Sengaja Pakai Pelik Undang Perhatian Orang, Dr Kamilin Nasihat Artis Ancaman “Berpakaian Syuhrah”

Share

Sengaja pakai pelik undang perhatian orang, Dr Kamilin nasihat artis ancaman “berpakaian syuhrah”. Fitrah wanita suka kepada kecantikan. Tidak salah untuk tampil cantik tapi mestilah mengikut syariat ditetapkan agama.

Berpakaian sopan menutup aurat, tidak tampil berbeza dari orang lain kerana Islam mengajar kita bersederhana dan tidak terjerumus kepada kesombongan.

Sengaja Pakai Pelik Undang Perhatian Orang

Menurut Dr Kamilin Jamilin yang juga merupakan pensyarah di Fakulti Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia menjelaskan ancaman berpakaian syuhrah dan kesan diterima di akhirat yang mana azabnya sangat pedih di mana di hari akhirat, Allah akan mengenakan pakaian kehinaan padanya pada hari kiamat, kemudian membakarnya dengan api neraka.

Menurutnya, penampilan pelik di umum adalah dilarang sama sekali oleh islam.

“Kadang  ada artis atau selebriti yang seakan sengaja berpakaian pelik. Walau tak mendedahkan aurat tapi pakaian semacam ini tetap salah. Sebab ia termasuk “libas al syuhrah”, pakaian pelik  yang tersangat mengundang perhatian.

“Sebab apa” Boleh jadi sebab pembaziran, boleh jadi juga sebab Islam nak sangat menjaga umatnya dari sifat riak. Riak ini sifat yang suka menunjuk-nunjuk, nak bagi orang tengok kitakan.

“Riak ini muncul bila masa kita rasa lebih hebat, lebih unik daripada orang lain. Bila kita biasa mengundang perhatian atau tumpuan orang ramai lebih susah untuk kita jaga hati,” katanya dalam satu video dikongsikannya.

Dr Kamilin Nasihat Artis Ancaman “Berpakaian Syuhrah”

Dalam pada itu, Dr Kamilin yang juga Ahli Majlis Fatwa Wilayah Persekutuan dan Perlis termuda memaklumkan, walau kita mengatakan kita tidak riak tapi Islam cuba tegah daripada benda tersebut terjadi.

“Sebab sifat-sifat begitu boleh menghalang kita daripada masuk syurga  dan balasannya di akhirat pun sangat berat.

Dalam hadis riwayat Ahmad dan Abu Dawud, Nabi SAW bersabda:-

bersabda, مَنْ لَبِسَ ثَوْبَ شُهْرَةٍ فِى الدُّنْيَا أَلْبَسَهُ اللَّهُ ثَوْبَ مَذَلَّةٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ثُمَّ أَلْهَبَ فِيهِ نَارًا

“Barangsiapa mengenakan pakaian syuhrah (tampil berbeza) di dunia, nescaya Allah akan mengenakan pakaian kehinaan padanya pada hari kiamat, kemudian membakarnya dengan api neraka.” (HR. Ibnu Majah, no. 2922. Syaikh Al-Albani mengatakan hadis ini hasan).

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Bila Mak Ayah Tiada, Gunalah Pakaiannya, Inilah Pahala Kebaikan Berterusan Selain DOA Anak

Mak Ayah Jangan Amalkan Petua Pelik, Semata-mata Nak Cepat Turunkan Jaundis

Ubat Paling Berkesan Hilangkan Rindu, Jahit Kain Pelikat Arwah Ayah Jadikan Baju

Dalam pada itu, Dr Kamilin menyeru kepada sahabat-sahabat dalam dunia hiburan, artis dan fesyen, jauhilah daripada rekaan-rekaan yang mengundang kepada pakaian syuhrah ini.

“Tak semestinya pakaian itu kena gah atau mewah baru jadi syuhrah. Yang penting jangan bagi nampak pelik sangatlah. Lain daripada orang lain sampai mengundang sensasi atau perhatian disebabkan keanehannya. Kalau kat majlis tu, biasanya orang pakai biasa-biasa, jangan pula datang pakai berlian atas bawah, menyonglap sampai satu dewan tengok  lain macam.

“Islam suka bersederhana dan saya pula sekadar menyampaikan pesanan Nabi kita. Mungkin ramai di luar sana yang tak tahu. Bila dah tahu, boleh berhati-hati,”katanya mengakhiri videonya.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Siang di rumah suami pertama dan malam melayan suami kedua dan kejadian ini berlaku di utara tanahair. Ikuti temubual MW bersama peguam, Shazril Khairy Haji Mustafa yang memviralkan kes wanita bersuami dua ini.

 

 

 

 

 

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros