‘Sepasang Kembar Lelaki Dan Perempuan..’ Buat Dr Sheikh Muszaphar & Dr Halina Bersyukur

Share

Memasuki awal Muharram ini, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha mengumumkan berita gembira tentang kehamilan kembar kali kedua isterinya, Datin Dr Halina Mohd Yunos. Suami isteri ini bersyukur kerana bakal menimang sepasang cahaya mata kembar lelaki dan perempuan.

Dr Halina yang hamil pada usia 39 tahun ini, juga kelihatan sihat. Dan kehamilannya itu sudahpun 22 minggu. Angkasawan negara ini mendapat tahu akan jantina kembarnya itu ketika menemani isteri membuat pemeriksaan antenatal di hospital swasta.

Baca sini : Dr Halina hamil kembar lagi, Dr Sheikh Muszaphar sama-sama naik berat.

Berita gembira ini dikongsikan oleh suami isteri ini di laman instagram masing-masing. Tentunya ayah kepada empat orang cahaya mata ini begitu teruja apabila mendapat tahu isterinya hamilkan sepasang bayi kembar lelaki dan perempuan.

Alhamdulillah – it’s a pair .
A Boy and A girl .
Truly excited …
Dr Halina is 22 weeks pregnant now .
Still a long way to go …
Do pray for her well being Everyone .
Amiinn ….
Love As Always …”

Katanya lagi, anak kembarnya itu berkedudukan sebelah-menyebelah di dalam rahim ibunya.

Kembar Pertama Lelaki, Kembar Kedua Perempuan

Twinning in hot pink with my obgyn Dr @fara.azura today!! Both babies are looking good at 22 weeks old

.” Haa.. bukan saja bayi yang kembar, malah baju Dr Halina dan doktor pakar yang membuat pemeriksaan ke atasnya pun sama warna.. PINK.

Selain memaklumkan kedua-dua bayi kembarnya itu dalam keadaan baik pada usia 22 minggu ini, kembarnya juga mencapai berat, kembar pertama, 485gram manakala kembar kedua beratnya 458 gram.

Mommy punya berat.. toksah cakaplah.” tulisnya. Apa pun Dr Halina bersyukur dan terharu dengan berita yang baru diterimanya hari ini.

InshaAllah, twin 1 is a boy and twin 2 is a girl. Allahuakbar!” yang mana kembar pertamanya adalah lelaki, manakala kembar kedua adalah perempuan.

Bermakna, keluarga besar Dr Sheikh Muszaphar akan meriah dengan 3 anak lelaki dan 3 anak perempuan.

Sebelum ini pun, pasangan ini mempunyai pasangan kembar lelaki, Sheikh Noah dan Sheikh Adam. Manakala cahaya mata sulung dan keduanya, Sopheoa Isabella dan Sophea Natasha.

MW : Mendoakan semoga Dr Halina melalui proses kehamilan kembar yang sihat dan dipermudahkanNya dalam setiap urusan hariannya. Kerana, Dr Halina juga antara frontliners negara yang tak pernah kenal erti penat dan putus asa menangani wabak Covid-19.

Sumber/Foto : Dr Sheikh Muszaphar , Dr Halina

Published by
NETTY AH HIYER