Rupanya senang sangat nak buat resipi Scones guna 3 bahan je. Malah bila buat sendiri kos pun jimat tak sampai RM10 pun.
Scone ni antara menu klasik cukup popular untuk hidangan minum petang bagi orang di Eropah. Jika pernah ke kafe di tanah tinggi Cameron Highlands banyak dijual scone ni. Rasanya memang cukup sedap dan tak jemu makan.
SCONE 3 BAHAN. Tak payah pi Cameron Highlands dah.Orang Aloq Pongsu (kampung saya) pun boleh makan dah aih..Hebat tak sangga la makan scone oii.Kalau beli seketoi RM4. Buat sendiri bahan tak sampai RM10.
Saya nak share scones cuma menggunakan 3 bahan yang sangat-sangat senang dan mudah.Tapi ini versi tawar sebab kita akan makan dengan Strawberry Jam yang dah manis. So saya tak pakai gula. Lagipun saya sendiri dah manis.
OPTIONAL:
Boleh pakai sedikit esen vanila, sedikit gula castor dan sedikit garam (tapi untuk yang kali ini saya tak pakai).
2 1/2 cawan tepung naik sendiri (Jangan naik tinggi sangat nanti gayat)
1 cawan susu segar sesegar haruman kasturi
130g (lebih kurang 1/2 cawan) butter
*Jangan tiru jenama tu ye mak..sebab saya di Australia. Jenuh pulak nak pusing Tesco nanti.
1.TEKNIK BERDUA LEBIH BAIK.
Saya ayak sikit tepung tu biar dapat tekstur gebu gebas dan kenalkan dengan butter. Gaul-gaulkan berdua tu biar sampai jadi seperti serbuk roti. Seroi kata orang utagha.
2.TEKNIK BILA BERDUA PASTI ADA YANG KETIGA
Bila dah berdua mesti kena tangkap basah.So kita basahkan dengan secawan susu segar. Gaul chill-chill je tak payah uli ye. Sebab depa ni tak bergaduh.
(Masa ni kalau yang suka manis tambah gula sedikit, essen vanilla dan garam. Ini optional saja ya)
3.TEKNIK MERAPATKAN SILATURRAHIM
So kita dah sebatikan bersama penyek-penyek sikit supaya lebih akrab persahabatan. Tiber.
4.TEKNIK BERTENANG DAN BERMUHASABAH
Beri sedikit ruang kepada mereka untuk muhasabah diri masing-masing dalam 10 minit untuk mengenali hati budi.
5.TEKNIK SIAP SEDIA
Lapik baking paper atas dulang pembakar supaya mereka tadi tidak melekat dan berebut kawasan. Kita ingin mencegah mereka dari berselisih faham ya.
(kalau tak ada, sapu saja pakai butter sikit)
6.TEKNIK MENYIAPKAN DIRI
Kita leperkan mereka (tak perlu pakai roller) dan tekup bulat-bulat.Saya pakai acuan kecil konon-konon nak nampak comel.
7.TEKNIK PERHIMPUNAN SEKOLAH
Susun atas dulang pembakar macam beratur dalam perhimpunan di sekolah. Yang tinggi di depan, yang rendah di belakang. Yang lebar dok tengah-tengah. Cover gittew. Macam mak-mak la ambil gambar dok belakang anak.
8.TEKNIK BERDANDAN
Ini juga optional. Saya suka permukaan scone nampak garing. So saya guna telur dan sedikir susu.Kacau sebati jangan sampai berbuih-buih cinta pulak. bukan nak buat teloq sarang burung.
9. TEKNIK MEMANJAKAN DIRI
Lulurkan dengan lemah gemalai permukaan scone dengan berus.Biar sekata seperti mak pakai face masker dengan baju kelawaq tu.
10. TEKNIK WEFIE
Begini hasilnya (ini nak masuk 2nd bake. sebab tu paper tu dah ada kesan. Yang 1st tadi lupa nak snap).
11. TEKNIK SPA
Depend pada oven mak-mak ya. Kalau saya panas spa tu 250degrees dan 15minutes. (sebab saya suka garing. kalau taknak, kurangkan sikit suhu atau masa)
Agak panas tapi cepat masak.
12. TEKNIK SEJUKKAN BADAN
Kita bagi depa ni chill-chill sat dulu. Lepas spa katanya. Mulus gittewwhhh.
13. TEKNIK PEMISAH
Potong tengah-tengah biar terbelah 2. Wow gebusnye kejadian.
14. TEKNIK OOTD
Beginilah hasilnya.Sapu dengan strawberry jam boleh, dengan whipped cream boleh. Kalau nak letak tuna pun why not. Sebab ini scones versi plain.
Tapi next time saya tak nak buat kecil-kecil la. Nak buat besar sikit. Tak comel pun kecik-kecik tu. Memang dah sah #GEMOKisAWESOME
Selamat mencuba!
Baca Lagi Di Sini:
Resipi MUDAH Muffin 3 Bahan, Rasa Ala-Ala Scones Lembut Tak Manis Sangat!
Resipi Mudah Biskut Ala Famous Amos PAKAI SENDUK, Boleh Ajak Anak Buat Lagi!
Scone Resipi Paling Senang Dibuat, Jadi Macam Dijual Dekat Kafe!
Mingguan Wanita: Mudah je nak buat scone ni rupanya. Guna 3 bahan pun boleh jadi, kos pula tak sampai RM10. Sedap makan dengan whipped cream dan jem strawberi, tapi nak makan begitu saja pun boleh sangat.
Sumber: Mell Abdul Rahman
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita