Kongsi ilmu dengan kawan. Berkat tidak pernah kedekut ilmu untuk sama-sama berjaya dengan kawan. Hasilnya dia memperolehi keputusan yang membanggakan bukan saja buat diri tapi mengharumkan nama Malaysia juga.
Bukan itu saja, pengiktirafan turut diberikan kepada salah satu pelajar tajaan MARA yang JUGA penuntut UiTM Shah Alam dengan memperoleh ‘Top ACCA Prize Winner’ di peringkat kebangsaan dan ketiga di dunia.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Rayyan Dapat ANUGERAH PENGETUA ‘POINTER’ TINGGI, Rita Sebak “Mommy Nak Buktikan Kita Mampu Berjaya”
Pelajar Kelas Belakang Bukan Tiada Masa Depan, Mungkin Berjaya Dari Kelas Depan, Jangan Perlekehkan!
Julea Qiestyna Abu Zar, 19 tahun adalah pelajar perakaunan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah mencipta sejarah mengharumkan nama negara apabila memperoleh markah kedua tertinggi di dunia dalam keputusan peperiksaan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) pada April lalu.
Dia, pelajar ACCA FIA Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Perak itu memperoleh 98 daripada 100 markah yang peruntukkan di dalam peperiksaan tersebut.
.
Dalam perkongsian di Sinar Harian yang sempat menghubunginya, dia turut meluahkan rasa bangga memperoleh markah setinggi itu.
“Saya sendiri tak sangka berjaya mendapat markah sebanyak itu kerana persediaan yang dibuat untuk menghadapi peperiksaan itu sama seperti rakan-rakan yang lain.
“Apa pun memang saya bangga kerana menjadi rakyat Malaysia pertama dan yang kedua di dunia memperoleh markah tinggi seperti itu,” katanya yang merupakan pelajar semester kedua.
Ditanya mengenai petua kejayaan itu, Julea Qiestyna dengan rendah diri memberitahu tidak ada amalan tertentu yang dilakukan sebaliknya menasihati rakan-rakan supaya tekun belajar.
Menurutnya, sebagai seorang pelajar perlu selalu bertanya dengan pensyarah serta berkongsi ilmu dengan rakan-rakan.
.
Dalam pada itu, kejayaan tersebut turut mendapat pujian daripada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad yang mengucapkan tahniah menerusi hantaran di Facebook.
Info:
Julea Qiestyna yang juga pelajar ACCA FIA Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Perak memperoleh markah tertinggi di Malaysia dan kedua tertinggi di dunia bagi kertas peperiksaan Recording Financial Transactions (FA1) pada sesi Mac lepas.
Sementara Danish Zafran yang juga penuntut UiTM Shah Alam memperoleh ‘Top ACCA Prize Winner’ selepas beliau mendapat tempat pertama di peringkat kebangsaan dan ketiga di dunia dalam kertas peperiksaan ‘Performance Management’ juga pada Mac lalu.
.
Mingguan Wanita : Tahniah buat dua pelajar ini. Memang genius betul. Sejuk perut ibunya.
Sumber: Sinar Harian
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita