Mana-mana bilik hotel baik dalam mahupun luar negara sekalipun, akan disediakan barang keperluan untuk pelanggan yang menggunakan perkhidmatan mereka.
Misalnya, selipar, cawan, seterika, penyangkut baju dan sebagainya. Tapi ingat ya! walau suka macam mana pun tak semua barang tu kita boleh bawa balik suka-suka hati tanpa dikenakan charge bayaran.
Ingatan ini disampaikan oleh Yusraa Ksm (Cik Oraen) yang berkongsi tip barangan yang boleh mak ayah bawa pulang dan barang yang kena tinggal setiap kali menggunakan perkhidmatan bilik hotel.
Okay! Jangan sampai tak pasal-pasal dah balik rumah, dapat panggilan hotel kena bayar harga barang yang kita dah terambil sebab tersuka ya.
“Perkongsian ini berentetan dengan kekecohan yang berlaku di media sosial dan berita ‘online’. Ada insiden pelancong yang menginap di hotel ambil barang-barang dari bilik hotel
.“Kiranya bila mereka ‘check out’, angkut sekali dengan barang-barang yang tak sepatutnya. Semestinya jadi kes polis kerana pertuduhan mencuri. Cik Oraen tak nak ‘judge’ mereka, biar polis saja yang tentukan.
“Bagi #traveller kental yang berjiwa mulia, tak ada masalah bagi mereka. Mereka tahu barang apa yang boleh dibawa pulang. Untuk yang baru nak cuba-cuba menginap di hotel, Cik Oraen senaraikan barang apa yang boleh dan tak boleh diambil dari bilik hotel.”
1) Barang-barang ‘complimentary’ seperti air mineral, pek kopi, gula, teh dan seangkatannya.
2) Selipar hotel yang pakai buang (selalunya dalam plastik). Kalau bukan dalam plastik tak boleh dibawa balik ya!
3) Pen/pensil & notpad yang disediakan dalam bilik. Cik Oraen selalu tulis ‘terima kasih & sedikit ucapan kasih sayang’ kepada pihak hotel dan biarkan kat situ. Kalian pun boleh mula buat! Haha.
4) Botol-botol mini mengandungi ‘shampoo’, sabun mandi. Botol besar janganlah kalian rembat, tolonglah. #oversangat
5) Set pek alatan menjahit (travel sewing kit)
1) Minuman dalam peti sejuk: selalunya ini dicaj. KECUALI ada ditulis/ diberitahu segalanya di dalam peti sejuk adalah percuma.
1) Kalau di hotel Jepun, nama baju ni Yukata. Melayu panggil robe, orang putih kata baju tidur.
2) Penyangkut baju/ penyembur wangi.
3) Seterika (iron)/ lampu tidur/ jam/ TV/ remote control TV.
4) Ashtray.
5) Cawan/ piring/ gelas/ kettle/ sudu besi.
6) Peti besi keselamatan. Agak-agaklah weh.
7) Bantal/ sarung bantal/ cadar/ tilam. Amboi nak bawa tilam ni dahsyat. Baik kau beli terus satu bangunan hotel tu.
8. Frame gambar.
9) Selain semua senarai yang boleh.
Kalau rasa berkenan sangat dengan cawan atau robe yang ada #logohotel yang cantik, kalian boleh minta beli yang baru saja dengan pihak hotel.
Akhir sekali, tinggalkan jejak dan memori yang indah kepada diri sendiri dan staf di hotel. Kena ingat kita ni duta kecil negara dan agama walau ke mana pun kita pergi.
‘Tapak kaki’ boleh tinggal, barang-barang kau bawa yang berlambak tak habis tu (makanan), mohon bawa balik ya. Haa, siapa suruh kau bawa berlambak!
Ada yang Cik Oraen tertinggal? Kot boleh tambah di komen.
Sumber/Foto : Yusraa Ksm, – the hotelier dalam mimpi
Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.