah Melissa berkata, arwah bapa sudah lama menunggu peluang dan kerap mengajak ibu untuk turut menemaninya ketika mengambil keputusan SPM.
“Arwah abah kerap beritahu saya akan mendapat keputusan cemerlang berdasarkan kepada keputusan peperiksaan percubaan SPM yang diadakan November lalu,” katanya.
Nur Farah Melissa berkata, dia berhasrat meneruskan impian arwah bapanya untuk menyambung pengajian ke universiti di luar negara dalam jurusan akaun.
Ads
“Abah ini adalah hadiah istimewa daripada kakak untuk abah dan ibu, kakak akan berusaha untuk melanjutkan pengajian ke universiti luar negara dalam bidang perakaunan,” katanya.
Mingguan Wanita: Salam takziah di atas kehilangan ayah tersayang, yang hanya 15 jam sebelum keputusan cemerlang SPM diumumkan. Semoga adik ini diberikan kekuatan dan terus cemerlang dalam pelajaran.
Setiap orang diuji hidupnya sama ada dengan kemewahan, kesusahan.. yang mana semua cubaan hidup ini adalah untuk menguji keimanan seseorang. Semakin redha hati, semakin lapang dadalah terima ujian hidup mereka.
Pelakon Lufya Omar suatu ketika dulu juga pernah diuji dengan masalah rumah tangga sehingga kisahnya viral. Dalam mendaki kembali bahagia dalam diri, ini yang Lufya pegang kemas selama ini.
Dan inilah, cara Lufya mencari bahagia bersama anak perempuannya, Laana Haura.
Ada Masa DI Atas.. Ada Masa Di Bawah – Lufya
Dalam kehidupan ni ada masa kita di atas, ada masa kita di bawah. Hidup ni macam saham pun ada jugak.
Ada orang hidup dia dari graf paling rendah naik sedikit demi sedikit dan berkat kesabaran akhirnya sampai ke kemuncak kejayaan.
Ada orang graf hidup die naik turun naik turun.
Ada jugak dari kemuncak jatuh menjunam. Apa pun ‘graf kehidupan’ kita selalu lah bersangka baik dengan Allah.
Kadang kita tak sedar yang Allah Maha Tinggi yang boleh menggantikan takdir hidup yang tidak baik kepada yang baik dan yang kita sangka baik rupanya tak baik untuk kita.
Jangan pernah anggap Allah benci atau tidak sayang pada kita, sebenarnya Allah nak kasi yang terbaik untuk kita di dunia tidak pun di akhirat nanti.
Redha Itu Mudah, Tapi Nak Ikhlas Sangatlah Susah
Perkataan redho satu perkataan yang senang disebut tapi nak ikhlas itu sangatlah susah dan ambil masa untuk kita faham dan pelajari dariNya.
Selepas kita redho Allah turunkan rezeki dan nikmat yang tidak berbelah bagi dengan amalan baik kita Allah gantikan dengan ketenangan, rezeki, kebahagiaan dan kemudahan dalam hidup.
Semoga kita semua redho dengan setiap ujian yang Allah berikan untuk perbaiki amalan dan kebaikkan sementara di dunia ini. Insyallah hati anda yang tidak keruan itu akan ‘dipulihkan’ dengan membasahkan lidah anda dengan zikir dan menyebut nama Allah.
Selalunya, kalau tak nak pakai kaca mata, kanta lekap jadi pilihan. Tapi ada juga yang memakainya untuk nampak cantik, pula tu ikut saja warna yang nak dipakaikan.
Namun, agak pelik juga bagi kes ini apabila seorang wanita tua tidak perasan begitu banyak kanta lekap di kelopak matanya. Tiap-tiap hari pakai tanpa memikirkan kanta sentuh yang digunakan sebelum ini masih di bahagian dalam mata.
Dalam perkongsian di instagram, seorang pakar oftalmologi California telah mengeluarkan 23 kanta sentuh yang terlupa dari mata pesakit.
Katerina Kurteeva, seorang doktor mata dari Newport Beach, California telah menyiarkan video Instagram beliau mengeluarkan beberapa kanta sentuh dari mata pesakit.
Kurteeva mendakwa telah menanggalkan tidak kurang daripada 23 kanta sentuh lama dari pesakit seorang wanita tua yang lupa berada di matanya selama beberapa bulan atau mungkin bertahun-tahun.
Video itu, dengan kapsyen “Jangan tidur dalam kanta sentuh anda!” menunjukkan Dr Kurteeva menggunakan q-tip untuk mengeluarkan berpuluh-puluh kanta sentuh lama dengan berhati-hati dari belakang mata seorang wanita tua. Sebahagian daripada mereka kelihatan bertukar hijau kerana ada di situ untuk tempoh yang lama.
.
.
“Saya telah mengasingkan semua kanta sentuh dengan teliti dan mengira jumlahnya sebanyak 23. Saya terpaksa menggunakan alat pembedahan yang sangat halus, forsep tukang emas untuk mengasingkan kanta sentuh itu,” tulis pakar oftalmologi itu di Instagramnya.
Pakai Kanta Semasa Tidur
Keadaan ini cukup mengejutkan dan langsung tak terfikir dan bagaimana seseorang itu boleh hidup dengan begitu banyak kanta lekap di mata tanpa merasakan ada sesuatu yang tidak kena.
Kurteeva menjelaskan bahawa pesakitnya selalu terlupa bahawa dia memakai kanta sentuh ketika dia tidur dan terus menambah yang baru.
.
“Satu peristiwa yang jarang berlaku apabila seseorang ‘terlupa’ untuk menanggalkan kanta lekap pada waktu malam dan terus memasukkan kanta baharu setiap pagi. 23 hari berturut-turut!!!” kata Dr Kurteeva.
Percaya atau tidak, 23 kanta sentuh dalam satu mata bukanlah satu rekod. Beberapa tahun yang lalu, ada seorang wanita berusia 67 tahun dari UK yang ada 27 kanta sentuh di matanya selama 35 tahun.
Mingguan Wanita : Seram pula bila tengok. Tertanya juga tak ada rasa apa-apa ke bila kanta tu ada kat bahagian atas mata?
Sebelum ini, YouTuber Sugu Pavithra cuma ber’video call’ saja dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sudah menjadi rezekinya, akhirnya dalam majlis Pelancaran Rukun Negara ke-50 Pavithra dan suaminya, Sugu bertemu empat mata dengan PM.
Sampai hilang kata-kata bila Perdana Menteri (PM) tanya , “Pavithra tak masak ke?”
Punyalah terlalu gementar, bila PM tanya lagi, ‘Tak makan ke?’ Cuma jawapan ‘ah.. ah.. ya..” saja yang keluar dari bibir YouTuber popular ini.
Ramai sedia maklum, betapa bersopan dan lemah lembutnya Pavithra ini. Tentunya pertemuan itu memberi kenangan manis buat Pavithra dan suami. Biar pun jawapan yang diberikan itu sedikit tersekat-sekat, namun ketulusan Pavithra tiada siapa dapat mempertikaikannya.
Sesuai dengan aura perpaduan yang dipupuk dalam setiap video masakannya di YouTube, Pavithra biar pun dilimpahi populariti yang menyinar, dia tetap kekal merendah diri.
Sebelum ini pun, PM pernah hadiahkan Sugu Pavithra tripod, ketuhar gelombang mikro, periuk nasi elektrik serta barangan memasak. Tak lama selepas itulah dia dapat membuat panggilan video dengan PM.
Biarpun dilimpahi populariti, tumpuan Pavithra tetap pada suami dan anak-anak.
YouTuber Sugu Pavithra Semangat Lafazkan Rukun Negara
Dalam majlis berkenaan, Pavithra cantik mengenakan pakaian punjabi hijau, malah Sugu pun segak memakai pakaian serba hitam. Malah keduanya, begitu bersemangat melafazkan Rukun Negara ketika ikrar itu dibacakan Perdana Menteri.
Kata Pavithra dan Sugu, Rukun Negara inilah dasar yang mengeratkan perpaduan negara. Sebab itulah, mereka berazam menanamkan semangat Rukun Negara kepada anak yang masih kecil.
Ikrar Pavithra sendiri, biarpun anaknya belajar Rukun Negara di sekolah, dia tetap akan menerapkan prinsip itu pada anak-anaknya ketika di rumah.
Malah, Pavithra sendiri fasih dan lancar berbahasa Melayu. Katanya, dia banyak belajar dari drama-drama Melayu terutama dengan melihat lakonan Fasha Sandha. Punyalah seronok Pavithra bila dia akhirnya berpeluang berbual dalam telefon dengan pelakon kegemarannya itu tak lama dulu.
Manis kisah hidup suri rumah bernama Pavithra yang menjadi inspirasi rakyat Malaysia.
Sebab Susah, Pavithra Terpaksa Berhenti Sekolah
Untuk makluman, waktu bersekolah rendah Pavithra pernah mendapat keputusan 5A untuk Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), namun terpaksa berhenti sekolah semasa di tingkatan empat.
Kerana dia perlu membantu bapanya yang merupakan seorang buruh binaan. Berhentilah sekolah dan bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang. Kesusahan itulah yang membentuk jatidiri dalam diri Pavithra sehingga hari ini.
MW : Sememangnya kisah Pavithra ini banyak menyuntik semangat kejayaan untuk para suri yang lainnya.