Memang senang sangat resipi ‘Donut Ball’ yang hanya menggunakan 2 bahan ni. Elok, lembut gebu hasil kejadiannya. Boleh jadikan kudapan untuk minum petang buat anak-anak. Siapa sangka resipi mudah macam ni, sangat sedap dan bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak.
Donut ball 2 bahan untuk kudapan anak-anak dan mak mereka sekali.Inspirasi resepi ni dapat dari fb juga. Terima Kasih.
1 cup (130g) Yogurt perisa asli
¾ cawan Tepung naik sendiri
1. Campurkan dua bahan tadi, Tepung naik sendiri dan Yogurt perisa asli.
2. Macam ni jadinya tekstur adunan tu.
3. Masukkan dalam piping bag, kalau tiada piping bag boleh guna plastik bungkus makanan.
4. Gunting hujung piping bag agak-agak saiz comel-comel gitu. Masukkan seketul-seketul dalam minyak yang telah panas, goreng dengan api sederhana. Boleh angkat bila dah nampak kaler perang-perang. Api jangan kuat sangat ya, donut ni cepat ja masak. (Lupa ambik gambar masa tengah goreng tu).
5. Macam tu kejadiannya. Golek-golek dengan gula kastor masa donut tengah panas lagi. Guna gula aising pun boleh.
6. Kelembutan dan kegebuannya memang puas hati.
Baca lagi di sini:
DONUT KAMPUNG Sukatan Cawan, Goreng Guna Api Sederhana Sekali Balik Sahaja
Donut 5 Bahan Dijamin Jadi, Naik Elok Dah Sejuk Pun Lembut!
Mingguan Wanita: Memang senang sangat nak buat donut ball ni, guna dua bahan je. Boleh cuba buat untuk anak-anak nanti.
Sumber: Reha Rahma
Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:
Jahit Baju Kurung Pesak : https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/
Cookies Viral : https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-buat-sampai-jadi/
Kuih Frozen : https://toko.ideaktiv.com/product/aneka-kuih-frozen/
Roti & Bun : https://toko.ideaktiv.com/product/asas-bakeri/
Untuk pertanyaan hubungi : 019632875
Mingguan Wanita boleh diikuti di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Telegram Bangkit Wanita: https://t.me/bangkitwanita