Mak-mak di rumah mesti tengah pening memikirkan selain menu berat, apalah agaknya yang nak dihidangkan untuk manisan bagi minun petang.
Jangan susah-susah, buat saja kuih yang mudah, senang dan cepat yang gerenti jadi punya.
Apa kata ubah citarasa anda dan cubalah ONDE ONE KELEDEK, biasanya onde-onde berwarna hijau dibuat tepung pulut dari daun pandan kali ini berbeza sedikit apabila keledek digunakan dalam ramuan.
Bukan sekadar ibu di dapur malah resipi ini cukup mudah dan golongan remaja juga boleh sediakan sajian ini untuk keluarga mereka. Hanya dengan menggunakan empat bahan dan penuhi selera semua famili.
Onde Onde Buah Naga Sedap Warna Asli Memikat, Tak Payah Tapis, Kisar Terus Gaul & Uli
Senang Saja Buat ONDE ONDE KELEDEK Yang Sedap Ni, Guna 4 BAHAN Gerenti Jadi
500gm keledek – buang kulit dan kukus
1 cawan tepung pulut
1 cawan kelapa parut – gaulkan bersama sedikit garam
Gula Melaka – potong dadu kecil
Sedikit garam
Langkah 1:
Lenyekkan keledek yang dikukus hingga hancur, kemudian tambahkan tepung sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh lembut.
Langkah 2:
Bulat-bulatkan doh, kemudian masukkan gula Melaka di tengahnya dan bulatkan semula.
Langkah 3:
Didihkan air dalam periuk, apabila telah mendidih masukkan doh yang sudah berisi inti tadi.
Langkah 4:
Setelah timbul angkat dan gaulkan dengan kepala parut.
Langkah 5:
Setelah disaluti dengan kelapa, onde-onde sedia dihidangkan. Selamat mencuba!
Sumber/Foto: RASA
Kuih Peria Cantik Berkilat, Lepas Masak Pun Kena Sapu Sedikit Minyak