Pengantin lelaki dari Bekasi di Jawa Barat, Indonesia menjadikan ikan laga bernilai tinggi jenis Blue Rim dari Thailand sebagai mas kahwin kepada pasangannya.
Ikan laga bernilai 2.5 juta rupiah (kira-kira AS$1,700) merupakan mas kahwin pengantin Rizki Muhammad kepada Indi Nita Sari yang kemudiannya tular di media sosial.
Tidak kiralah apa jua bentuknya, walaupun sepasang ikan laga jadi mas kahwin, tak perlu mahal-mahal mahal mas kahwin yang penting pengantin perempuan redha.
Di Jakarta, bukan emas, wang atau barang keperluan wanita, tetapi lelaki ini memberikan mas kahwin unik iaitu sepasang ikan laga.
Portal Detik.com melaporkan aksi pengantin lelaki itu menikahi pengantin wanitanya dengan mas kahwin ikan laga itu tular dalam satu hantaran Instagram @infobekasi.coo.
“Sepasang ikan laga jadi mas kahwin. Pertama di Bekasi. Mas kahwin itu tidak perlu mahal-mahal. Yang penting pengantin wanita reda. Layak jadi inspirasi bagi yang sukar mencari mas kahwin. Video Bekasitizens @cupanglurah.id_ #infobekasico,” tulis keterangan Instagram @infobekasi.coo.
Dalam video yang dimuat naik terdengar ijab kabul apabila wali pengantin wanita memberitahu mas kahwinnya adalah ikan laga.
Selain itu, ada juga perhiasan emas dan wang tunai sebagai mas kahwin.
“Wahai saudara Rizki Muhammad bin Bambang, saya nikahkan dan kahwinkan engkau kepada anak kandung saya. Dengan mas kahwin perhiasan emas, wang tunai dan sepasang ikan laga,” ucap wali nikah wanita.
Video yang berdurasi 35 saat itu ditonton lebih 13,300 kali dan 866 komen di Instagram. Pasangan pengantin itu adalah Indri Nita Sari dan Rizki Muhammad.
Wanita yang berusia 25 tahun itu menceritakan mengenai mas kahwin unik diterimanya itu.
Dia mengatakan idea mas kahwin ikan laga memang datang daripada suaminya.
“Idea suami aku. Dia sudah beritahu awal mahu bawa ikan cupang (laga) untuk mahar (mas kahwin).
“Aku ingatkan sekadar bergurau, tetapi ternyata benar ketika hari pernikahan, aku terkejut tetapi senang dan unik saja,” katanya.
Baca Juga Di sini:
Minta MAS KAHWIN Hanya Sepasang Selipar Jepun & Secawan Air Kosong!
Pasangan Ini Pilih Surah Al Ikhlas & Segelas Cendol Sebagai Mas Kahwin!
Suami Belikan Hadiah SEKADAR TERMAMPU Buat Isteri, Rezeki Masuk Tak Henti-Henti
Menurut anak bongsu daripada lima beradik itu, ikan laga yang menjadi mas kahwin pernikahannya adalah jenis blue rim.
Kata Indri, sepasang ikan laga itu berharga 2.2 juta rupiah (RM627) dan menjadi kesayangan suaminya yang hobi memelihara ikan jenis itu.
Ketika ditemu bual, Rizki Muhammad berkata, ikan laga itu menjadi kesayangannya.
“Sayang aku kepada ikan laga itu seperti kasihnya aku kepada orang tersayang,” katanya.
MW: Tidak kisahlah apa jua bentuk mas kahwin yang ingin pengantin lelaki berikan pada pengantin perempuan, paling penting adalah keikhlasan. Sebenarnya kehidupan selepas mendirikan rumah tangga adalah lebih penting, bukan soal mas kahwin sahaja. Betul tak?
Sumber: myMetro / Media Permata
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita