Mak juga seorang manusia, adakalanya hatinya juga tersinggung dan terasa dengan sikap anak-anak yang makin membesar. Lumrah seorang ibu sentiasa memaafkan anaknya biar pun hatinya sakit.
Seorang mak kalau berkecil hati dengan anaknya berdosa, jadi dia telan semuanya agar hidup anaknya bahagia di dunia dan akhirat sana. Begitulah seorang mak.
Ikuti perkongsian Puan Farizal Radzali ini dan hadam baik-baik ya anak-anak di luar sana.
Seorang mak tahu kalau dia berkecil hati dengan anak-anaknya, maka anak-anaknya akan berdosa.
Jadi, dia telan semuanya supaya anak-anak tak berdosa.
Jika kita rasa kecil hati dengan mak kita, kita tunjuk, kita protes, kita merajuk sampai mak datang pujuk.
Jangan kata tak pernah, pasti pernah walau sikit. Mak itu walaupun anak tak tunjuk, dia tahu anaknya kecil hati. Soroklah macam mana pun. Sebab dia mak.
Baca Juga Di sini:
Anak Merungut, Mak Ayah Kena Ambil Perhatian Walau Perkara Kecil
Allah Selalu Didik Hati Mak Ayah Melalui Anak. Ajar Si Kecil Cara Berdoa
Untuk info lebih menarik, klik saja di sini.
Kecil hati kita dengan kecil hati mak, siapa lebih banyak?
Pernah tak kita fikir, kalau mak tak fikir perkara di perenggan pertama itu, entahlah berapa kali hancur remuk redam hati mak tu, lebih dari kita.
Dari kecil dijaga sampai sudah beranak pinak, mesti banyak yang mak itu kecil hati. Mesti banyak.
Macam mana pun mak kita, sayangilah dia. Walaupun dia tak sebaik mak orang lain, kasihilah dia.
Jika dia bersalah menjaga anak-anaknya, itu urusan dia dengan Allah SWT. Bukanlah anak-anak yang patut menghukumnya.
MW: Bagaimanapun mak kita, terimalah dan sayangilah dia seadanya kerana dia yang melahirkan serta membesarkan. Kasih sayang mak tanpa Batasan, hargailah selagi mereka masih ada.
Sumber: Puan Farizal Radzali