Asalkan ada nombor telefon individu yang bakal terima duit kita, sebenarnya sudah boleh buat transfer duit di bank. Tak perlu pun ada nombor akaun individu tu. Dan ianya percuma.
Ikut saja langkah demi langkah yang Bisnes Speaker, Nur Aliah Mohd Norini kongsikan. Cuma dengan menggunakan pemindahan wang, DuitNow dah boleh transfer duit dengan mudah.
Cara Transfer Duit Secara Percuma, Tak Perlu Nombor Akaun Bank
Rupanya masih ramai lagi yang tak tahu ada cara paling mudah nak transfer duit ni iaitu menggunakan #DuitNow!
Sini Lia kongsikan apa itu DuitNow supaya kita semua boleh faham dan boleh mula guna dari sekarang.
DuitNow ni merupakan cara baru untuk membuat bayaran melalui NOMBOR TELEFON.
Proses pemindahan duit ini cepat, selamat dan percuma je.
Ada 44 penyedia perkhidmatan yang kebanyakannya terdiri daripada bank-bank tempatan dan luar negara. Lia yakin dan percaya, pasti kita semua ada salah 1 akaun bank dalam gambar ini kan.
Dan sebanyak 14 bank di Malaysia sokong dengan penggunaan DuitNow ni! Jadi boleh digunakan di pelbagai bank-bank di Malaysia (rujuk pada gambar).
Kerajaan sekarang tengah usaha untuk ke arah ‘cashless’ dengan adanya DuitNow ni. Seperti dompet elektronik, e-wallet, boost.
Ads
Lepas ni tak perlu dah kita tanya nombor akaun bank orang sebab dengan nombor telefon je dah boleh transfer.
Ini Kelebihan DuitNow
+ Boleh transfer bila-bila masa
+ Tak perlu lagi reveal nombor akaun bank
+ Mudah transfer guna nombor telefon
+ Tak ada caj tersembunyi
+ Boleh transfer sehingga 100K untuk personal dan 100 juta untuk bisnes
“Jadi Lia nak kongsikan cara untuk kita transfer guna DuitNow ini di Maybank2u. Boleh lihat gambar-gambar di bawah ya.”
Panduan Transfer Duit Guna DuitNow
Jom mulakan cara untuk transfer guna DuitNow menggunakan Maybank2u. 1. Log masuk ke Perbankan Internet bank anda atau ke aplikasi telefon pintar penyedia perkhidmatan yang terlibat.
2. Click pada Transfer
3. Cari DuitNow di bawah menu ‘Transfer’ (Pemindahan Wang) atau ‘Send Money’ (Hantar Wang).
Ads
4. Click New Transfer
5. Click pada Mobile Number
6. Masukkan nombor telefon penerima dan sahkan butiran pemindahan wang tersebut.
7. Masukkan berapa jumlah yang kita nak transfer.
8. Click pada Continue.
Ads
10. Click Confirm & Transfer.
11. Click Approve
12. Tengok! Wang akan dipindahkan serta-merta ke dalam akaun penerima!
13. Dah berjaya
Ini bukti penerima screenshot dia dah terima duit dari kita RM10.00
Info Tambahan
√ Selain nombor telefon, nombor IC pon boleh guna juga untuk transfer. Tapi Lia tak galakkan guna nombor IC sebab private & confidential.
√ Penerima dapat duit di akaun bank mana? Macam mana nak tahu? Penerima akan dapat dekat bank yang dia register DuitNow. Biasanya CIMB dah tolong register kan.
MW : Haa.. senang sangat kan caranya. Lepas ini tak perlulah gigih nak tunggu nombor akaun baru nak transfer duit. Guna nombor telefon pun dah boleh lepas.
Rupanya rumpai yang tumbuh melata di halaman rumah juga boleh dijadikan ‘ubat’ dalam merawat penyakit. Siapa sangka Pokok Akar Kerak Nasi apabila dijadikan ulam, merupakan petua berkesan Untuk rawat dan ubati sakit Gerd dan Gastrik.
Boleh rujuk perkongsikan petua amalan daripada Syirahimie Azmie ini.
Saya nak share sejenis rumpai yang kebetulan tumbuh di kawasan rumah.Spesis rumput yang tidak berdahan atau berbatang. Kebetulan lepas cucuk, saya alami gerd atau medu atau gastrik.
Ada seorang pakcik bagi tahu pokok ni sesuai untuk penyakit tersebut dan jugak sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami meroyan.
Pokok ni di kampung saya orang panggil rumput kerak nasi. Spesis rumput tapi berbunga-bunga.
Caranya:
Basuh bersih-bersih rumput ni.
Waktu nasi nak masak, suis dah off, bubuh je rumput ni letak dalam 5 hingga 10minit.
Bila dah kecut, keluarkan dan boleh di makan dengan nasi sebagai ulam. Saya dah cuba, berkesan.
Semoga bermanfaat.
Baca Lagi Di Sini:
5 Jenis Ikan Patut Dielakkan Bagi Penderita Ekzema, Gerd & Wanita Berpantang, Penyebab Gatal & ‘Angin’
Petua ELAK Rumput Tumbuh Sampai 8 Bulan, Guna Bahan Di Rumah, Memang Mujarab!
Air Rebusan RUMPUT PENDUL, Berkesan Rawat KUCING Sakit Parvo, Selsema Atau Demam
Mingguan Wanita: Baru tahu khasiat Pokok Akar Kerak Nasi ini apabila dijadikan ulam, boleh rawat sakit gerd, medu atau gastrik. Boleh cuba petua ini nanti.
Semenjak kerajaan membenarkan aktiviti riadah dan rekreasi, ramai yang bertumpu di kawasan pantai, sungai, taman mahupun air terjun untuk berkelah bersama keluarga tersayang. Namun memang risau bila pergi berkhemah atau ‘camping’ di kawasan air terjun mahupun anak sungai.
Bukan apa memandangkan sekarang musim hujan kejadian ‘kepala air’ mungkin boleh berlaku. Sebenarnya kita perlu ambil tahu dan kenalpasti ada 3 jenis ‘kepala air’ bagi mengelakkan tragedi meragut nyawa dan kejadian yang tidak diingini terjadi. Sekaligus lebih berhati-hati dengan keselamatan diri dan memilih lokasi perkelahan.
Baca perkongsian bagi mengenalpasti ‘Kepala Air’ daripada Iqbal Halim ini sebagai panduan.
Ramai yang risau nak camping di kawasan air terjun kerana takut dengan kejadian kepala air terutama kaum perempuan la.Jadi kat sini nak share sikit ilmu tak seberapa ni.Saya pernah merasai pengalaman ini sendiri sewaktu berkelah di Batu Hampar, Yan.
Kepala air terbahagi kepada 3 jenis.
1.Kepala Air Yang Boleh Dijangka
Contoh sewaktu kita camping, kawasan situ tengah hujan lebat.Sewaktu tu arus sungai kita boleh nampak lebih deras daripada biasa.Jadi waktu macam ni tak payah la pi mandi kat sungai, mandi air hujan jek sudah le.
2.Kepala Air Yang Ada Tanda
Kadang-kadang kawasan kita camping tak hujan pun, cerah saja tapi sebenarnya di kawasan atas bukit atau gunung tengah hujan lebat. Antara tanda-tanda nak jadi kepala air macam ni:
a-Akan datang buih putih.
b-Selepas buih datang daun-daun pokok.
c-Kemudian datang ranting kayu
d-Lepas tu air jadi amat keruh
e-Akhirnya baru datang kepala air bersama dahan pokok mati dan sampah.
Pengalaman ini saya rasai di Batu Hampar Yan. Kami baru saja turun untuk mandi, kemudian datang tanda-tanda kat atas. Ada adik yang baru sekolah menengah tak mau naik pasal baru saja turun.Tak puas mandi la katakan, lepas kena marah kaw-kaw baru terhegeh-hegeh nak naik. Sekali datang kepala air baru dia pucat lesi. Kalau dia tak dengar cakap kompom mati pasal dia bukan tahu berenang pun.
3.Kepala Air Yang Tidak Dijangka
Benda ni jadi bila ada tanah runtuh yang menutup laluan air sehingga terjadi empangan sementara. Air mula bertakung dan akhirnya bila empangan pecah terus datang kepala air yang turun dengan laju dan secara tiba-tiba. Tapi benda ni jarang sangat nak jadi.
Mingguan Wanita: Begini rupanya cara untuk kenalpasti ‘Kepala Air’. Jadi jika ada perancangan untuk pergi berkelah atau berkhemah di air terjun mahupun anak sungai, lebih berhati-hati dengan keselamatan diri dengan perhatikan tanda-tanda ini iya. Semoga dapat mengelakkan dari berlakunya tragedi yang tidak diingini.
Pengalaman berdepan dengan banjir, siapkan barang keperluan penting ini sebagai persediaan bencana di masa depan. Mungkin tip yang dikongsikan ini dapat memberi panduan kepada mereka yang kerap menghadapi banjir.
Bencana alam seperti ini sukar mak ayah jangkakan. Oleh itu buat persediaan agar suatu nanti jika terlibat dengan banjir, mak ayah lebih bersedia untuk menghadapi dan tahu apa yang perlu dilakukan dahulu.
Ikuti pengalaman mangsa banjir, Baharin Abd Hamid ini dan fahami apa yang cuba disampaikan:
Pengalaman Berdepan Dengan Banjir
Assalammualaikum.
Alhamdulillah, kami sekeluarga sudah selamat keluar (saya, Piena Baharin, anak dua orang dan ayah saya). Pengalaman yang sangat dahsyat kalau hendak dibandingkan dengan banjir yang berlaku pada tahun 1995.
Ya, Seksyen 25 (Shah Alam) bukan pertama kali hadapi banjir. Tahun ini saja sudah tiga kali termasuk kejadian kali ini. Tetapi kali ke-3 ini adalah yang paling buruk sebab ramai terkandas dekat rumah.
Asalnya ingatkan air sekadar naik sekitar buku lali atau paras lutut. Rupanya hingga ke paras siling. Syukur sebelum air naik, ayah dan anak lelaki dapat datang ke rumah untuk bermalam di sini. Mereka tumpang 4×4 jiran dan jalan ke rumah kami. Waktu itu hampir 7petang dan air mula melepasi pinggang.
Mana yang rumahnya satu tingkat, harap bertabah. Selamatkan benda penting seperti makanan ringan, kad pengenalan, kad bank dan pelitup muka. Saya sendiri terlupa nak selamatkan facemask semua sebab dah kelam kabut selamatkan barang-barang termasuklah keperluan makanan.
Siapkan Barang Keperluan
Kadang-kadang beli barang lebih untuk storage ada kelebihannya jika berlaku bencana seperti sekarang. Boleh share dengan jiran-jiran juga.
Kebetulan saya ada camping stove, jadi saya selamatkan beras, maggi, teh, telur dan beberapa barang basah serta peralatan memasak. Syukur sangat-sangat sebab ada camping stove ni. Boleh masak jika perlu.
Jadi saya sarankan anda beli satu camping stove untuk simpanan, gas dia pun tak mahal sangat. 1 tin harganya dalam RM4 hingga 5 saja. Just in case. Tak lupa juga torch light. Saya gunakan jenis yang basikal pakai, kecil, kalis air dan bateri tahan lama(USB charge). Dapatlah suluh apa yang patut ketika hari makin gelap.
Air memasuki tingkat bawah rumah.
Penting Ini Sebagai Persediaan Bencana
Harta benda kami semua habis ditelan banjir, kereta, motor, barang-barang rumah. Allahuakbar! Sebak kami memikirkan bagaimana dengan hari-hari mendatang. Tak apalah, Allah lebih mengetahui. Yang penting kami harus terus bertahan sebelum bantuan tiba.
Malam pertama banjir, kami makan apa yang ada, ramai yang bertanyakan khabar tapi tak dapat nak reply sebab line tak berapa clear. Tambahan pula bateri tinggal sekitar 50 peratus, 30 peratus. Power bank pun tak berapa ada bateri. Mujur ada laptop, jadi bolehlah cas sikit.
Waktu kecemasan macam ini saya gunakan mode ultra battery saver. Jika bateri tinggal 30% boleh tahan hingga 29 jam. Mode ni akan aktifkan aplikasi yang penting je seperti Whatsapp, Call dan Messenger. Fungsi-fungsi lain dia akan hentikan termasuklah ringtone dan wallpaper. Sesuai untuk waktu kecemasan seperti sekarang.
Waktu ni, tiada bot yang lalu. Mungkin mereka baru dalam perjalanan, jalan pula banyak tutup akibat banjir. Jadi bantuan sampai lambat. Tambahan pula banyak tempat-tempat lain di Klang, Shah Alam yang perlukan bantuan juga. Sekitar pagi jam 7pagi pada 19 haribulan barulah ada kelibat 3, 4 bot lalu lalang. Ada yang jerit meminta tolong termasuk uncle sebelah yang ada baby. Uncle tu pun tak berapa sihat sebab dialisis.
Bot yang lalu semua saiz kecil (mungkin persendirian) jadi tak boleh tolong dan risikokan diri. Mereka suruh bertahan dan akan sampaikan mesej pada bot-bot yang lebih besar.
.
Jam 10 pagi, banjir masih tinggi. Bot-bot besar sudah mula masuk. Jiran-jiran juga sudah berjaya dikeluarkan dalam tempoh 2 hingga 3 jam. Matahari pun dah mula keluar. Bot-bot bawa bantuan makanan pun sudah masuk, mereka bawa roti.
Helikopter juga kelihatan berlegar-legar memantau situasi. Air paip di rumah masih ada. Toilet tingkat atas masih boleh diguna. Ketika ni adik saya Aminah Asykin Abd Hamid dan keluarga on the way pulang dari Melaka bersama ibu saya. Jadi kami rancang untuk keluar dan tumpang rumah mereka. Bertemu di atas highway kesas.
DiSelamatkan
Kami diselamatkan sekitar jam 5 petang oleh kawan wife. Terima kasih sangat-sangat buat Abang Sab dan kawan dia. Dayung jauh-jauh hingga ke rumah kami. Bawa 2 bot pelampung. Jadi kami semua dapat keluar dalam 1 trip. Kami di bawa ke darat. Ramai orang di situ memberi bantuan kepada mangsa, tarik bot ke darat, tolong angkat beg, tolong warga emas dan memberi makanan.
Selamat mendarat, kami di bawa ke PPS (Pusat Pemindahan Sementara) Dewan SJK berhampiran. Tapi kami memohon untuk dihantar seberapa hampir dengan highway kesas. Dan kami diturunkan berhampiran lot kedai persiaran kemuning prima. Sesampainya di situ, adik kata tak dapat nak masuk sebab jalan banjir.
Laluan yang boleh diakses adalah highway LKSA. Bermakna kami terpaksa patah balik. Jam sudah menunjukkan waktu 6 petang. Hari mula gelap. Si kecil sudah mula sedih sebab takut tak ada tempat nak bermalam. Oh anak… lemah jiwa baba melihat kamu begitu. Insyallah, baba akan usaha sehabis baik untuk kamu.
Bantuan bot tiba.
Berpatah Balik
Perancangan baru. Kami harus berpatah balik ke PPS. Kerana ianya berhampiran dengan LKSA. Dengan harapan banjir sekitar persimpangan menuju ke LKSA surut agar kami boleh melintas ke situ. Kalau tak, kami akan minta bantuan bot. Patah balik kami jalan sedikit mencari area yang lebih luas untuk tahan kereta meminta tumpang. Ini kerana jalan sesak dengan kenderaan bantuan dan macam-macam.
Alhamdulillah ada satu hilux hantar bantuan menumpangkan kami. Terima kasih pada adik-adik India yang sudi bantu. Sesampai di PPS, keadaannya gelap kerana elektrik telah ditutup sejak senja hari Sabtu. Kelihatan banyak bantuan makanan dan minuman yang sampai.
Kami meneruskan perjalanan untuk melihat keadaan jalan. Syukur Ya Allah, walaupun masih banjir tapj kami boleh mengharunginya dengan berjalan. Air sekitar buku lali dan lutut. Kami berjalan dalam 70 meter hingga ke susur keluar LKSA ke Seksyen 25.
Hampir Menitis Air Mata
Along! along! Satu suara memekik memanggil saya. Allahuakbar, rupanya adik ipar Adib Razali sudah tunggu di situ. Dengan payung dan juga power bank. Ya Allah rasa nak menitis air mata. Kasihan dekat mereka yang pulang dari melaka dan berjam-jam menunggu kami untuk keluar. Masing-masing menunjukkan rasa lega, ada senyuman terukir di wajah si kecil. Alhamdulillah…
Sesampai di kereta, kami disambut oleh ahli keluarga yang lain. Air mata menyambut kami, memikirkan nasib kami dan bersyukur diselamatkan. Rumah ibu juga ditenggelami air. Kebetulan ibu keluar bersama adik ke Melaka. Tinggal ayah dan anak lelaki saya di rumah ibu. Adik lelaki yang satu lagi dalam perjalanan ketika ini.
Adik ipar akan hantar wife, ibu, adik and anak kecil ke kereta adik lelaki dulu. Bertemu di stesen minyak kesas. Kemudian patah balik untuk yang lain. Ketika tunggu giliran, saya nampak banyak bomba dan bot-bot lain sudah sampai.
Bomba datang dari Kuala Kubu Baru dan Johor. Saya share info-info yang mana ada dengan mereka. Harapan agar yang lain juga dapat diselamatkan. Saya dengar ada juga yang jadi korban banjir, innalillah… Moga dipermudahkan urusan SAR.
Akhirnya, kami semua berjaya diselamatkan. Alhamdulillah segala pujian buat ALLAH. Kami menumpang dirumah adik dulu sementara tunggu air surut.
Terima Kasih Atas Bantuan
Kepada ahli keluarga dan kawan-kawan yang hulurkan bantuan doa, bertanya khabar, contact-contact untuk rescue, yang hantar makanan, bantuan bot Abang Sab, yang nak tumpangkan rumah, team-team NGO, ATM, BOMBA dan semua yang terlibat, Terima kasih tak terhingga dari kami. Semoga Allah balas semua jasa anda dengan kebaikkan dan rahmat dari-NYA. Semoga Allah limpah kurniakan anda semua dengan rezeki dan kesihatan serta dipermudahkan segala urusan. Amin Rabbal alamin….
Buat mangsa-mangsa yang seangkatan, semoga diberi kekuatan mengharungi musibah ini. Allah uji sebab Allah sayang, dan juga memberi sedikit peringatan buat kita.
Jangan pernah berhenti berharap dan doa pada-Nya. Insyallah kita mampu harunginya. Akhir kata dari saya, jaga diri, perhatikan sekeliling yang perlukan bantuan dan maklumkan pada petugas-petugas lain. Kita jaga kita.
Mingguan Wanita : Pengalaman ini dapat dijadikan panduan buat mereka yang berdepan dengan musibah ini. Semoga semua mangsa banjir yang terjejas dipermudahkan urusan dan tabah dengan ujian ini.
Selebriti wanita popular, Yana Samsudin rupanya bukanlah berasal dari keluarga senang. Mengimbau kembali perjalanan hidup dari zaman kecil yang penuh kepayahan, ibu kepada tiga...