Seorang anak yang baik, dia akan terus berbakti kepada kedua orang tuanya. Pemuda ini, rajin kerja, dengan melakukan beberapa pekerjaan walaupun di hujung minggu.
Perkongsian kisah anak sulung ini oleh Pe Chey menjentik hati ramai orang. Dari kecil sudah terbiasa hidup berdikari. Merantau jauh ke negeri orang mencari rezeki yang halal.
Malah, separuh dari pendapatannya diberikan kepada ibu dan adik-adik di kampung yang menumpang tinggal dengan atuknya. Kegigihan pemuda ini boleh menjadi contoh untuk diteladani.
Terserempak Dengan Pemuda Sedang Mengumpul Sampah
Tadi aku pergi isi minyak kereta. Elok keluar lepas ambik baki duit ( aku tak pandai guna kaedah Settle ), ternampak adik ni tengah kumpul sampah.
Aku perati muka dia, budak kita. Aku tegur.
” Sampah dari tong mana ni dik?”
” Sampah dari tong barisan ni bang.”
” Banyak jugak ya.”
” Aah bang.”
Bila dia berabang, terasa aku muda kembali. Perasan.
Teruslah aku tanya dia macam macam.
” Kau duduk mana ni dik?”
“ Seksyen 2* bang.”
” Duduk dengan family?’
” Bukan bang. Duduk menyewa dengan kawan kawan.”
Wah, macam ada benda lagi nak ditanya ni.
” Kampung mana dik?”
” Selatan Semenanjung bang.”
Jauh dalam hati, kenapa jauh sangat datang sini kerja sini ni. Start tulah terungkai kisah adik ni.
Ads
Payah Nak Jumpa Anak Muda Rajin Kerja, Ingat Keluarga
Dia 4 beradik. Dia anak sulung. Ayah dah tak ada. Meninggal. Mak kerja kilang.
Dia ada kerja tetap tapi Ahad, dia kerja partime kat stesyen minyak ni. 8 pagi sampai 8 malam. Dapatlah tambah tambah dia kata.
Dia jenis dari kecik dah biasa carik duit sendiri. Dari darjah 6 dah pandai amik upah kerja kampung. Masa sekolah menengah, dapat beli motor 2nd hand pakai duit yang dia simpan.
Motor tulah dia pakai sampai sekarang.
Ayah meninggal sebab sakit jadi dialah harapan. Duit gaji, lepas bayar apa patut, separuh dia hantar kampung. Allahhuakbar. Payah dah jumpa budak gini sekarang. Rajin kerja, ingat keluarga.
Dia sempat sambung belajar. Habis. Masa belajar dulu pun dia dah kerja sini. Bayangkan, habis kelas, dia datang kerja. Hari hari kerja. MasyaAllah.
Masa praktikal, PKP. Azab duduk jauh. Pandai pandailah nak hidup katanya tadi.
” Masa kau datang sini nak belajar dulu, kau datang sorangkan? Ayah tak hantarkan?”
” Ya bang. Saya datang sorang. Pandai pandai nak hidup. Tak tau saya tanya. Jenuh jugaklah dulu. Macam jakun pun ada.”
Allahhuakbar. Budak macam ni aku suka. Suka sebab dia ada jati diri. Kuat jati diri dia. Tak suka nyusahkan mak ayah. Rajin kerja, pandai cari duit, tak lupa pada mak dan adik kat kampung.
Ads
Ada satu part buat aku terkedu tadi bila dengar.
” Saya jarang balik kampung bang. Setahun sekali. Saya kumpul cuti tahunan, baru saya balik. Dapatlah seminggu kat kampung.”
Dia bukan tak nak balik. Dia cari duit. Dia gigih kerja. Ada duit dia simpan. Dia takde masa nak lepak huha huha. Dia takde awek. Awek mana nak budak gini. Tapi budak ginilah bagus buat laki.
” Baliklah sesekali kalau boleh. Jangan tinggalkan mak tu lama sangat. Kesian mak dengan adik adik. Buat apa pun, kau kena ingat. Dulukan mak. Jangan lupakan mak dengan adik adik tu. Kau takde siapa kecuali diaorang sekarang.”
Rupanya mak dan adiknya duduk menumpang rumah atuk. Aku makin terdiam. Budak ni memang kuat. Kuat segalanya. Aku tabik dalam hati.
Ads
Sebelum aku gerak balik, aku hulur sikit duit minyak motor dengan duit makan. Dia menolak. Tak payah katanya.
Aku kata,
” Abang bagi bukan sebab kesian. Abang bagi sebab abang kagum kau rajin. Susah dah nak jumpa budak macam kau dik. Kerja elelok. Kau pandai dah buat keputusan. Tak payah abang nasihat banyak sebab abang tau kau pandai bawa diri.”
” Terima kasih banyak bang. Terkejut saya jumpa orang macam abang hari ni. Jarang jumpa boleh sembang lama, lepas tu hulur gini.”
” Abang pun dulu baya kau susah dik. Abang pernah merantau, abang pernah takde duit makan. Abang faham sangat situasinya macam mana.”
Dia angguk. Dia senyum. Senyum terima kasih.
Doakan Pemuda Rajin Kerja Ini
Sebelum balik, aku minta izin dia nak amik gambar. Aku minta izin juga nak tuliskan kisah dia. Aku doakan dia berjaya satu hati nanti.
Dia izinkan. Dia sengih sebab aku kata aku nak tuliskan pasal dia. Dia tak kenal aku siapa. Aku tak bagitahu dia aku kerja apa, apa aku buat selalu.
Kalau viral kisah ni, jangan dikecam adik ni. Doakan dia. Kalau nak hulurkan sesuatu ( bayarkan sewa rumah ke atau berikan duit pada maknya ), tu bagus. Jangan je kita nak bantai, kutuk,kecam, persoal orang lain.
Mentang mentang duduk rumah teres, ada kereta Honda hutang 9 tahun, kita dah mula belagak.
Lain kasut, lain tapaknya. Aku balun je ni. Betul ke tak perumpamaan ni entah.
#NfI
Sebelum mengakhiri Mingguan Wanita Talkshow hari ini, pengacara dan pelako, Siti Elizad Mohamad Sharifuddin berkongsi hasrat hati, mohon para penonton rancangan bual bicara kewanitaan ini mendoakan dirinya agar memperolehi zuriat.
“Tolong doakan saya sekurang-kurangnya mendapat satu zuriat,” luah Siti Elizad, 36 sebak dengan air mata yang tertahan. Maklumnya lagi, esok dia akan menjalani prosedur rawatan kesuburan In Vitro Fertilisation (IVF), iaitu yang memberi peluang pada suami dan isteri memperoleh cahayamata.
Sebelum ini, Siti Elizad pernah menjalani pembedahan membuang ovari sebelah kiri.
“Saya pernah buat pembedahan sista dua kali. Pernah juga menjalani pembedahan membuang ovari sebelah kiri dan sekarang ada sebelah saja.”
“Sebab itu tahun ini kalau boleh nak sangat mengandung dan berdoa Allah makbulkan doa saya. Keturunan keluarga saya semua kanser. Jadi, setiap kali sakit di bahagian pangkal rahim saya risau.”
Akuinya, sambil memaklumkan akan melakukan rawatan IVF dalam tahun ini juga.
Dapat Seorang Pun Satu Rahmat – Siti Elizad
Maklum Siti Elizad lagi, sista yang ada dalam badannya jenis yang aktif. “Sebelum doktor buang lagi sebelah, saya berharap Allah bagi saya seorang cahaya mata.”
“Dapat seorang pun ia satu rahmat buat saya.” luahnya pula dalam program Curhat yang ditayangkan di saluran Astro Prima tak lama dulu.
Siti Elizad tidak pernah berputus asa untuk mencuba memperoleh cahayamata selepas lima tahun berkahwin dengan suami, Shamsul Baharin Rahman.
Dirinya, seakan sudah lall dengan persoalan anak. “Kadang bukan keluarga atau pasangan, tapi apabila orang sekeliling dan netizen cakap saya tak berdia dan beria dalam soal ini, saya sedih.”
“Saya tak pernah tunjuk sebab saya jenis ‘happy go lucky.’. Apabila orang membandingkan suami saya yang sudah ada dua anak daripada perkahwinan sebelum ini dan saya tak ada zuriat, tentu saya sedih.”
.
Apabila orang sering bertanya akan persoalan anak, dia sendiri tiada jawapan. Kerana dia bukannya tuhan untuk menentukan segalanya. Cuma harapannya, tuhan memberikan dia anak, sekurang-kurangnya seorang cahaya mata.
“Saya bukan wanita sempurna. Walaupun dari segi luaran dia nampak saya seorang yang ceria, tapi andai kata saya tak mampu berikan dia zuriat, saya minta maaf.”
Siti Elizad juga memaklumkan yang hari ini merupakan hari terakhir untuknya mengacarakan rancangan bual bicaran Mingguan Wanita Talkshow untuk musim ini. Dan tempatnya akan digantikan dengan hos yang lain.
MW : Semoga Siti Elizad dikurniakan cahayamata yang begitu dirindukan selama ini.
Bersyukurlah di Malaysia ini, walau sedang berdepan pandemik Covid-19, kerajaan cepat bertindak mengekang virus, keluarkan arahan PKP malah beri pula bantuan prihatin kepada rakyat.
Rakyat Malaysia ini, Khayla Noreen menetap di Dublin, Ireland bersama suami dan anaknya. Di tempat tinggalnya perintah Restriction Movement Order (RMO) sudah pun dilaksanakan.
“Alhamdulillah, masih boleh keluar. Di sini masih longgar peraturan dia. Masih ramai yang keluar berjalan untuk ambil angin.”
Bagi Khayla sendiri langkah berjaga-jaga itu amat penting. Jadi bila keluar rumah, dia pakai pelindung mulut kerana bekalan topeng muka dah kehabisan.
“Kena creative sebab bekalan mask kehabisan.”
Masih Ada Yang Keluar Rumah
30 Mac lalu, Khayla berkongsi di Ireland jumlah kes mencecah 2617 termasuk 200 kes baru, dan 46 kematian.
“Kalau ikutkan 3 minggu lepas tak sampai 5 kes pun kat sini. Tapi makin hari makin tinggi peningkatannya. Diikutkan keadaan kat sini RMO lebih awal. Sekolah, kolej, university dah mula tutup dari 13hb tapi bisnes mula banyak tutup dari 16hb.
Cuma orang kat sini tak ambil pengajaran dari Italu sebab diorang still keluar macam biasa, walaupun bila diarah tutup sekolah. Diaorang pun dah panic buying. Bertroli-troli masing-masing borong.
Tu kecoh sampai toilet paper pun out of stock. Ingatkan diaorang nak duduk diam-diam dalam rumah. Tapi lain pulak jadinya.”
Orang Malaysia Lebih Berhati-hati, Pakai Mask, Glove
Katanya lagi, rakyat di sana masih bersantai di taman, pantai malah keluar sambil makan aiskrim. “Jauh beza dengan dekat Malaysia yang majoriti memang ikut arahan.
“Orang Malaysia lagi berhati-hati, siap pakai mask, glove semua. Tapi kat sini, kita orang-orang Malaysia yang buat macam tu jadi macam pelik dan dipandang sinis pula.”
Apabila keadaan dah agak kritikal baru kerajaan bertindak lebih tegas. “Tu pun tak restriced sepenuhnya. Sebab memang masih ada yang nak keluar bawa anjing jalan-jalan, nak buat physical exercise dan tak nak kemurungan.
So kitorg yang memang tak ada pilihan, tak nak ikut cara diorang biar pun makan apa ada je.. Cuma dekat kawasan ni tak ada halal butcher, dapatlah bekalan isi ayam sahaja. Tak apa janji kenyang & bersyukur rezeki Allah yang bagi.
Just nak share betapa beruntung orang dekat Malaysia.. Jadi sama-sama masing-masing kite jalankan tanggungjawab bersama. Stay home, save lives. InshaAllah.. Aaminn”
Tarik diri dari Muafakat Nasional. Terbaru Ummi Nazeera menerusi akaun Instagramnya mengumumkan penarikan diri dari Muafakat Nasional iaitu sebuah badan bukan kerajaan (NGO).
Langkah Ummi itu disokong oleh para netizen, malah menerusi ruangan komen salah seorang pengikutnya menyatakan kesyukuran.
“Alhamdulillah, kami suka umi sebagai pelakon, jangan campur bidang lain, tambahan politik…… merosakkan karier. Anda aktres yg bijak” aishahmatakat
Tarik Diri Dari Muafakat Nasional
Ummi seperti mana dipetik menerusi akaun Instagramnya juga berterima kasih atas kesudian Muafakat Nasional melantik dirinya dan mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka sebagai sebuah NGO.
“Setelah mengambil kira kegusaran dari peminat-peminat Ummi yang disayangi serta dari pihak-pihak berkepentingan, saya Ummi Nazeera mengambil keputusan untuk menarik diri dari Muafakat Nasional, sebuah badan bukan kerajaan (NGO).
“Ummi akan terus fokus berkarya dalam industri seni dan juga fokus kepada keluarga Ummi.
“Terima kasih atas kesudian Muafakat Nasional melantik Ummi dan selamat maju jaya kepada mereka sebagai sebuah NGO.
“Terima kasih atas sokongan dan keprihatinan semua,” kongsi Ummi.
Sebelum ini pada 15 Disember lalu, Presiden Muafat Nasional, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan Ummi bersama Jamal dan Datuk Seri Eizlan Yusof adalah antara 30 individu yang dilantik sebagai Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN).
Mereka yang dilantik terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti profesional, ahli akademik, pempengaruh serta melangkaui parti politik yang akan membantunya menggerakkan pertubuhan NGO berkenaan.
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...