Senggugut Ketika Bekerja, Sepanyol Tawar ‘Cuti Datang Bulan’ 3 Hari Sebulan!

Share

Senggugut merupakan kesakitan bawag perut atau pelvis yang kerap dialami oleh golongan wanita semasa datang haid. Apabila ia terjadi, memang boleh menganggu kerja-kerja seharian.

Atas sebab ini, berita baik Sepanyol akan menjadi negara Barat pertama yang menawarkan ‘cuti datang bulan’ kepada wanita yang mengalami senggugut ketika bekerja.Ia memperuntukkan cuti tiga hari sebulan bagi wanita yang mengalami masalah itu, lapor portal berita MailOnline.

Langkah tersebut akan dimulakan oleh kerajaan Sepanyol pada minggu hadapan, demikian menurut pengumuman oleh stesen radio Cadena Ser.

Antara negara lain di dunia yang sudah memberikan cuti haid kepada wanita termasuk Jepun, Korea Selatan, Indonesia dan Zambia.

Baca Lagi Di Sini: Fahami 4 Fasa Kitaran Haid & 5 Sebab Kenapa Wanita Kena Konsisten Catat Hari Pertama Datang Bulan

Sekolah Sediakan Tuala Wanita

Di bawah pakej pembaharuan yang ditetapkan untuk diluluskan oleh mesyuarat Kabinet Sepanyol pada Selasa hadapan, sekolah juga dikehendaki menyediakan tuala wanita untuk kanak-kanak perempuan yang memerlukannya.

Setiausaha Negara bagi Kesaksamaan dan Menentang Keganasan Jantina, Angela Rodriguez, mengumumkan langkah untuk menjamin kesihatan haid dan pemulihan kesihatan reproduktif pada 3 Mac lalu termasuk memberi cuti kepada wanita yang keguguran.

“Hak berkaitan dengan kesihatan haid tidak pernah dibincangkan dan datanya mengejutkan.

“Satu daripada empat wanita tidak boleh mendapatkan produk kebersihan yang ingin dibelinya atas sebab-sebab kewangan.

“Disebabkan itu kami cadangkan mereka boleh mendapatkannya secara percuma di pusat pendidikan dan sosial,” kata Rodriguez kepada akhbar El Periodico.

Mesti Baca: Sediakan ‘Period Kit’ Buat Anak Perempuan Bakal Datang Bulan KALI PERTAMA!

Artikel Menarik: PENTING! Wanita Kena Catat Hari Pertama Haid & Jadikan Rutin Setiap Bulan

Mingguan Wanita:Terbaik kerajaan Sepanyol prihatin beri cuti 3 hari khusus pada pekerja wanita yang sakit senggugut setiap bulan. Menarik juga jika di Malaysia jika ada cuti begini.

Sumber: Kosmo

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Hati-hati iya, jangan sampai jauh dari bau syurga.

Published by
Suhaidah Abd Wahab