Senang Macamana Pun, Dunia Letak Di Tangan Jangan Di Hati

Share

Pesan Ustaz Khairul Anuar Basri, “senang macamana sekali pun, dunia letak di tangan jangan di hati.” Suatu ketika dulu, beliau juga pernah diuji senang malah pernah susah. Setiap kali surat hutang bank datang, isteri dah mula resah.

Bila suami diuji susah, tentunya isteri pun terkesan sama. Namun, sejak dulu lagi setiap kali diuji hidup sukar, ustaz berpegang dengan kalimah azimat dalam surah Al-Hadid ayat 20. Dan inilah yang jadi kekuatan dan kecekalan suami isteri ini.

Kenang Kisah Hidup Dari Mula Kahwin

Pagi semalam masa sarapan, Cik Puan Isteri tanya saya 2 soalan.

Tak menyesal ke tinggal kerja bank? Tak menyesal ke tinggal bisnes Public Gold?

Saya geleng kepala. Saya cakap tak menyesal langsung. Kenapa nak menyesal? Benda dah lepas kita takleh ulang dah. Kita kena tengok terus ke hadapan.

Then wife pun mula flashback kisah hidup kami berdua sejak mula kahwin sampai sekarang. Flashback dari pandangan mata dia sendiri. Hidup yang penuh dengan suka dan duka.

Awal-awal kahwin saya dah kerja bank. Gaji boleh tahan besar. Belanja semua tak berkira. Nak apa boleh dapat. Peti sejuk tu selalu je penuh.

Then anak-anak memang mewah jugak la. Terutamanya yang 2 orang awal tu. Berjalan ke hulu ke hilir takde apa masalah. Kadang-kadang dalam Malaysia, kadang-kadang luar negara.

Masa tu dah boleh beli kereta best sikit. Wife pakai Toyota Altis. Masa tu dia belajar KPLI kat Cheras. Sampai semua orang pun pelik dengan dia ni.

Anak siapa ni? Dah kahwin ke belum? Siapa husband dia? Padahal masa tu anak dah 2 kot.

Maybe diorang nampak student pakai Altis ni kira orang kaya la kot. Jarang-jarang student pakai kereta bagus melainkan anak somebody.

Isteri Ke Sekolah Pandu Kereta Mercedes C-Class

Sama macam bila dia mula posting jadi cikgu. Masa tu saya dah pakai Mercedes C-Class. Ada la time-time dia bawak pergi sekolah. Semua cikgu pun macam terbeliak bijik mata.

Tapi wife saya steady je. Sebab dia memang tahap kesempoian tu lebih kurang sama macam saya. Cuma tahap cekal je ada limit sikit. Hehehe..

Macam bila saya dah berhenti kerja makan gaji dulu. Hidup masa tu memang agak susah la. Semua benda nak kena catu sebaik-baiknya.

Hutang bank pun biasa skip-skip bayar. Bila sampai je surat bank, dia dah mula susah hati. Saya rileks je. Saya cakap, biar sampai surat warning kali ketiga baru kita gelabah. Hehehe..

Susah tak susah hidup sampai saya pernah bermimpi orang bank datang rumah minta hutang. Saya lari sampai terkejut dari tidur. Terus saya duduk dan angkat tangan baca doa. Hahaha…

Masa tu la dia dah mula rasa sikit perit. Kereta pun dah takde yang besar-besar. Ada sekali tu pinjam kereta adik sebab kereta kami rosak. Kawan-kawan dia pun dah tanya, apa dah jadi?

Bertukar Dari Kereta Mewah Pakai Kereta Biasa

Wife saya rileks je. Tak kesah pun daripada kereta mewah ke kereta biasa saja. Daripada hidup takde halangan kepada hidup selalu tak cukup duit. Sebab bagi dia itu bukan benda penting pun. Tak malu pun.

Cuma macam saya cakap tadi la. Bila surat bank datang, bila anak pun dah mula tanya kita dah tak berjalan ke tahun ni, bila saya dah mula buka mulut tanya dia ada duit tak nak belanja, dia mula rasa sedih dan serabut.

Tapi saya tetap juga sebut 2 benda kat wife saya. Sabar dan InsyaAllah. Sampai sekarang pun, wife saya dah terikut-ikut dengan tahap cekal saya tu. Kami bukan saja sempoi, tapi belajar untuk cekal.

Sabar… InsyaAllah… itu aje lah dari mulut saya dari dulu sampai sekarang…

Pastu saya tanya dia, sekarang macamana? Ada rasa susah hati, serabut lagi tak?

Wife cakap, sekarang dah takde dah. Hidup dah semakin baik nampak gayanya. Bisnes saya pun dah mula nampak hasil. Macam-macam syarikat dah saya tubuhkan. Semuanya dalam keadaan positif.

Ayat Inilah Tangkal Azimat Bagi Suami

Last sekali saya baca 1 ayat Quran kat wife saya. Saya bagi sekali maksudnya. Saya syarah sekali pengertiannya.

Ayat inilah sumber kekuatan saya. Dan ayat inilah tangkal azimat bagi saya. Ayat inilah yang menyebabkan saya tak rasa apa bila masih pakai kereta viva walhal saya dah sampai tahap berniaga emas juta-juta sekarang ni.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Hadid ayat 20.
اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ ۖ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُونُ حُطَامًا ۖ وَفِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِّنَ اللَّـهِ وَرِضْوَانٌ ۚ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ

Ketahuilah bahawa kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah permainan dan hiburan yang melalaikan serta perhiasan, juga bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya).

Samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai;

Dan di akhirat ada azab yang berat (disediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan ada pula keampunan besar serta keredaan dari Allah.

Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.”

Baca sini : Jangan lokek beri isteri gaji, suami susah duit itulah yang dihulur

Senang Macamana Pun Kita, Dunia Letak Di Tangan, Jangan Letak Di Hati

Ayat ni saya sebut satu-satu kat wife saya. Senang macamana pun kita, dunia letak di tangan. Jangan letak di hati.

Susah macamana sekalipun, Allah berkuasa untuk memberikan kita jalan keluar. Paling penting kita kena sabar. Sebab Allah akan bagi berita gembira kepada orang yang sabar.

Dunia ni permainan dan hiburan yang melalaikan saja. Ia tempat semua orang berlumba-lumba mengejar kemewahan dan kehebatan.

Sampai satu ketika dia akan jadi macam tumbuh-tumbuhan. Mula-mula segar, lama-lama buruk dan mati.

Di akhirat nanti ada hakikat sebenar iaitu samada kita masuk neraka atau masuk syurga. Itu saja.

Dan Allah ulang lagi sekali, dunia ni tak lebih daripada kesenangan yang menipu. Kena ingat tu betul-betul. Jangan sampai kita tertipu dengan dunia yang sementara ni. Barulah kita jadi cool sepanjang masa.

Orang tak nampak susah kita. Itu biar jadi rahsia kita dengan Allah saja. Biar orang nampak kita happy saja. Supaya orang boleh selalu minta tolong dengan kita.

Heheh.. dan kami sambung makan pagi sampai kenyang.

Best tak cerita ni?
#KAB

Mingguan Wanita : Sekarang ini sememangnya ramai yang terkesan ekonomi dek pandemik. Macamana susah sekalipun, semoga hati tidak diletakkan pada dunia. Semoga kisah Ustaz dapat memberi inspirasi dan semangat buat kita.

Sumber/Foto : Khairul Anuar Basri

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

Published by
Netty Ah Hiyer