‘Separa koma, lumpuh lepas kemalangan.’ Sedih dari mengandung hingga beranak suami masih terlantar sehingga pasangan ini tidak merasai nikmatnya menyambut zuriat pertama.
Sebagai isteri, tentu saja wanita ini sepertimana orang lain inginkan suami sentiasa di sisi sepanjang mengandung dan melahirkan anak. Namun takdir Allah mengatasi segalanya.
Separa Koma
Wanita muda ini tidak sempat berkongsi berita kehamilan dengan suaminya apabila insan tercinta itu ditimpa kecelakaan ketika bekerja yang menyebabkannya separa koma dan lumpuh.
Kini, bayi dikandung Siti Nor Shafika Salmizi, 21, sudah selamat dilahirkan dan berusia 47 hari, tetapi keadaan Mohamad Rosdi Shafei, 27 masih sama, bahkan mereka terlepas peluang merai kegembiraan menyambut zuriat pertama.
Mohamad Rosdi jatuh bangunan berketinggian 12 meter pada Jun tahun lalu, ketika menjalankan kerja membaiki bumbung sebuah kilang di Pengkalan Chepa di sini.
Menurut Siti Nor Shafika, suaminya dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian kerana parah pada anggota badan dan bahagian otak.
Ads
Sedih Dari Mengandung
“Ketika menguruskannya, saya tidak sedar saya sudah hamil sebulan, memandangkan sebelum ini dua kali saya gugur, jadi saya tidak begitu ambil berat.
“Apabila usia kandungan cecah tiga bulan, kegembiraan itu sukar untuk saya nikmati seperti pasangan lain kerana suami terlantar lumpuh dan separa sedar.
“Begitupun saya tetap mengurus suami tanpa lelah hingga hari nak beranak, tugas itu saya serahkan kepada mentua kerana saya pula berpantang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Lubuk Pukol, Kota Bahru, Kelantan.
Siti Nor Shafika berkata, tanggungjawab menjaga suaminya diambil alih selepas dia selesai berpantang dan dia juga sentiasa meletakkan anak dinamakan Mohammad Raihan di sisi Mohamad Rosdi dengan harapan lelaki itu memberi reaksi.
“Adakalanya dia kedipkan mata seolah beri reaksi positif,” katanya yang memberitahu keluarganya hilang punca pendapatan utama selepas suaminya hilang upaya kekal.
Suami Masih Terlantar
Terdahulu, keluarga itu menerima kunjungan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri, Datuk Mumtaz Md Nawi dan rombongan Skuad Prihatin Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan diketuai Pengarahnya, Nora Yaacob.
Ads
Nora berkata, pihaknya menyerahkan bayaran pertama Faedah Hilang Upaya Kekal kepada waris mangsa berjumlah RM56,176.10 dan jumlah seterusnya akan dibayar secara bulanan sebanyak RM1,194.50.
Katanya, Mohamad Rosdi yang bekerja sebagai pembantu am di syarikat kontraktor turut layak menerima Elauan Layanan Sentiasa yang akan dibayar kepada penjaga.
Mingguan Wanita: Semoga Siti Nor Shafika terus kuat dan sabar menjaga suami dan anaknya.
Tidak kisah sama ada hadiah harijadi atau ulangtahun perkahwinan, sebenarnya para isteri boleh cuba bagi kelainan surprise pada suami lain sikit tahun ni. Kadang kala buntu untuk memberikan hadiah atau membuat suprise untuk suami kan. Jika selalu rutin setiap kali menyambut hari istimewa ini dengan makan-makan dan beri hadiah sahaja, sebenarnya para isteri boleh tukar sedikit jenis hadiah yang diberikan dan olah cara pemberian hadiah tersebut. Ia pasti membuatkan suami tersenyum gembira dan bahagia serta menguatkan lagi ikatan kasih sayang antara suami isteri.
Cuba idea ini.
1. Aksesori Kereta
Nak bagi hadiah pada suami biarlah ikut perkara yang dia minat atau suka.Khasnya untuk suami-suami yang jenis suka make-up kereta. Kalau bajet banyak, isteri bolehlah belanja suami dengan aksesori kereta seperti sport-rim kereta, spoiler, set audio dan sebagainya. Gerenti suami tersenyum bahagia dengan hadiah ini.
2.Tiket Konsert/ Perlawanan Bola Eksklusif
Jika suami jenis suka muzik, tak salah belanja dia tiket ke konsert band kegemarannya. Sejak berkahwin dan ada anak, mungkin dia selalu sibuk mencari nafkah untuk keluarga. Sesekali layanlah dia tengok konsert. Begitu juga, jika suami kaki bola. Isteri yang sporting dengan minat suami, boleh belikan tiket perlawanan bola sepak yang eksklusif seperti menonton di tempat duduk VIP.
3. Pakej Percutian
Kalau suami jenis yang suka berjalan-jalan, bolehlah sponsor percutian dengan suami. Jika selalu suami je yang bawa berjalan, keluarkan duit. Sesekali, sempena birthday atau anniversary ni, isteri pula yang belanja suami. Pasti suami gembira. Jika ada bajet lebih, boleh lah ke luar negara, namun jika bercuti dalam negara pun dah memadai. Dah buat suami rasa dihargai.
4. Upah Team Buat Kejutan
Banyak je sebenarnya, team yang menawarkan servis buat kejutan sempena birthday atau anniversary ni. Team ini menawarkan set up birthday surprise di rumah atau lokasi yang dinginkan. Biasanya lengkap dengan kek, belon-belon, bunga dan sebagainya. Bergantung kepada permintaan yang diinginkan.
5. Hantar Bunga/ Hadiah Di Pejabat Suami
Kejutan ini memang sweet.Tak salah lelaki dapat bunga. Bagi isteri yang inginkan kelainan apa kata sesekali, tempah bunga dan beli hadiah secara online, dan buat penghantaran ke alamat pejabat suami. Suami pasti terharu dan rasa lebih dihargai. Jangan anggap beri bunga dianggap membazir, sebenarnya nilai penghargaan dan momen rasa bahagia tatkala menerima bunga daripada insan yang tersayang itulah detik yang paling ‘mahal’.
6. Gajet
Kebanyakkan lelaki memang suka gajet. Kalau rasa diri berkemampuan, tak salah belikan tab, iPad atau handphone baru. Bagi suami-suami yang gila bergambar, boleh hadiahkan mereka barangan fotografi seperti kamera dan perkakasan GoPro dan sebagainya.
7.Masakan Kegemaran & Kad Ucapan
Bagi isteri yang tak punya bajet lebih, sediakan masakan yang penuh dengan kasih-sayang dan buat sekali kad ucapan serta doa buat suami, pun dah cukup sebenarnya.Bak kata Mat Saleh, it’s the thoughts that count.
Jadi para isteri boleh lah tiru antara idea ini iya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bila bercakap tentang pemusnah rumahtangga, tentulah kita melihat pada hadirnya orang ketiga yang ganggu suami orang atau isteri orang. Mereka mula main peranan agar rumahtangga yang dibina selama ini runtuh dan bercerai berai.
Baik lelaki mahu pun perempuan jangan mula nak terjebak atau sekadar suka-suka. Bila dah jadi suami orang, binalah kebahagian hingga ke akhir hayat. Daripada suka-suka inilah boleh jadi akan wujud perasaan ‘lain macam’.
Bagi perempuan pula, tak perlulah nak kejar suami orang. Perempuan yang baik tidak akan kacau rumahtangga orang lain. Janganlah jadi pemusnah rumahtangga orang lain seperti yang dikongsikan oleh Rohana Saad ini.
Kurang manis menghubungi rakan lain jantina yang telah berkahwin untuk perkara yang tak penting. Tak payah saja-saja nak call kalau setakat nak berbual perkara remeh.
Hormati perasaan pasangannya, walaupun kau takde niat apa-apa jangan lupa syaitan sentiasa mencari ruang menjolok rasa. Masjid yang telah siap terbina, janganlah di goncangkan.
Hendaknya kita sesama Islam saling melindungi dan menjaga di antara satu sama lain, bukan memusnahkan dan membuat kerosakan sesama sendiri.
Wahai perempuan, jangan suka ganggu suami orang. Andai kata terjebak perasaan dengan pasangan orang lain, dan dia seolah memberi harapan. Berhenti sejenak dan fikirlah apa kesudahannya?.
Wahai lelaki.. jika ada perempuan menghampirimu di saat kau sudah beristeri, sungguh dia bukanlah seorang perempuan yang baik. Perempuan yang baik, dia tidak akan kacau rumahtangga orang. Sedarlah wahai para suami.
Seksyen 34: Menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan. Mana-mana orang yang menghasut, memaksa atau memujuk mana-mana suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan atau tanggungjawabnya kepada isteri atau suami atau keluarganya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Jadi, aware of this matters..nasihatkan la mana-mana pihak yang terjebak dalam perkara ini untuk berhenti kacau ganggu rumahtangga orang lain.. ingatlah!! Tiada kebahagiaan akan muncul selepas meragut kebahagiaan orang lain.
Hidup Ada Imbal Balik Nanti
Jangan ganggu suami orang, jika tak ingin suamimu diganggu nanti dan jangan ganggu isteri orang jika tak mahu isterimu diganggu orang lain.
Hidup adalah imbal balik dari perbuatanmu sendiri. Jangan ganggu rumahtangga orang dan jangan galakkan perceraian orang. Kita hidup ada keturunan, esok lusa kena kat anak ke, anak sedara sendiri ke, nanti baru kau tahu, nak pulak berderet anak kau tu perempuan.
Kifarah tu ada!. Elak menyakiti orang kalau tak suka dilukai. Jangan jadi pemusnah rumahtangga orang lain. Ingat, baik buruk sikap kita ALLAH bayar cash!.
Mingguan Wanita: Jangan ganggu suami orang sebab suami itu dijaga isterinya.
Di sebalik kelahiran anak bongsu pelakon, Abby Abadi dan suaminya, Jai Ezzany yang digelar Baby Danial ini, rupanya ibu ini melalui detik cemas bertarung nyawa antara hidup dan mati.
Pesanan Abby Abadi untuk suami beberapa detik sebelum masuk dalam dewan bedah.
Pesanan Abby Abadi untuk suami beberapa detik sebelum masuk dalam dewan bedah.
Abby, Emergency Caeser & Baby D
(Part 1 )
Cerita throwback waktu melahirkan Baby Danial
Baby tepat-tepat 24 minggu. Terpaksa keluarkan… sebab pagi Jumaat 27/9 – 2 kul 9 am, saya tumpah darah (video ni hilang kepala sebab nampak tangan kita. Baju hospital pendek)
Ikutkan hari Khamis & berterusan sampai malam Jumaat tu saya minta balik sebab dah 4 malam di ward. Saya sangat tertekan. Tidur wad luar berhari-hari dah buat saya takut (Saya ni pengecut sebenarnya takleh tidur camtu sebab tu mengelak masuk hospital)
1st time masuk hospital kerajaan. Bila masuk rupanya payah nak keluar. Dorang punya jaga pergh!
Kebetulan juga saya baru kenal Dr Yusrina.. bacaan BP pulak huru hara… memang payah betul beliau nak lepaskan saya.
Bayangkan malam ke-5, saya tidur wad biasa, berenam masa tu. Separuh nyawa dah.. saya rasa sebab terpaksa bertahan tidur tepi bilik air. Siang OK tidur sebab senang nak gi bilik air, bila malam..
Masuk Hari Kelima, Tangan Dah Bengkak Kena Cucuk
Tangan saya masuk hari ke-5 tu pun bengkak-bengkak dah dua-dua sebab tak tahan sakit kena pam (sebab nak dapatkan bacaan BP) setiap 15 minit. Pastu bila ok, setiap 30 minit. Sudahnya kembung bengkak. Bukan tangan je bengkak, hatipun dah bengkek masa tu sampai takleh nak dapat bacaan dah malam Jumaat sebelum tumpah darah tu.
Tak lena tidur saya malam tu. Tapi tertidur juga. Subuh terbangun. Solat. Pastu tertidur balik. Tiba-tiba pukul 9 am Doc datang untuk cek, nurse minta urine. Saya pergi toilet, nak tadah urine sekali ada darah darah melimpah. Aduh.. terasa-rasa macam Baby dah takde.
Saya bagitau Doc yang bertugas waktu tu.. sekali dengan Dr Yusrina ada juga pagi tu. Tengah sibuk-sibuk dorang cek, saya sempat whatsapp suami. Bagitau tumpah darah, suruh suami @jaiezzany datang sebab tiba-tiba doc kata kena terus operate.
Abby Abadi menghargai jururawat yang menjaga dirinya dan Baby Danial.
Abby Abadi menghargai jururawat yang menjaga dirinya dan Baby Danial.
Dibedah Secara Mengejut, Uri Dah Terpisah Dari Bayi
Terus saya dibawa turun ke bilik operation. Tak tunggu-tunggu dah sebab uri dah terpisah dari baby Doc kata. Sampai bawah suami tak sampai lagi sebab saya tahu jalan jem pagi tu. Saya dah lama tak nangisss, terrrnangisss sedihhhh.
Macam-macam ada dalam kepala. Paling worst, saya takut saya padam terus sebab doc ada bagitau salah satu risiko bacaan darah tinggi kalau tinggi sangat adalah kalau baby tak meninggal, maknya yang meninggal.
Sempat whatsapp pesan pada suami mcam-macam, suami nangis-nangis dah. Jam 10.15/10.30 am camtu operation bermula.. 10.45 am keluar Baby dah. Saya pukul 1 pm baru dibawa naik ke wad 6B. #bersambung
MW : Bahagia tengok cara Abby Abadi menyantuni dan menghargai petugas hospital di wad 6B yang mengendalikan urusannya melahirkan bayi pramatangnya, Baby Danial. Dan semoga Baby Danial terus sihat membesar. Sama-sama kita nantikan sambungan kisah Abby Abadi dan kelahiran Baby Danial ini ya.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...